Shopping Mall Yang Best Di Sungai Petani

Setiap kali kalau aku lalu jer kat area Lagenda Heights nie selalu jer aku merungut bila nak masuk kat dalam Village Mall Sg Petani nie.. Village Mall nie dah bertahun - tahun wujud, sekali pun tak pernah aku masuk nak tengok-tengok apa yang ada dalam Mall nie.


Village Mall Sungai Petani



Untuk pengetahun anda semua, Village Mall nie sebelah menyebelah aje dengan Tesco kat Lagenda Heights, Sg Petani. Ala.. belakang taman perumahan parent aku aje. Dahsyat! kan.. tak pernah jejak kaki ke situ pun sebelum nie. Kesian! peghak! (jakun).


Yang nie plak Central Square. Tempat lepak yang paling best dan menjadi tumpuan ribuan orang dari seluruh negeri Kedah dulu dan sampai sekarang. Kalau kat sini orang sebut CS aje. Dulu, aku pun suka datang CS nie dengan classmate aku sebab tempat nie besar dan ada macam-macam yang dijual kat dalam tu termasuk la panggung wayang gsc sungai petani.


Central Square Sungai Petani



Teringat plak waktu zaman sekolah menengah dulu, aku dengan classmate aku suka ushar budak-budak luar yang datang kat CS nie dengan pakai fesyen baju yang memang up to date fashion dan ada juga yang pakai fesyen baju yang pelik-pelik. ha! ha! ha! Yang pastinya, waktu zaman tu kalau boleh jangan pergi hari Sabtu sebab hari Sabtu memang ramai betul orang pergi CS sebab hari Sabtu tak sekolah.


Sekarang nie, aku cuma drive lalu aje depan Cental Square Sungai Petani nie. Kali terakhir aku pergi CS tahun 2009. Bukan apa, malas dah nak masuk situ sebab aku rasa apa-apa barang pun yang ada kat dalam tu, kat tempat lain pun ada juga.


Giant Sungai Petani



Lagi satu tempat nak belanja barang-barang dapur adalah di Giant. Giant nie terletak di Jalan Lencongan Barat iaitu betul-betul kat simpang empat jalan besar kalau dari Tikam Batu atau selepas keluar tol Sungai Petani Selatan. Senang sangat kalau nak cari.


Sebenarnya, banyak lagi supermarket kat Sungai Petani. Dekat - dekat dgn Giant nie juga ada Tesco Extra. Terbaru yang aku sempat singgah adalah Amanjaya Mall kat Bandar Amanjaya dekat-dekat juga dengan Tesco dan Village Mall tadi. Sekarang Sungai Petani dah banyak pilihan shopping complex untuk kita pergi shopping.



Tinggal Sejarah | Balai Polis Lama Sungai Petani, Kedah

Inilah bangunan Balai Polis Lama Sungai Petani, Kedah yang masih menjadi ingatan aku sampai sekarang walaupun dah hampir 10 tahun agaknya tak lagi beroperasi.


 Balai Polis Lama Sungai Petani Kedah


Bangunan Balai Polis lama nie terletak di Jalan Ibrahim memang betul betul kat simpang empat jalan utama kat pekan Sg. Petani. Dibina pada tahun 1941 menggantikan bangunan Balai Polis di Jalan Pekan Lama, Sungai Petani ketika itu.