Meteor Besar Jatuh Di Russia 15 Februari 2013

Memang suspen betul bila tengok video meteor yang jatuh di wilayah Chelyabinsk, Rusia awal pagi tadi. Dari video yang anda boleh saksikan dibawah, aku agak, meteor tu memang besar. kalau tak, masakan dari jauh pun boleh nampak dengan jelas. Pasal kawasan dimana meteor tu jatuh, tu belum diketahui lagi, tapi aku rasa tentu akan menghasilkan kawah yang besar seperti Kawah Barringer @ Barringer crater di padang pasir Arizona, AS.


Meteor Besar Jatuh Di Russia



Berikut adalah siaran video amatur di televisyen Rusia, yang menunjukkan objek memecut di langit pada kira-kira 9:20 pagi waktu tempatan (03:20 GMT), menunjukkan saat tahi bintang mula memasuki ruang udara Rusia, meletup beberapa kali dan terus menghilang. Dari laporan yang aku baca, bunyi nyaring akibat pergeseran udara dan tahi bintang tersebut, telah menyebabkan kira-kira 100 orang cedera, akibat terkena serpihan tingkap pecah dan beberapa bangunan rosak teruk.






Bila tengok video meteor nie, teringat filem, Armageddon (1998). Sebijik .. ^__^


Insan Bercahaya Di Masjid Nabawi Berjaya Dirakam

Pertama kali aku tengok video ni, mulanya aku ingatkan, itu hanya silauan matahari atau lampu spotlight dalam Masjid Nabawi. Tapi bila play semula secara perlahan-lahan, cahaya tu memang datangnya dari sosok lelaki yang berada ditepi tiang sekali. Tak caya, tengok gambar dibawah, yang aku ambil ini.

Insan Bercahaya Di Masjid Nabawi Berjaya Dirakam


Terfikir jugak, kalau betul la, tu cahaya matahari atau lampu spotlight, kenapa orang sekeling tak terkena biasan cahaya. Biasanya kalau kain putih, memang akan terbias sedikit cahayanya. Betul tak ?

Jadi bila aku tengok semula video ni, memang perasan, wajah dah tubuhnya bercahaya dan tiada orang sekelilingnya, yang perasan melainkan jurukamera yang mengambil video ini.


- Subhanallah !


Wordless Wednesday - Testing Power Video Adam Dan Hawa

Hari ke-4, Testing Power Video Adam Dan Hawa dekat blog ping, blogr.my, overall .. 1 fail, 3 success .. ^__^

Testing Power Video Adam Dan Hawa


- Kena selalu praktik, baru hasilnya hebat !!!


Video Adam Dan Hawa Episode 36

Baru sempat update Video Adam Dan Hawa Episode 36 pagi ni. Semalam pegi jalan-jalan ke Bandar Hilir, Melaka. Entah macam mana, masa nak balik tu sesat .. kira lewat malam baru sampai rumah. Nasib baik la semalam, pergi jalan-jalan, pakai "Baju Ajaib". Jadi pagi ni, tak terasa sangat sakit belakang seperti pengalaman aku yang lepas .. ^__^

Video Adam Dan Hawa Episode 36

Nanti la aku cite pasal pergi Melaka semalam, lagi pun sekarang dah ada Video Adam Dan Hawa Episode 36 ni. Jom kita layan , tengok apa kesudahannya untuk episod kali ini. Mesti lebih menarik !

- Yang belum tengok Video Adam Dan Hawa Episode 35, klik kat link tu , ok!


Nestle 100 Tahun Disisimu

Malam ni, tak ada apa yang nak diimiginasikan, tapi, jari jemari .. nak juga menaip. Tak apa la .. aku tulis je apa yang aku nak tulis. Tadi lepas makan, layan tengok Masterchef 2. Tak ingat dah episod ke berapa, tapi setiap malam .. memang aku layan rancangan ni. Tu pun kalau budak-budak comel .. tak merengek nak tengok cite cartoon. Kalau tak, tengok episod ulangan la jawabnya ..


Love NESTLE 100 Year
Gambar imiginasi untuk malam ini, Love NESTLE 100 Year !

Oh ya, tadi terbaca pasal peraduan #Nestle100. Aku tengok, banyak jugak hadiah yang ditawarkan. Kalau anda nak tau, peraduan nie dah lama bermula .. dan cara menyertainya memang mudah. Cuma perlu hantar salah satu samada cerita, gambar, video ataupun Twitter berkenaan pengalaman menarik anda dengan Nestle. Itu je !


Pemilihan pemenang dilakukan setiap bulan ! Anda cuba la ... mana tau .. tuah ayam nampak dikaki, tuah anda siapa tau ! .. ^__^


- Untuk makluman lanjut, layari Nestle 100 tahun disisimu ..


Video dan Gambar Acara Bot² Berhias Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2012

As Salam, Semalam aku pergi Putrajaya tengok bot² berhias. Kan sekarang tengah berlangsung Festival Bunga Dan Taman Putrajaya.. Meriah betul malam tadi! Seronok pulak sebab sebenarnya ini pertama kali aku dapat meluangkan masa tengok aktiviti macam nie.


Bot Berhias Negeri Perlis


Bot² Berhias telah bermula malam tadi dan akan terus diadakan pada setiap malam sehingga 8 Julai ini. So, yang tinggal berhampiran Putrajaya pergilah malam nie tau! orang yang jauh² tu..  rasa² boleh datang kat sini, silalah datang bawa keluarga dan tengok sendiri acara bot² berhias dan tembakan bunga api.. seronok tau!

Video Teknik Mudah Curi Myvi

As salam, memang tak sangka .. begitu senang sekali nak mencuri kereta Myvi. Hanya dengan beberapa langkah Teknik Mudah Curi Myvi .. dah boleh take over kereta tersebut walaupun dilengkapi dengan alarm dan steering lock.

teknik mudah curi myvi

Nak tahu cara²nya .. boleh tengok step² kat bawah ni .. Kat bawah sekali, aku letakkan video yang related dengan cara² nak mencuri kereta Myvi ni ..


Antara langkah-langkahnya;

1. Cari dan tarik salah satu wayar yang terdapat pada ruang tayar hadapan sebelah kanan kereta Myvi.
2. Selepas itu, tempat enjin akan terbuka. Kemungkinan juga alarm kerera akan dihidupkan. (Bagi kereta Myvi yang mempunyai alarm)
3. Buka tempat engin dan cabut wayar alarm. (kalau takat nak curi bateri, yang ni dah pass)
4. Buka dan by pass salah satu fius ( yang nie dirahsiakan). Tujuannya .. untuk buka pintu kereta.
5. Dengan menggunakan screw driver, buka steering lock.
6. Kemudian, start engine menggunakan screw driver juga.
7. Selesai dan kereta tersebut dah jadi milik pencuri ..


Cara² mencuri bateri kereta Myvi




Demo mencuri kereta Myvi



Rujukan : BroFramestone


- Inginkan perlindungan kenderaan anda dari di CURI, pasang Unit Sekuriti Kenderaan Dan Pengesan Kedudukan FGMT sekarang !


Gambar Tragedi Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012

As salam, terkejut jugak tadi bila tengok berita berkenaan 17 penonton yang cedera dilanggar kereta ketika acara Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012, yang berlangsung kira-kira pukul 12.30 ke 2.00 pagi tadi. Dari maklumat yang diterima, empat daripadanya cedera parah dan kini kesemua mereka dirawat di Hospital Putrajaya.


tragedi drag racing himpunan belia 2012

Video Banjir Kilat Pekan Kajang 2 Dis 2012

Baru je dapat info kat kajang sekarang ni tengah Banjir Kilat. Kalau balik sekarang. Tentu sesak. Dah la laluan nak ke rumah, yang itu je. Nampak gayanya, kena tunggu lagi la kat opis sampai malam. Tadi tengok kat Youtube. Memang teruk banjir kilat yang melanda pekan Kajang hari ni sampaikan air masuk ke dalam Plaza Metro Kajang.




Dari info yang aku dapat dari blog doposen.com ini. Banjir kilat yang melanda Pekan Kajang berpunya daripada hujan lebat yang tak henti² dari pukul 2.30 petang tadi. Setakat ni, masih tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Hopefully , semuanya selamat. Ok la. Aku pun tak nak cakap banyak. Korang tengok la sendiri video yang aku share kat bawah ni.

Pokok - Meet Uncle Hussain (Video Klip Rasmi dan Lirik Lagu)

Baru je lepas tengok Video Klip Rasmi, Pokok - Meet Uncle Hussain yang dilancarkan di Youtube pada 12 November 2011 yang lalu. Dalam video klip selama 3:32 minit ini, cuba menampilkan suatu kelainan yang lain dari yang lain. Memang unik ! Tak rugi kalau korang tengok ! Aku pun teruja bila tengok video klip ini apatah lagi menanti sekian lamanya.


Pokok Meet Uncle Hussain


Selain Meet Uncle Hussain, dalam video klip ini juga turut menampilkan artis seperti Nubhan dan juga Amran Ismail. Video Klip yang aku kira perfect dan banyak menimbulkan persoalan. Mungkinkah ada sesuatu maksud tersirat yang cuba disampaikan ? Entah la. Aku pun tak pasti. Walaubagaimanapun, video klip ini berjaya memukau aku.

(VIDEO) Kanak² Perempuan Berusia Dua Tahun Dilanggar Kenderaan Sebanyak Dua Kali Di China

Sedih betul apabila melihat bagaimana budak perempuan berusia dua tahun ini dilanggar oleh kenderaan sebanyak dua kali. Lepas tu tak ada sesiapa pun yang sudi membantu. Hanya memerhati mangsa merintih kesakitan seolah-olah ianya hanya "patung" kecil di tengah jalan.


Chinese Girl Ruthlessly Run Over Twice


Terfikir .. beginikah sikap manusia zaman sekarang yang sentiasa bersikap mementingkan diri sendiri. Langsung tak menghiraukan mangsa yang terlantar di tengah jalan. Cuba bayangkan sekiranya yang terbaring itu adalah ahli keluarga sendiri ? Bagaimanakah rasanya ? Tentu sedih bukan !

#Maxis 10 - [Video] HTC Desire S With HTC SENSE

Kalau anda dah baca entry #Maxis10 - Apa yang best dengan HTC Desire S. Mungkin anda dah tahu serba sedikit mengenai apa yang best dengan fungsi HTC Sense ini. Bagi yang masih blurr tu. Tak apa ! Kat sini saya sertakan 2 video penerangan serba sedikit bagaimana HTC Desire S berfungsi.


htc sense smartphones

(Video) Lalok Hisap Helium? Pernah Tengok Tak?

Pernah tak anda tengok orang hisap Helium? Kalau belum, baik anda tengok video nie. Memang kelakar tahap gaban! Saya pun bila tengok .. ketawa terbahak². Nasib baik la geng sebelah tak perasan. Kalau tak, mesti dia ingat benda bukan²! Jadi kalau anda nak tengok .. make sure kawan kat sebelah ikut sama². Boleh pakat gelak ramai². Baru la best! Hahaha!




Anastasyea : Nak gelak tu .. cover line sikit ekk! Nanti tak pasal² lalat masuk mulut. Hahaha!