e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima
Slip Gaji ataupun
Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun
laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi
laman web ANM yang disertakan dibawah ini.
Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara
Tapi sebelum itu, bagi
kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan
Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM.
Untuk mendaftarnya, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda boleh mendapatkan
nombor penyata gaji pada slip gaji sebelum ini.
(Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)