Bukti Triond Bukan Scam

Bayaran dari Triond yang aku terima untuk bulan-bulan kebelakangan ini. Yang terakhir aku terima, bayaran ke 49 untuk bulan September 2012 dan yang akan datang, insya Allah .. mungkin besok, bayaran ke 50. Untuk bulan ini, bayaran yang aku terima .. kurang sikit berbanding bayaran yang aku terima semasa mula-mula aktif dulu.


bayaran triond


Tapi tak kisah la. Asalkan ada income pasif untuk penuhkan akaun PayPal aku sebelum hujung tahun ini. Kira OK la tu.

Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Seperti kebiasaan pada setiap 5 hingga 10 haribulan, akaun PayPal aku pastinya akan sedikit sebanyak terisi dengan kehadiran duit percuma dari Triond. Kali ni, payment ke 48 yang aku terima cuma USD 6.77 bersamaan dengan RM21 kalau ditukarkan pada hari ini. Kiranya ada peningkatan sedikit la berbanding Triond Payment Ke 47 yang lalu.


Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Triond Payment Ke 47

Hari nie aku nak sharekan dengan korang, payment ke 47 yang aku dapat dari Triond. Tak banyak pun.. tapi kira ok lah kan. Sekurang kurangnya, akhir tahun 2012 ni, penuh la tabung PayPal aku. Boleh la buat pergi melancung atau guna ketika terdesak. Hehehe !


Triond Payment Ke 47

Cash Out Earning Infolinks

Masih ingat tak iklan Infolinks yang saya try 3 bulan yang lepas. Haahhh .. sekarang dah cukup untuk cash out. InsyaAllah dalam dua tiga minggu lagi. Mungkin dapat ! Itu pun, Infolinks akan transfer ke dalam akaun PayPal aku dulu. Nak terus masuk ke akaun bank tempatan. Kena kumpul sampai 400 dollar. Banyak sangat ! Baik kumpul sikit², dan transfer masuk ke akaun Paypal. Nanti dah cukup, boleh la buat beli Gadget Impian. Baru nak convert ke matawang Malaysia. Baru masyukkkk !!!

infolinks info links

Termasuk income Infolinks ni. Kira sekarang ni dah ada dua sumber income tetap untuk tabung PayPal aku. Satu, yang nie ..Infolinks. Yang satu lagi, Triond. Kalau korang nak tahu. Akaun Triond aku nie dah lama tak aktif. Sejak penghujung tahun 2009 lagi. Tapi yang bestnya, sampai sekarang masih lagi masuk dalam 10 ~ 20 dollar tiap² bulan.

Menjana Income dengan Iklan PPC Infolinks

Kalau korang perasan. Sejak dua tiga hari ni, ada perubahan sikit yang aku buat kat blog ini termasuklah meletakkan iklan Pay Per Click (PPC) ads with text ~ Infolinks sebagai tambahan menjana income. Memang dari dulu lagi aku nak mendaftar sebagai publisher Infolinks. Namun percubaan aku gagal sebab menggunakan bahasa lain selain English. Jadi selepas merujuk kepada blog² yang aku jumpa kat Internet. Aku daftar pula satu blog berbahasa English. Akhirnya permohonan aku diluluskan.

income infolinks

Extra Income dengan Google Adsense

Perasan tak apa yand ada dalam blog ini. Haahhh .. saya dah tambah aplikasi Google Adsense. Memang dah lama saya mengidamkan untuk mendapatkan Google Adsense ini. Dah banyak kali mencuba .. namun semuanya ditolak. Tau² je la .. blog berbahasa melayu .. selalunya, semua kena reject. Lain la kalau blog berbahasa English. Senang je untuk apply. Tapi itu pun dulu. Sekarang Google dah pandai. Kalau setakat blog berbahasa English dan baru dua tiga entry post .. memang mereka tak pandang. Kena tunggu lama sedikit. Biar entry post dah lebih 50 dan blog dah nak masuk 4 hingga 5 bulan .. baru pohon. Insyaallah .. Google Adsense anda akan diluluskan.

extra income google adsense

Tapi kalau tak lulus tu. Try lagi. Cuba selidik apa kelemahan blog tersebut. Mungkin ada beberapa error yang dah melanggari term syarat² permohonan Google Adsense. Saya pun dulu macam tu jugak. Tapi tak pernah putus asa. Rasanya masuk akaun ini .. dah lebih dari 10 permohonan saya hantar. Nie baru lulus. Tau² je la. Bila nak hantar permohonan tu .. kena ada akaun google baru. Baru boleh. Kalau guna blog lama yang pernah kena reject. Memang tak dapat punya. Alhamdulilah .. akhirnya lulus jugak akaun Google Adsense tersebut. Baru rasa lega sikit.

Kenapa saya berminat sangat dengan Google Adsense ini. Ok, dari apa yang saya baca dan pernah jumpa. Sebenarnya .. dengan Google Adsense ini, anda boleh membuat lebih banyak income dengan perbagaikannya selagi tak melanggar syarat² yang ditetapkan oleh Google Adsense. Antaranya .. anda boleh integrate dengan aplikasi lain. Antaranya .. Youtube, Triond dan banyak lagi. So, bila dah ada akaun  Google Adsense ini. Sedikit sebanyak dapat menambah income blog anda yang sedia ada.

ANaSTaSyeA : Dah dapat tu .. kena jaga betul² sebab Google Adsense nie memang tegas. Kalau langgar sikit je salah satu syarat² yang ditetapkan .. terus dia block/batal tanpa memberi peluang kepada anda untuk membetulkan apa yang salah.

Meraih Pendapatan Tambahan Dengan Cara Mudah

Kalau post sebelum nie .. kita hanya bagi tahu .. boleh buat duit dengan submit article je .. sebenarnya Triond juga terima kalau kita submit poem, video, music atau gambar. Cuma kalau nak earning yang banyak .. tu la .. Kena buat article. Article tu pulak tak semestinya panjang. Buat pendek dalam 150 patah perkataan pun dah cukup. Biar pendek tetapi padat. Tapi tu la .. kat sini peranan keyword, tajuk dan tag .. memang merupakan perkara penting. Baru la dapat menarik pembaca untuk membaca article tersebut.

triong buat duit
Nie saya print screen dari akaun Triond saya ..
berikut adalah tajuk article, tarikh submit, jumlah pembaca (bulan ini), duit yg diperolehi (bulan ini), jumlah keselutuhan pembaca, dan jumlah keseluruhan duit yang terkumpul.

Pihak Triond memang tegas dalam meluluskan setiap artikel yang dihantar. Kalau salah sikit ejaan atau grammer. Memang mereka suruh betulkan balik yang mana salah dan kemudian hantar semula. Lagi satu lupa nak bagi tahu .. kalau ayat dalam article tersebut dicedok dari mana-mana article lain (ambil dari internet) .. pun akan kena reject sebab ianya dah menyalahi peraturan yang ditetapkan. Nak yang fresh je. Kalau nak ambil jugak .. kena la ubah sikit. Supaya nampak tak sama dengan yang asal.

Sebaik saja article tersebut diluluskan .. perkara pertama yang harus dilakukan adalah macam mana nak promote. Triond bukannya tak tolong promote .. cuma kalau nak lebih pembaca .. kita kena tolong promote sekali. Caranya mudah sahaja. Copy link article tersebut dan submit ke sosial network or bookmark network seperti Facebook, Twitter, Digg, Stumbleupon, MySpace, Google Bookmark, Yahoo Buzz dan macam-macam lagi. Lagi banyak yang anda submit .. maka lagi cerah la peluang anda untuk meraih pendapatan.

ANaSTaSyeA : Konsepnya sama macam mana nak promote blog/website anda ..

Senang Buat Duit Online Kat Internet

Hari tu masa kita cashkan duit pay pal, ada la orang yang bertanya .. macam mana kita buat duit online nie. Nampak macam menarik dan kalau boleh nak mencuba .. Tapi masa tu kita pun tengah blurr .. mungkin sebab excited nak pergi bercuti. hehehe! .. So, hari nie bila kita teringat balik pasal tu .. kita buatkan la enrty nie. Harap-harap dapat la membantu mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan. Tapi ada syaratnya tau ... kena pandai ENGLISH.

triond buat duit

Program nie namanya Triond .. kita dah lama kita join program nie semenjak September 2008 lagi. Boleh tengok gambar .. kalau tak percaya. Alhamdulilah, setakat nie .. program nie memang bayar mengikut jadual iaitu setiap 10 atau 15 hb (universal time). Pembayaran dilakukan dalam 3 cara iaitu paypal, check dan yang terbaru .. western union.

triond buat duit
klik gambar untuk besarkan

Kalau tengok gambar yang kita sertakan .. bayaran yang kita terima memang la sikit. Tapi OK la daripada tak ada langsung, Paling sikit pun dalam $10 lebih. Tapi tak kisah lah .. janji bayar.

Yang bestnya pasal Triond nie .. selagi orang baca artikel yang kita tulis tu. Selagi tu la .. ianya akan generate duit kat kita. Kira macam bayar royalti la .. Bestkan! Kalau tak silap kita la .. kali terakhir kita tulis artikel dan publish kat Triond nie .. November 2009. Lepas tu dah tak tulis-tulis sampai sekarang. Tapi tu la .. duit tetap juga masuk. Bestkan !

ANaSTaSyeA : Esok kita tulis lagi macam mana nak promote benda nie ..

Berkobar-Kobar Nak Jadi Blogger

Hari nie abang ada buat kelas "Pengenalan Asas Blog" kat office dia. Bukan apa... hari tu lepas je akak red @ redmummy keluar paper... terus staf kat sana serbu. Nak tanya betul ke boleh buat duit dengan blogging je!. Macam tak masuk akal. So... lepas berbincang dan dapat persetujuan boss... abang decite nak buat kelas hari nie.

So hari nie start la ... Entah apa yang diajar kat sana pun aku tak pasti. Nanti kalau ada pic... aku post kat bawah nie... abang nie actually dah lama buat duit kat internet... kalau setakat duit dari masuk dari Nuffnang, Triond, PayPal, Alertpay, PayPal WishList, dan banyak lagi... tu semua dia dah tak heran le... Kita pun tak berapa paham sangat apa semua tu... setakat tengok tu.. boleh la.



- Jangan terlalu suka blogging sampai macam nie pun nak masuk dlm blog