Daftar Guna myONLINE Passport Imigresen - Cepat, Pantas dan Jimat Wang

Pernah dengar tak pasal myONLINE Passport. Salah satu perkhidmatan terbaru yang diperkenalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi memudahkan urusan perjalanan ke luar negara. Kalau dulu, nak memperbaharui passport. Kena datang ke mana² cawangan Jabatan Imigresen untuk mengisi borang dan sebagainya. Kini, dah tak payah. Hanya perlu berurusan secara online. Lepas tu tunggu. Nanti dah siap, pihak Jabatan Imigresen akan memaklumkan kepada pemohon untuk mengambilnya. Jadi tak la perlu nak buang masa menunggu dan sebagainya.

myONLINE Pasport imigresen Malaysia

Menerusi kemudahan myONLINE Passport ini. Orang ramai yang ingin memperbaharui passport, boleh memperolehi dalam tempoh dua jam sahaja, bergantung kepada lokasi pejabat kutipan, masa dan tarikh kutipan yang dipilih ketika mengemukakan permohonan. Memang cepatkan !