Tutorial Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, Okey nie Tutorial Aktifkan Google Plus Comments Blogger yang aku janjikan dalam post sebelum ini, Pro And Cons Aktifkan Google Plus Comments Blogger. Untuk mengaktifkan Google Plus Comments, anda perlu log in Blogger.com terlebih dahulu. Di Dashboard blogger, klik pada bahagian Google+. Kemudian tick "Use Google+ Comments on the blog". Untuk rujukkan, boleh lihat gambar sini, Aktifkan Google Plus Comments Blogger.


template code google plus comments



Kemudian, klik pada bahagian Template. Di sini aku sarankan agar anda download dan backup dulu, Template sebelum ini, agar sekiranya berlaku Error, anda boleh restore semula Template tersebut. Untuk tujuan tersebut, anda boleh klik pada Backup/Restore.


VERSI 1


Sekiranya sudah Backup, klik pada Edit HTML dan search code dibawah ini,


<b:include data='post' name='post'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>

Kemudian apply code dibawah,


<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>


menjadi sebegini,

<b:include data='post' name='post'/>
<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>
</b:if>



Kemudian klik pada Preview, kalau tak ada error, klik save.


VERSI 2
* Untuk veri 2 nie, kekemasan lebih bagus sebab tiada kotak komen jenis lama dibawahnya.


Klik pada Edit HTML dan search code dibawah ini,


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>



Dibawahya, ada boleh lihat code ini,


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>
</b:if>



Kemudian copy code dibawah ini,


<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>



menjadi ini;


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>
</b:if>



Kemudian cuba klik privew, kalau tak ada error, boleh la save. Itu saja, selamat mencuba !


Pro And Cons Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, akhirnya berjaya juga aku aktifkan Google Plus Comments dalam blog ini, nak tengok macam mana, anda cuba la komen kat bawah ataupun klik butang Google+ dibawah. Tapi sebelum anda nak cuba apply Google Plus Comments Blogger nie, nak bagi tau, ada Pro and Cons nya !


aktifkan google plus comments



Salah satunya keburukannya, macam gambar dibawah, sebelum anda tick "Use Google+ Comments on the blog" , anda boleh tengok, masih ada bahagian Comments. Seperti yang anda sedia maklum, bahagian Comments ini penting untuk memantau, isi kandungan komen pembaca yang terkini. Kalau, banyak sangat link, selalunya aku detele kat sini.


aktifkan google plus comments



Tapi selepas je anda tick "Use Google+ Comments on the blog" tu, bahagian Comments tersebut akan disable dengan kata lain, anda tak boleh memantau, komen-komen terkini dalam blog anda. Ooo susah jugak tu !.





Selain itu, kebaikan kalau anda aktifkan Google Plus Comments nie, ruangan komen blog anda akan integration dengan Google+, jadi sekiranya pembaca komen pada entry tersebut, mereka akan meninggalkan "jejak" dalam Google page mereka, sama macam dalam Facebook. Fungsi ini bagus sebab ianya mampu membantu, mempromosikan link blog anda di Google+ Page uertersebut.


Untuk keburukkannya pulak, yang aku tahu setakat ini, hanya user yang ada Google+ sahaja yang boleh komen, di blog anda.


Okey la, aku nak keluar makan dulu, nanti petang aku buat Tutorial nak Aktifkan Google Plus Comments Blogger. Tunggu ye !


Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, selepas seminggu Google mengumumkan penambahbaikkan dalam Blogger template HTML editor, hari ini Google sekali lagi, mengaktifkan penggunaan Google+ Comments dalam Blogger. Untuk mengikuti perkembangan, penambahan ciri-ciri baru ini, anda boleh klik sini, Google Buzz.


aktifkan google plus one comments



Sebentar tadi pun, aku dah mencuba untuk mengaktifkan Google+ Comments dalam blog ini, dan beberapa blog dummies, namun malangnya, komen lama secara automatik akan disembunyikan seperti gambar dibawah. Nak bagi komen lama ada, yang tu aku tak pasti lagi bagaimana, mungkin ada beberapa "bug" yang perlu diperbaiki. Jadi tunggu je la !


Kalau anda nak mencuba, anda boleh klik pada Google+ dalam blogger anda, seperti gambar diatas, dan kemudian tick "Use Google+ Comments on the blog"


aktifkan google plus comments



- Google+ Comments dalam Blogger, bagus untuk networking .. ^__^


Redirect Page 404 pada Blog

As salam, bagi yang selalu menyemak, Webmaster Tools, anda pasti selalu jumpa URL Errors dalam blog anda atau lebih dikenali "Eror 404". Kalau dulu, nak buang URL ini, anda kena remove melalui Remove URLs di bahagian Optimization. Akan tetapi, kadang kala URL Errors 404,  itu akan muncul semula, disebabkan oleh kerana link tersebut mempunyai backlinks sebagai rujukkan dari blog atau website lain.


Redirect Page 404 pada Blog



Untuk mengatasinya masalah ini, ada 2 cara. Satu, dengan perbaiki URL tersebut, yang ini, aku tak pernah cuba lagi, tapi nak buatnya, memang senang je. Cuma gunakan URL error 404 tersebut, dan create entry yang baru.


Cara kedua, dengan redirect URL Errors tersebut ke URL lain yang masih okey. Untuk menggunakannya, anda boleh ikut cara-cara berikut;


Mula-mula, kenalpasti URL Errors, dalam blog anda. Untuk makluman, tak semua URL Errors yang boleh repair. Contoh entry link yang saya dah delete ini, http://www.anastasyea.com/2010/07/gambar-seksi-dalam-telefon-fasha-sandha.html. Entry ini saya dah delete dulu, dah telah beberapa kali remove menggunakan Remove URLs, tapi masih wujud Error 404, disebabkan ada backlinks dari blog-blog lain.


Redirect Page 404 pada Blog



Untuk mengatasinya, aku menggunakan cara redirect ke page lain. Contoh dibawah ini, aku redirect ke page utama.


Buka Blogger.com > Settings > Search preferences. Dibawah Errors and redirections, klik edit pada Custom Redirects. Kemudian klik Neww redirect ! Untuk contoh link diatas, cuma perlu masukkan mulai, /2010/07/gambar-seksi-dalam-telefon-fasha-sandha.html dalam kotak From. Untuk kotak To pula, sekiranya ingin ke page utama, cuma tambah / sahaja dalam kotak berkenaan. Itu sahaja !.


Redirect Page 404 pada Blog



Selamat mencuba !



Tutorial Komli Default Creative Ads

Bagi yang menggunakan iklan Syarikat Pengiklanan Komli, mesti korang tahu mengenai iklan default Komli yang terpapar macam dalam gambar dibawah. Iklan macam nie memang tidak bagus untuk blogger yang mencari income menerusi blog kerana tidak menghasilkan apa-apa income. Oleh sebab itu, Komli memberi option kepada Publisher, untuk memaparkan iklan lain, sekiranya tiada iklan dari Komli. Untuk apply iklan Komli Default Creative Ads ini, korang boleh ikut tutorial dibawah.


Tutorial Komli Default Creative

Gambar diatas, kredit untuk Blog Emas putih


Tutorial Komli Default Creative



Pertama sekali, login akaun Publisher anda, lepas tu klik pada Ad Sport Manager (1), klik pada Default Creative View (2) dan seterusnya klik pada Add New Default Creative (3).


Tutorial Komli Default Creative



Lepas tu pilih Creative Format : HTML (4). Untuk Creative Dimension (5) pula, korang kena pilih saiz iklan yang sesuai dengan iklan blog anda. Kalau saiz banner iklan Komli dalam blog korang 300x250, kena pilih saiz itu jugak, kalau pilih saiz lain, tak menjadi, okey.


Dah siap, tulis tajuk ads korang pada Creative Name (6). Kemudian, copy HTML Code (7) yang anda perolehi dan paste dalam ruangan tersebut. Nombor (8), pilih website yang anda nak create. Macam aku, ada satu blog je, jadi yang banyak tu, kena select dulu, kemudian baru klik anak panah (9).


Tutorial Komli Default Creative



Nombor (10) pula adalah iklan Ad Spots yang terhasil. Kalau ada lebih dari satu, klik pada link tersebut, dan kemudian klik Add Selected (11)


Tutorial Komli Default Creative



Bila dah terhasil link seperti nombor (12), anda boleh terus Save (13). Untuk lihat hasilnya pula, anda kena tunggu beberapa minit selepas selesai tutorial ini.


Widget Google Plus Follower

Patut la dari semalam perasaan, widget follower sebelum nie dengan penggikut 5655, kat blog ni dah hilang. Rupa-rupanya, Google dah aktifkan Widget Google Plus Follower yang baru. So, kena add widget yang baru. Tadi aku check kat beberapa blog lain, ada yang ada lagi widget follower. Mungkin, ambil masa kot, tapi lepas tu, akan hilang secara berperingkat-peringkat.

Widget Google Plus Follower


Jadi kepada yang nak add widget baru nie, anda hanya perlu log in blogger.com > Layout > dan klik pada Add a Gadget, kemudian pilih Google+ Followers, dan seterusnya Add. Macam blog aku nie, banyak sangat edit Template, semalam dan pagi tadi, bila add widget Google+ Followers nie, ianya jadi separuh je macam gambar kat bawah.



Widget Google Plus Follower


Kalau nak ubah, masuk Template > Edit HTML > klik Proceed > klik Expand Widget Templates > dan cari widget id='PlusFollowers1' nak senang guna Find (CTRL+F). Kalau dah jumpa, kat bawah tu ada code macam ni;

<div class='g-plus' data-action='followers' data-height='300' data-source='blogger:blog:followers' expr:data-href='data:profileUrl' expr:data-width='data:width'/>


Nampak data:width tu, dah tukarkan dengan saiz yang anda kehendaki. Macam kat blog nie, saya tukar, 342. Kemudian preview. kalau berpuas hati, terus save. Itu je .. :)

- Kena mula bina follower semula .. ^__^


Blog Tak Diindeks Engine Carian

Minggu nie dah 2 kali aku terima pertanyaan mengenai Blog Tak Diindeks Engine Carian ? Satu dari kenalan aku sendiri yang baru buat blog, first entry, dah tanya, kenapa blognya tak ada dalam engine carian. Soalan yang kedua, aku terima dari blogger Yana Aina, yang bertanyakan kenapa blog beliau tak ada dalam engine carian walaupun dah lama wujud ! Dua soalan yang bagus untuk difikirkan !

Blog Tak Diindeks Engine Carian


Kalau lihat kedua-dua soalan ini, nampak ada dua situasi yang berbeza, tetapi mencari jawapan kepada benda yang sama iaitu, kenapa blog mereka tak diindeks ? Anda tahu ?

Jawapan kedua soalan ini sebenarnya mudah je. Kedua-dua blog tersebut telah dindeks, cuma blog tersebut tak dikuatkan dengan keyword SEO dan MetaTag. Nak tahu pasal keyword atau metatag nie, boleh klik sini, TIPS SEO. Tapi anda kena tahu jugak, untuk berada dipage pertama engine carian bukannya mudah seperti yang anda sangkakan ... ^__^

engine carian tak indeks
Contoh untuk keyword "makan"

Kalau anda nak semak samada sesebuah entry atau blog tersebut telah diindeks atau tak, mudah sahaja. Contoh; dalam entry tu ada perkataan Premium Beautiful, maka kita search begini, taip pada search carian seperti ini, premium beautiful site:www.anastasyea.com dan enter.

Kalau tersenarai, memang entry tersebut telah terindeks. Kalau tak ada, tu baru tak terindeks dan pernah terjadi kepada blog ini, Masalah Google Engine Lambat Indeks Entry Terbaru. Begitu juga kalau nak semak tajuk entry, label, dan lain-lain lagi dalam blog. Guna cara yang sama je !

- Mudahkan !


Breadcrumb Label Post Page Agar Lebih Cepat Terindeks

Pagi nie, sebelum aku bertolak ke kenduri Bro Framestone, aku kemaskini sikit data breadcrumb dalam blog aku. Dah lama tak terusik dan aku rasa, perlu ada penambahan agar lebih SEO dan cepat terindeks. Sebenar, pagi nie aku tak target pun nak ubah part breadcrumb ni. Yang aku cuba buat, nak ubah label kepada heading tag, tapi tak menjadi, sebab apabila apply je, susunan jadi tak menarik. So, cancel dulu part tu.

breadcrumb label post page


Kalau anda tengok gambar kat atas ni, macam tu la structure data blog aku dalam engine search sebelum nie. Hanya capture link setiap post je. Jadi kalau nak Improve SEO, aku rasa perlu diperbagaikannya.

Kebetulan pulak tadi, masa Google, aku jumpa tutorial lama pasal breadcrumb, dan dalam tutorial tu, fungsinya hanya capture satu label sahaja. Bagi aku, kalau setakat satu label dalam Engine Search. Tu tak menarik ! Lain la kalau capture semua label. Baru la ada kebarangkalian untuk peningkatan SEO dan mungkin akan lebih mesra alam dengan Engine Search. Itu pendapat aku la !

breadcrumb label post page


Dan selepas sedikit penambahanbaikan dari tutorial yang aku jumpa tu, plus idea aku yang tak seberapa, maka nie la hasilnya. Setakat nie, aku tak pasti sejauh mana part SEO nie boleh pergi. Nie pun hanya test menggunakan Rich Snippets Testing Tool. Kalau anda nak test, dan bagi idea kat aku, dipersilakan ye ! Setakat yang aku test, nampak macam OK je ! *Ehh .. Anda jangan terpedaya pulak dengan pendapat aku yang entah apa-apa nie k. Aku main hentam je !!!*

- Tengah experiment idea bengong, Heading tag label dalam satu baris .. boleh ke ? Bagi la idea sikit ..


Script Cepatkan Load Time Web Page

Sambil memantau web trafik yang mencanak naik ekoran Daftar Online / Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2), saja-saja aku Google .. dan terjumpa Script Cepatkan Load Time Web Page ni. Cuba test, mana la tau boleh kurangkan speed test blog aku, dan ini lah hasilnya;

Script+Cepatkan+Loading+Blog

Gambar di atas ni, aku testing load time blog aku dulu menggunakan Pingdom Tools. Nak tau macam mana script nie berfungsi. Adakah bersesuaian dengan template blog aku.
 
Script+Cepatkan+Loading+Blog

Yang nie pulak, selepas dah apply Script Lazyload  ke dalam template blog. Macam mana, laju tak ?

Dari yang aku baca pada tutorial Script Lazyload tu, disarankan supaya pengguna mencuba dulu, sebab tak semua blog bersesuaian dengan script ini. So, kepada nak cuba, boleh ikut tutorial di bawah;


1. Login Blogger
2. Klik kat Option
3. Klik Template > Edit HTML dan klik Expand Template Widget. Sebelum tu backup dulu template, sekiranya hasilnya tak menjadi atau anda terdetele code lain.
4. Kemudian cari code </head>
5. Letakan script dibawah ini diatasnya </head>


<script charset='utf-8' src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.3.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/> <script src='http://k-blogger.googlecode.com/files/easy-loading.js' type='text/javascript'/> <script charset='utf-8' type='text/javascript'> $(function() { $(&quot;img&quot;).lazyload({placeholder : &quot;http://bit.ly/Qv60g5&quot;,threshold : 200}); }); </script> 

Itu je ..

- Kalau nak tengok tutorial lain, boleh tengok kat Tutorial .. ^__^


Gambar Lebih Besar Dalam Blogger Post

Gambar lebih besar dalam entry post ? Sebelum nie, memang pernah terfikir, macam mana nak besarkan gambar dalam entry post macam blog Eyriqazz, Yanmie dan blog-blog lain. Kalau hanya set large pada gambar. Memang dah selalu buat. Tapi bila preview dan publish .. tetap juga saiz kecil. Ehh .. bukan kecil la .. kira-kira boleh la tengok. Tapi tetap tak puas. Nak jugak gambar tu lebar ikut sama saiz dengan post blog macam sekarang ni ..


Puncak Bukit Broga Semenyih
Ketika berada di Puncak Bukit Broga, Semenyih

Disable Authentication Required Pada Browser Mozilla Firefox

As salam, Ni aku kongsikan tips untuk disable Authentication required pada browser Mozilla Firefox. Baru sekejap tadi aku jumpa. Sebelum ni, geram gak bila nak layari mana-mana laman web. Asyik keluar je pop up ni walaupun proxy IP yang digunakan tu betul. Asyik kena klik Cancel .. Cancel .. sampai jemuih jari nie nak klik.


Disable Authentication Required


Backlink Blogger Terkenal

As salam, dah lama betul aku tak semak backlink blog aku ni. Tadi semak kejap .. tak sangka .. sekarang dah mencecah 192 Ribu.  Kalau tak silap aku, bulan 2, 2011 dulu .. baru cecah 11 Ribu .. Masa tu memang suka la .. and kalau boleh cita² nak potong backlink cikgudahlia. Hehehehe .. (mood tengah rajin masa tu)


free backlink


Cakap pasal backlink nie. Ada sesiapa kat sini kisah tak pasal backlink blog masing² ? Aku mula² dulu pun macam tu jugak. Tak kisah pun pasal backlink ni. Dengar je bunyi backlink ni dah rasa pelik. Berkedut² muka memikirkannya .. Hehehe ..

Custom Page Error 404 Bagi Cantik-Cantik !

As salam, dah pernah testing tak Custom Page Error 404 blog aku. Nak tengok macam mana ? Nie haahhh .. boleh tengok gambar dibawah. Kalau nak test tu, taip je www.anastasyea.com/ dan diikuti perkataan apa yangg korang nak. Mesti jumpa sama dengan gambar dibawah ..


Custom Page Error 404



Kalau dulu, pembaca yang masuk sini dan jumpa Page Error 404 nie, tentu diorang kebanyakkannya .. blurrr .. tak tahu nak ke mana lepas tu. Nak klik Home, tentu la jarang² sekali. Jadi yang aku dapat agak, kebanyakkannya, tentu close page dan buat Search Google yang baru.


Tapi bila dah ada Custome Page Error 404 ni, kira pembaca tu kurang la terkejut sikit. Sekurang²nya ada arahan nak ke mana lepas tu, cuma percaya ke tak je ! Ehh .. korang rasa, macam mana ? Percaya tak dengan arahan dalam gambar diatas ?


Faedah² yang dapat aku fikirkan tentang penambahbaikan ini. Antara;

1) Page error 404 nampak lebih menarik.
2) Ada panduan nak ke mana selepas itu untuk pembaca
3) Last sekali yang aku dapat fikirkan sebabnya, adalah nak bagi pembaca berada lebih lama didalam blog. Lagi lama pembaca dalam page anda, maka Bounce Rate blog anda akan makin rendah, makin rendah .. makin banyak pengiklan yang suka .. dan hasilnya .. korang faham² je la ye .. ^__^


- Simple tips dari aku .. selamat mencuba .. ^__^


Remove Widget Blog Post on Page Elements

Lama dah aku pendam nak buang salah satu widget Blog Post ni. Hari nie baru dapat. Hari tu, gatal sangat nak test tutorial gunakan auto keyword yang aku jumpa. Tengok macam best je dan terus apply. Tup² .. dah ada dua widget Blog Post. Dah jadi satu hal macam nak buang yang satu lagi tu pulak. Hehehe ..

Widget Blog Post on Page Elements

Dari penerangan blogger Zulkbo dalam entry terdahulu. Beliau pun pernah kena macam ni dulu. Last sekali terus tukar template. Aku nie pulak, jenis malas nak tukar template.

Add Facebook Comments Box With Blogger Default Comment | Version 2

Bagi yang mengikuti Tutorial Memasang Kotak Komen Facebook dan Blogger Dalam Blog. Ini adalah kesinambungan daripada tutorial tersebut. Kalau dulunya, bahagian Facebook berada dibahagian utama. Sekarang, korang dah boleh ubahkannya dengan bahagian default komen Blogger. Contohnya seperti gambar dibawah;

Facebook Comments Box With Blogger Default Comment
Gambar atas (sebelum) dan bawah (selepas)

Cara² Memasang Kotak Komen Facebook dan Blogger Dalam Blog

Sebelum nie memang dah banyak kali jumpa blogger² yang menggunakan kotak komen Facebook (FB) pada blog mereka. Bagi aku, penggunaan kotak komen FB tu memang la menarik. Tapi yang lecehnya, tak semua blogger² gemar nak komen kat situ. Lain la kalau ada kedua²nya sekali macam tutorial kotak komen Facebook dan Blogger yang aku nak buat ni. Kalau nak komen, kat mana² satu pun boleh. Pilih je mana yang nak.

Kotak Komen Facebook dan Blogger
Dah ada kedua² kotak komen ni. Senang la sikit nak pilih mana satu.

Cara² Memasang Button LIKE dan SHARE Facebook pada Blogger

Ini adalah pertolongan pemasangan button LIKE dan SHARE Facebook yang diminta oleh Aynora Nur. Beliau meminta agar button tersebut berada dibawah bawah setiap post/entry blog. Harap² dengan adanya tutorial ini akan dapat membantu beliau dan blogger² lain yang memerlukannya.

Tutorial Like and Share Button Facebook

Related post for blogspot | Tutorial berguna untuk meningkatkan trafik blog anda !

Sebenarnya dah lama saya cari Tutorial Related Post ini. Dulu pernah juga jumpa banyak tutorial sebegini. Tapi susah benar nak apply dengan template blog saya. Ada banyak bug dan code yang tak betul. Jadi .. saya lupakan hasrat tu dulu. Tadi dah kebetulan terjumpa tutorial ini. Terus apply dan menjadi.


related post blog blogspot

Luahan Hati | Anda Berani !

Berani ke nak meluahkan perasaan korang kalau tak puas hati dengan apa yang korang rasa selama nie ? Nak luah kat Facebook? Twitter ? Boleh.. Silakan..

anastasyea di pantai
Layan perasaan !

Tutorial Create Popular Post Blogspot

Kalau sebelum ini saya menulis mengenai tutorial Recent Post, kali ini saya buatkan satu lagi tutorial iaitu Popular Post pula. Bezanya .. popular post nie dinilai berdasarkan bilangan komen dan berbeza sedikit dari gadget popular post default blogspot. Jadi kalau anda nak cuba .. ikuti je cara² kat bawah nie.

1. Anda perlu Login ke akaun blogger.
2. Pada dashboard klik: Layout > Add a getget > dan pilih "HTML/Javascript"
3. Kemudian copy paste code di bawah ini
<script src="http://anastasyeaproject.googlecode.com/files/popularpost.js" type="text/javascript"></script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://www.anastasyea.com
&ShowHowMany=10
&_id=390e906036f48772b2ed4b5d837af4cd
&_callback=getYpipePP
&_render=json"
type="text/javascript"></script>
4. Kemudian save.

Sila tukar http://www.anastasyea.com kepada URL blog anda. Berikut adalah keterangan mengenai fungsi code diatas;

ShowHowMany = Bilangan post

ANaSTaSyeA :  Kalau suka .. cuba la. Tak rugi pun ..