Depan pentas pelancaran Fluid Art Movement Petronas Di Sunway Piramid
Kalau korang nak tahu. Fluid Art Movement adalah galeri seni bendalir digital online yang pertama didunia yang dihasilkan oleh Petronas, dimana orang ramai di seluruh dunia boleh menggunakan platform online ini untuk mencipta hasil seni bendalir mereka mengikut kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai warna yang disediakan. Ia direka sebagai, memperingati sambutan satu abad inovasi bendalir Petronas Lubricants International (PLI) Sdn. Bhd.
Pengacara majlis sempat bertanyakan tentang pandangan mereka yg hadir mengenai program ini
Pada 29 September 2012, hari Sabtu lepas, aku telah berpeluang menghadiri Pelancaran Fluid Art Movement di Sunway Pyramid. Majlis pelancaran telah dilancarkan oleh CEO Petronas Lubricant International iaitu Encik Amir Hamzah Azizan.
CEO Amir Hamzah, menyampaikan sedikit ucapan ..
Fluid Art Movement juga telah dilancarkan di Milan, baru-baru ini dan mendapat sokongan daripada pemandu F1 antarabangsa seperti Michael Schumacher dan Nico Rosberg, dimana mereka telah menjadi 2 individu pertama yang mencipta hasil seni ini dan turut ditempat dalam galeri seni bendalir digital online.
Berpeluang bergambar dengan pelumba-pelumba Petronas tempatan
Petronas Fluid Art Movement memang bagus !
Di Malaysia pula, 4 orang pemandu Petronas tempatan terdiri daripada Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin telah hadir sama pada majlis pelancaran ini sebagai memberikan tanda sokongan mereka untuk Fluid Art Movement ini dimana mereka juga turut mempamerkan hasil seni bendalir ciptaan mereka.
Hafizh Syahrin sedang melukis
Emmm .. dah tengok ke, hasil seni bendalir yang telah aku hasilkan ini ? Gambar sebuah pelantar minyak ditengah lautan, dan disinari cahaya sang suria. Tau kan .. pelantar minyak adalah sebagai tempat cari gali minyak, dan ianya memang related dengan bendalir. Tak ada minyak (petroleum), rasanya .. semuanya tak boleh jalan .. kan !
Ada rupa lukisan pelantar minyak tak ?
Dalam galeri seni bendalir ini, anda bukan tertakluk kepada satu je lukisan. Nak lukis banyak mana pun boleh. Yang penting, anda dah berdaftar dan mengambil bahagian. Tengok, lukisan kedua aku, bertajuk Kereta Abah .. amacam .. comel tak ? .. ^__^
Lepas ni, ingat nak update lagi lukisan. Biar banyak sikit ! Baru la ada peluang terpilih diantara 20 hasil karya seni dari seluruh dunia, sebab kalau menang dapat hadiah percutian 7 hari 6 malam untuk 2 orang yang ditaja penuh ke New Jersey untuk menyaksikan F1 Grand Prix dan pakej percutian ke New York. Best kan ! Baik anda pun cuba buat Fluid Art nie .. ada rezeki boleh menang.
Bagaimana Caranya?
Cuma perlu layari www.fluidartmovement.com dan cipta sendiri seni bendalir anda mengikut kreativiti sendiri. Bila dah siap, kemudian klik submit.
Satu paparan untuk anda login atau daftar akan terpapar. Bagi yang ada akaun Facebook, anda boleh terus log in untuk pengesahan. Lepas tu, klik pada butang vote, dan suruh orang ramai undi hasil seni bendalir yang anda ciptakan. Undian ini boleh dilakukan melalui Facebook, Twitter, Flickr, Google+ dan lain-lain lagi.
Senarai hadiah-hadiah lain yang menanti bakal pemenang-pemenang pula, semuanya buat aku 'ter' kata gempaq giler lah .. tapi ini untuk 15 hasil seni yang mendapat undian tertinggi disetiap negara yang akan disenarai pendek antaranya adalah iPad 64GB (wifi+3G), Samsung Galaxy S3, Canon DSLR EOS 1100D Kit, Sony LED TV 40'', Panasonic LCD 32'', Petronas Syntium 1000 (4L) dan Petronas Syntium 800 (4L).
Hadiah mingguan pun best juga iaitu Toshiba 24'' LCD TV bagi 15 hasil seni dengan undian tertingi bagi setiap minggu dan akan disenarai pendek. Juri juga akan memilih pemenang bagi setiap hadiah mingguan. Peraduan ini telah bermula pada 10 September 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012.
Petronas Fluid Art Movement Launch at Sunway Pyramid
- Jangan lupa untuk vote lukisan aku di SINI dan SINI ..





























