Penangan Trafik Keyword Bermusim

Rasanya dah lama aku tak tunjukkan trafik blog aku, tak apa, nie aku tunjukkan untuk minggu lepas dan online, untuk hari ni punya. Amacam okey tak ? Boleh tahankan ! Kalau dibandingkan dengan entry Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas, memang boleh nampak perbezaan trafik yang ketara.


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Kiranya lebih hebat lagi dari Trafik Giler Giler 5 Ribu UV, tapi tu la, nie semua penangan keyword bermusim. Tahun lepas pun trafik macam nie juga, sampaikan kawan aku cakap, kalau search pasal keyword tu je, pasti blog aku ada terpampang dipage pertama, begitu juga tahun nie punya. InsyaAllah, kalau dilanjutkan, next time pun mungkin trafik macam nie jugak. Hehehe ..


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Penangan Trafik Keyword Bermusim



- Aku lebih suka keyword biasa yang selalu dicari dari keyword bermusim yang banyak persaingan. Korang macam mana ?


Trafik Meroket 115 UV Seminit

Setiap blogger memang mengimpikan untuk mendapat Trafik Meroket 115 UV Seminit seperti ini. Kalau boleh, nak lebih lagi, betul tak ? Tapi bagaimana cara naikan trafik blog macam ni ? Tips dari aku, satu je ! Anda kena buat, banyak lagi ulangkaji dan perhatikan apa yang blogger berjaya tekankan. Entry panas ! Memang semua blogger boleh buat entry panas, tetapi tak semua entry panas boleh berada di page pertama Engine Search. Kenapa ?

Trafik Meroket 115 UV Seminit


Perkara seperti itu, mungkin dah lama aku tekankan dalam Meningkatkan Trafik Blog - Tips SEO. Mungkin ramai yang suka membaca, tetapi tak ramai yang suka mengulangkaji, apa yang tersirat disebaliknya. Nanti baca lagi OK !



Aku percaya, semua blogger boleh ! Cuma, teruskan berusaha dan membaca. Tak tahu mengenai sesuatu, terus search kat Google dan pastinya anda jumpa banyak tutorial dan tips. Fahami apa yang ditulis dan sekiranya sesuai dengan blog anda, baru apply ! Anda mampu lakukan. Macam yang ditekankan oleh penasihat aku, "kecikkan halangan, besarkan impian". Anda pasti boleh !

Siapakah my next apprentice, jom terjah SINI ?

- Aku yakin, anda boleh dapat lebih dari Trafik Meroket 115 UV Seminit ! Anda yakin tak ?


Jana Income Blog Dengan Bijak

Bestkan kalau dapat tukarkan Unique Visitor (UV) trafik blog dengan duit. Macam gambar trafik kat bawah ni, sekali tukar RM 2 Ribu lebih. Memang masyukk la ! hehehehe ! Dulu aku selalu mencari cara meningkatkan trafik blog. Study sendiri-sendiri je dari blog gratis dengan harapan bila trafik tinggi. Boleh la dapat income hebat. Tapi bila trafik dah tinggi,  tak pulak selalu dapat BE Nuffnang.

Jana Income Blog Dengan Bijak
Trafik meroket sebab keputusan UPSR.

Aku tahu, ramai blogger sering mengeluh tak dapat BE Nuffnang. Aku pun pernah alami perara yang sama. Kemarau sebulan dua, tapi masa tu jugak trunami trafik berlalu dengan kencangnya. Dah nak buat macam mana, tak ada rezeki.

That why, sekarang aku cuba perbagaikan income trafik yang ada ni dengan buat sales secara smart. Dah ada plan yang sistematik. InsyaAllah, kalau diusahakan dengan sungguh-sungguh, sampai pencen pun tetap dapat hasil 5-6 angka. Langkah pertama aku, alhamdulillah dah dapat . Bukti Bonus Bisnes 4 Ribu Lebih ada aku sertakan kat sini.

- Sayangkan, trafik UV blog, ribu-ribu, tapi hasil, alahai .. sikitnya.


Traffic Blog 3 Ribu Sehari

Rasanya dah lama aku tak update pasal traffic blog nie. Kebetulan pulak semalam blogger Bro Framestone minta butiran traffic blog anastasyea.com untuk Perkembangan Projek 100 Blogger yang terkini. Aku dah submit butiran Traffic Blog 3 Ribu Sehari, tapi tak tak pasti boleh dapat ke tak. Dengar cite .. projek berskala besar dan hanya terbuka kepada 50 blogger sahaja.

Tingkatkan Traffic Blog 3 Ribu Sehari


Dah alang-alang aku screenshot, aku tunjukkan sekali kepada anda semua. Niat aku bukannya nak menunjuk-nunjuk tau, tapi nak buat pembakar semangat, kawan-kawan yang ada blog, agar lebih berusaha untuk memperbaiki blog masing-masing. Itu je !!! Jangan kata aku nie over lebih, sudah la .. ^__^



Tingkatkan Traffic Blog 3 Ribu Sehari


Sebelum nie pun, aku pernah tunjukkan traffic blog ini, antaranya Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas, Trafik Blog 250 Ribu, Trafik Blog Cantik Penambah Semangat dan beberapa entry lagi. Itu pun kalau anda nak baca la.

Kalau nak tau pasal tips seperti 5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang, Tips Geledah Blog | Nak Try Tak ? dan macam-macam lagi, boleh klik sini, TIPS SEO.

- Kekawan doakan aku semoga dapat projek ni .. ok ^__^


Trafik Giler Giler 5 Ribu UV

As salam, Alhamdulillah .. rezeki trafik hari ni .. tak buat entry dah dua hari pun masih ada yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni .. hehehe .. terima kasih banyak² ..


trafik slip gaji kakitangan awam



Gambar kat bawah ni, trafik hari ni .. dah nak cecah 4 ribu UV. Tu belum tengah hari lagi. Agak²nya .. macam ni je gayanya .. mungkin boleh potong trafik semalam .. mungkin .. Tapi aku tak expect sangat .. kalau macam ni sampai ke petang pun alhamdulillah .. dah cukup untuk hari ni ..

trafik slip gaji kakitangan awam


- Rezeki trafik hari ni .. ^__^


Trafik Blog Balik Kampung Masih 1200 ++

As salam, risau jugak masa balik kampung hari tu. Nak cuti lama. Kemungkinan .. memang tak boleh nak update blog. Maklum la .. kat kampung tak ada Internet. Jadi, tawakal je la. Harap² trafik masa balik kampung ni, tak la jatuh merudum sangat. Hari Ahad sampai KL, lepas dah siapakan apa yang patut. Check dekat website Nuffnang. Alhamdulilah .. trafik masih tak jatuh dari 1200++ UV.


Trafik balik kampung



Lepas ni, insya Allah nak UP kan balik trafik blog atas 2 ribu UV. Dua entry pertama, minggu ni dan sokongan SEO, sedikit sebanyak membantu. Semalam pun dah cecah 2,536 UV. Harap² tu, boleh kekal la macam tu or up lagi .. heheheh ..

Trafik Blog Cantik Penambah Semangat

As salam, dah kebetulan aku tengah update profile yang diminta oleh Blogger BroFramestones untuk projek Projek 100 Bloggers. Nie aku kongsi²kan dengan korang maklumat trafik tu. Mungkin korang jugak nak tengok, buat penambah semangat .. kan .. kan .. ^__^


trafik blog anastasyea


Kalau ditengokkan trafik blog aku untuk minggu ni, kiranya ada sedikit penurunan berbanding trafik yang aku pernah post dekat entry Trafik Minggu Lepas ni. Kurang sikit je. Graf pun tak cantik .. naik turun yang mendadak. Tu pun sebab entry SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus yang ada kena mengena dengan Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam .

Lepas ni, aku plan, nak kurangkan Bounce Rate pulak. Masih lagi 60 peratus. Ingat nak kurangkan bawah 40 peratus. Baru la Advertiser macam Nuffnang dan lain² suka. Setakat nie, dah cuba beberapa tips yang aku jumpa dekat Internet, tapi tak pasti la berkesan ke tak. Harap² menjadi .. hehehe ..


- Alhamdulillah, masih kekal 2k ke atas .. ^___^


Unique Visitor Trafik Blog Sepanjang 2011 - 0.5 Juta

Salam, suka tengok pencapaian Unique Visitor (UV) trafik rakan² blogger bagi tahun 2011. Tengok, semuanya gempak² belaka. Macam cikgudahlia dapat 3 juta, yanmie - 1 juta, puanbee yang baru start bulan Mei 2011 pun dapat 0.3 juta. Aku pulak .. alhamdulillah, tahun ni ada sikit pencapaian berbanding 2010 ~ 200K UV. Tahun nie je .. dapat kumpulkan trafik 496,252UV. Sikit lagi nak cecah 0.5 juta. Harap² tahun depan boleh la kumpul 1 juta pulak. Kalau lebih, lagi bagus .. hehehe

Unique Visitor Blog anastasyea 2011

Berdasarkan Google Analytic bermula 1 Jan 2011 sehingga 31 Dec 2011. Kebanyakkan yang datang menggunjung blog aku, 81.50 peratusnya adalah pengunjung baru dan selebihnya adalah regular visitor. Mungkin diantaranya adalah rakan² blogger, dan silent reader yang setia mengunjungi blog ini. Kepada yang berkenaan, terima kasih banyak ye ! Tanpa anda semua, tak berseri² la blog ini.