ePenyata Gaji November 2012

ePenyata Gaji November 2012 untuk gaji kakitangan awam dah keluar. Kalau nak semak, dah boleh dah semak pada portal ANM atau link yang dibawah. Untuk gaji bulan November ni, pembayaran dilakukan awal sikit, iaitu 6 November semperna perayaan Deepavali yang jatuh pada 13 November 2012.

ePenyata Gaji November 2012




Jadi yang dapat gaji awal tu, kena la pandai-pandai urus perbelanjaan agar dapat menampung perbelanjaan hingga 18 Dis 2012 .. ^__^

- Kena bijak memantau perbelanjaan tau, kalau tak, tak sampai bulan depan dah habis


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia - Diskaun 50 Peratus Tiket KTMB

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Kad Diskaun KTMB, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar Daftar Kad Komuter 1 Malaysia - Diskaun 50 Peratus Tiket KTMB mulai 22 Oktober hingga 21 November dikaunter khas KTMB yang telah disediakan


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Syarat-syarat Daftar Kad Komuter 1 Malaysia ?


Ok, untuk memiliki Kad Komuter 1 Malaysia ini , pendaftaran  terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah. Tempoh kad sah untuk tempoh setahun bermula 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.


Untuk mendaftar Kad Komuter 1 Malaysia ini, anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan,  salinan kad pengenalan, borang pemohonan yang telah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dengan yuran pendaftaran, RM1 sahaja. Kad Komuter 1 Malaysia yang telah siap akan diperolehi pada hari yang sama.


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Pengesahan bagaimana seseorang itu berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, tak dinyatakan pula. Tapi seelok-eloknya, bawa la sekali butiran kewangan yang disahkan seperti slip gaji.


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan Kad Komuter 1 Malaysia, meliputi stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.ktmb.com.my

- Guna Kad Komuter 1 Malaysia ini, naik Komuter .. dapat diskaun 50 peratus .. jimat ! jimat !

Beli rumah impian tanpa modal


Hari Gaji - Semak Penyata Gaji Anda

Assalamualaikum. Hari ni, hari gaji bagi kakitangan awam Malayia. Dah tentu ramai kakitangan awam yang akses website penyata gaji hari ni. Tadi nak buka Maybank pun terhenjut². Niekan pula nak buka web nak semak penyata gaji. Mungkin slow sikit. Sabar la ekk !


Hari Gaji - Semak Penyata Gaji Anda
Happy ke ???

Aku pulak, hari Jumaat lepas lagi dah semak penyata gaji. Mula² tu ingat nak semak kot² ada anjakan gaji tahunan SSM yang baru. Tapi nampaknya ... belum lagi. Mungkin bulan depan kot. Tak apa la. Lagi lama, lagi bagus. Dapat banyak sikit nanti .. hikhikhik.

Trafik Giler Giler 5 Ribu UV

As salam, Alhamdulillah .. rezeki trafik hari ni .. tak buat entry dah dua hari pun masih ada yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni .. hehehe .. terima kasih banyak² ..


trafik slip gaji kakitangan awam



Gambar kat bawah ni, trafik hari ni .. dah nak cecah 4 ribu UV. Tu belum tengah hari lagi. Agak²nya .. macam ni je gayanya .. mungkin boleh potong trafik semalam .. mungkin .. Tapi aku tak expect sangat .. kalau macam ni sampai ke petang pun alhamdulillah .. dah cukup untuk hari ni ..

trafik slip gaji kakitangan awam


- Rezeki trafik hari ni .. ^__^


Semak Slip Gaji SSM Baru Secara Online

As salam, nak bagi tau ni, mulai 20 April 2012, kesemua Kakitangan Awam Malaysia, dah boleh mula menyemak Gaji SSM Baru dengan menggunakan e-penyata Gaji secara online yang terdapat sini, e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC


Semak Slip Gaji SSM Baru Secara Online

SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Gaji Suami Masuk Akaun Isteri Mulai Hari Ini

As salam, macam mana la gayanya, kalau kerajaan Malaysia menguatkuasakan langkah "Gaji Suami Masuk Akaun Isteri" ni. Tentu ramai isteri² yang full time house wife tersenyum riang tiap kali hujung bulan. Dok rumah je, gaji masuk tiap bulan. Lepas tu, tak perlu lagi nak minta kat suami. Tup² .. dah ada. Hehehehe

"JAKARTA: Gaji beribu-ribu penjawat awam lelaki dimasukkan ke akaun isteri mereka minggu ini, sebagai langkah kerajaan tempatan untuk menghentikan mereka daripada menjalin hubungan dengan perempuan lain.

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.


Semak Slip Gaji Online
Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara


Tapi sebelum itu, bagi kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM.


Untuk mendaftarnya, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda boleh mendapatkan nombor penyata gaji pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)