Belek-belek album tadi, nampak pic comel ni. Gambar masa malam 31 Disember lalu. Masa tu, adik beradik ni excited sangat nak tengok bunga api tahun baru. Nak bawa pergi jalan ke Putrajaya, tau-tau je la, jalan tentunya sesak. So, tengok bunga api kat rumah je. Dari sini pun, memang nampak tembakan bunga api, sekeliling kawasan ni. Kiranya lagi meriah dari
bunga api kat Putrajaya. Haahhh .. nampak tu, dua beradik ni menunggu depan tingkap. Si adik pulak, nampak je nak ambil gambar, mula la posing sakan ..
Comel betul rakam gelagat mereka berdua nie, nanti boleh la tunjuk kat diorang bila besar nanti. Gambar kat bawah nie pulak, ketika sebelum tembakan bunga api ... senyap sunyi. Malam tu memang berawan sikit, namun tak hujan..
Bila dah mula je tembakan bunga api, nie la gelagat budak-budak tu. Tak beralih langsung dari tingkap, siap panjat grill tengok percikkan bunga api. Dah habis, baru turun. Bila tanya macam mana, suka ke tengok bunga api ? Kakak senyum , best katanya .. ^__^
- Dah 10 hari berlalu ..