Door Gift Perkahwinan | Luahan Cinta Yang Sangat Bermakna

Door gift yang menarik untuk para tetamu jemputan sememangnya menjadi sebahagian impian yang ingin diberikan oleh pasangan pengantin. Lagi² pulak door gift yang akan diberi adalah yang diilhamkan sendiri oleh pasangan pengantin.


Door Gift  Perkahwinan
Door gift yang menggunakan kotak Cupcake

Sabtu lepas 7 Julai 2012 aku dengan family aku pergi ke majlis pernikahan sepupu aku. Tak sangka lah kan sepupu aku nikah sama tarikh dengan penyanyi Rock Ella. Sebenarnya, aku kalau tiap kali pergi majlis kahwin orang mesti suka nak dapatkan door gift. Teruja pulak aku tengok pertama kali macam kotak cupcake.. apa isi kat dalam agaknya? Tak mungkin Cupcake..

Goodies Bag, Doorgift dan Bunga Telur Bertemakan Pink Purple Jadi Pilihan

Tak lengkap rasanya kalau tak bagi sesuatu untuk dibawa pulang kepada para tetamu yang datang ke kenduri kahwin. Ini lah antara goodies bag dan doorgift yang diberikan kepada para tetamu yang datang.


Goodies Bag, Doorgift dan Bunga Telur



Sebelum nak beli barang² nie, ibu akulah orang yang paling sibuk buat senarai nak bagi apa kepada para tetamu jemputan nanti. Bukan apa, alang² nak bagi, biarlah bagi sesuatu yang simple, sederhana, menjadi ingatan dan paling penting boleh digunakan nanti.