Resepi Durian Crepe Gebu Sedap memang dah jadi satu trend sekarang ni. Maklum la, musim musim durian tengah banyak. Jadi kalau anda nak cuba buat Durian Crepe, beli sebiji durian pun, dah cukup. Kalau nak tahu sedap ke tak Durian Crepe tu, anda kena cuba sendiri. Aku dah cuba minggu lepas. Memang diakui sedap!
Durian Crepe yang aku beli minggu lepas, satu pek, dalam RM15 gitu. Kalau beli dua pek, faham-faham je la k. Aku difahamkan lagi, harga Durian Crepe nie berbeza-beza mengikut lokasi dan penjual. Ada yang jual RM10 satu pek, tapi kalau anda nak jimat lagi, baik buat sendiri. Lagi puas hati !
Cara nak buat Resepi Durian Crepe ni, senang je. Apa yang anda perlukan ialah;
Bahan-bahan Durian Crepe Gebu Sedap
250grm tepung gandum
2 biji telur
500ml santan kelapa
1/2 sudu teh garam
Pewarna
Isi Durian Crepe Gebu Sedap
Satu cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
Isi Durian yang telah dilenyek.
Cara-cara untuk hasilkan Durian Crepe gebu dan sedap
- Campur semua bahan untuk membuat durian crepe, dan kemudian blender dan tapis.
- Sedia dan panaskan non-stik pan untuk buat crepe. Buka api kecil je untuk elak crepe jadi hangus.
- Tuangkan satu senduk adunan yang telah ditapis tadi dan ratakan hingga menjadi crepe. *Crepe yang dimasak, tak perlu diterbalikkan. Biarkan permukaan atas kering, kemudian angkat dan biarkan sejuk.
- Ambil sekeping crepe yang telah disiap, dan bentangkan. Kemudian letakkan whipping cream ditengah-tengah, dah kemudiannya dengan isi durian. Selepas itu tutup semula dengan whipping cream, dan akhir sekali lipat seperti bentuk gambar diatas dan simpan didalam peti sejuk.
- Resepi Durian Crepe Gebu Sedap ! Anda dah cuba ke belum ?