Penangan Trafik Keyword Bermusim

Rasanya dah lama aku tak tunjukkan trafik blog aku, tak apa, nie aku tunjukkan untuk minggu lepas dan online, untuk hari ni punya. Amacam okey tak ? Boleh tahankan ! Kalau dibandingkan dengan entry Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas, memang boleh nampak perbezaan trafik yang ketara.


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Kiranya lebih hebat lagi dari Trafik Giler Giler 5 Ribu UV, tapi tu la, nie semua penangan keyword bermusim. Tahun lepas pun trafik macam nie juga, sampaikan kawan aku cakap, kalau search pasal keyword tu je, pasti blog aku ada terpampang dipage pertama, begitu juga tahun nie punya. InsyaAllah, kalau dilanjutkan, next time pun mungkin trafik macam nie jugak. Hehehe ..


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Penangan Trafik Keyword Bermusim



- Aku lebih suka keyword biasa yang selalu dicari dari keyword bermusim yang banyak persaingan. Korang macam mana ?


Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik

Sebenarnya, dah lama aku fikirkan pasal ni, Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik untuk dapatkan earning lebih dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Adsense, Innity, Adverlet, Komli, dan lain-lain lagi. Sampai bila ? Adakah perlu sampai pencen ? Anda nak ke macam tu !

Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik


Aku faham kenapa blogger menceburi bidang ini, niat kebanyakkan, mungkin satu je, lain-lain tu, aku tak tau, mungkin suka. Yang aku tau, kebanyakkan nak menambah sedikit income, kalau tak dapat banyak. Macam aku dulu, aku anggap sebagai bonus hujung tahun je. Tu planning aku memandangkan nak dapat bonus setiap tahun macam sektor swasta, memang tak dapat. Jadi, bila aku buat blog, ada la bonus sedikit untuk aku setiap hujung tahun.

Tapi tu dulu, sekarang .. zaman makin berubah dan setiap hari pasti ada blogger baru yang muncul yang menguasai pasaran internet. Mungkin itu rezeki dia, tapi bagi aku, adakah aku perlu kerja 200 peratus untuk menandinginya dengan memperbagaikan apa yang aku pelajari selama ini. Aku bukannya mesin, aku hanya manusia biasa yang lemah. Kadang kala, aku keletihan juga.


hacker blog


Faktor serangan hacker, virus, blog dicuri juga menjadi halangan. Katakan satu hari nanti, blog aku kena attack, dimana harus aku tuju untuk menjana pendapatan sambingan. Nak buat blog semula, memang mengambil masa. Memang tak boleh, buat entry hari ni, esok boleh masuk page pertama engine carian. Itu memang tak mungkin.

Selain itu, kalau nak SEO power, kebanyakkan mesti guna hosting WP. Nak bayar hosting, bukan sikit, malah mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Sepanjang karier sebagai blogger, aku pernah jumpa beberapa blogger menggunakan WP. Trafik mereka memang tinggi, tapi income yang terhasil, tak bebaloi dengan modal yang dikeluarkan. Nak tak nak, terpaksa beralih kembali kepada platform blogger yang menyediakan hosting percuma. Aku tak nak la macam tu.

pendapatan lumayan blog


Kalau ikutkan, memang banyak lagi aku nak story panjang kat sini, tapi nanti la. Sekarang ni, aku ada planning aku sendiri. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan bagi diriku. Jalan yang aku rasa, aku tak akan keletihan dan tak perlu bersengkang mata untuk buat entry trafik setiap hari, tetapi boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam blog. 

Persiapan telah aku susun, cuma aku nak tanya kepada semua blogger. Sampai bila blogger perlu kejar trafik untuk hasilkan income ? Kalau anda bersetuju dengan pendapat aku, aku ada jalan penyelesaiannya dan aku akan tunjuk jalannya.

Peluang ni, bukan datang dengan omong kosong. Aku dah nampak, dan aku kaji seperti mana aku kaji SEO dan MetaTag .. bukan main terjah. Kalau betul, anda berminat, aku pinta .. hanya luangkan sedikit masa mendengar penerangakan dariku yang tak seberapa, dan aku akan tunjukkan jalan yang mungkin anda tak akan tolak sampai bila-bila. Yang penting, anda percaya akan diriku ..

p/s : Khas untuk blogger yang berkerja sahaja

- Berminat nak dengar .. boleh PM kat email, Facebook atau call / sms aku, 019-551 8583 dari pukul 7-12 malam. * Siang aku kerja, takut tak terangkat .. Sabtu, Ahad, Cuti .. boleh call sepanjang hari .. ^__^


Disable Authentication Required Pada Browser Mozilla Firefox

As salam, Ni aku kongsikan tips untuk disable Authentication required pada browser Mozilla Firefox. Baru sekejap tadi aku jumpa. Sebelum ni, geram gak bila nak layari mana-mana laman web. Asyik keluar je pop up ni walaupun proxy IP yang digunakan tu betul. Asyik kena klik Cancel .. Cancel .. sampai jemuih jari nie nak klik.


Disable Authentication Required


Follower Dah Cecah 3000

Memang tak sangka .. belum cukup setahun, blog nie dah boleh cecah 3000 follower. Dulu masa mula² berblog .. tak pun terfikir nak kumpulkan follower sebanyak nie. Kalau ada dalam 1000 follower pun .. dah alhamdulilah. Tapi nie dah terlebih .. rasa syukur sangat²!


Nak kata glamour tu .. belum sampai tahap tu kot. Rasanya .. cikguDahlia, Kak Kujie dan lain² blogger yang dalam rangking alexa 300 .. lagi best!. Tiap² hari update entry. Macam saya nie .. ada masanya tak terupdate. Sibuk dengan kerja dipejabat. Kalau ada pun .. hanya satu entry sahaja. (tu pun lepas minum 100Plus)


Buat Income/Duit Kat Youthsays

Maaf ya .. sebenarnya saya bukan expert sangat bab² buat duit nie. Tapi sebab dah ramai bertanya, bagaimana nak generate income/duit kat sini .. nie saya buatkan simple step. Harap² semuanya faham la ye.

duit ringgit malaysia
Kalau kena dengan teknik .. memang senang je nak buat duit kat sini!

Tips Mengejar Iklan Nuffnang

Semalam .. semasa tengah mencari cerita sensasi a.k.a gambar perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan Dr Halina Mohd Yunos, jumpa la tips macam mana nak dapatkan Buffered Earning bagi ads unit Leaderboard. Rasanya dah lama betul tak dapat iklan jenis nie. Kalau ikutkan post entry yang terdahulu .. rasanya dah hampir 3 - 4 bulan. Huhhhsss .. lama tu.


Tapi bila difikirkan semuala .. boleh ke guna cara nie? Nanti tak pasal² jadi macam tu jugak. Emmm .. tak apa lah. Dah jumpa cara nie je .. guna la dulu. Betul ke tak tu .. kena cuba dulu baru tau. Lagi pun .. kata orang .."kalau tak ada rotan .. akar pun jadilah". Kalau ada rezeki .. iklan Leaderboard yang idamkan .. pasti akan datang jugak nanti. Ehhh .. korang nak tahu tak caranya? Mudah sahaja .. cuma perlu godek² sikit code HTML. Bagi yang tak mahir tu .. ikut je cara nie. Lepas tu sama² kita tengok .. berkesan ke tak? Hehehe!

1. Login > Design > Edit HTML
2. Buat backup dulu dengan klik pada Download Full Template dan save
3. Pada Edit Template, klik pada Expand Widget Templates
4. Klik pada keyboard CRTL+F (untuk find) dan taip code kat bawah nie.
<div class='content'>
5. Dapatkan code HTML bagi ads unit Leaderboard Nuffnang.
6. Pastekan di atas code tadi.
7. Save ... dan anda akan nampak perubahanya..

ANaSTaSyeA : Selamat mencuba .. harap² menjadilah ye! ;)

Renovation Layout Rumah Baru .. OK tak?

Semalam selepas berhempas pulas mengedit serba sedikit blog kesayangan ini .. akhirnya siap juga dengan wajah baru. Hushhh .. rasa lega sikit. Nampak simple, ceria dan tersusun. Pemilihan warna yang saya pilih kali ini pun berasaskan warna asas .. hitam dan putih .. ala² macam yin dan yang .. yang banyak menekankan kepada konsep keseimbangan. Harap² .. macam tu la. Penggunaan warna lain pun ada juga digunakan .. cuma agak sedikit sahaja untuk menceriakan lagi blog ini.


Sebelum buat renovation tu .. macam biasalah .. buat backup terlebih dahulu. Mana la tau .. kot² lepas dah edit .. rasa macam tak sesuai pulak. Nanti boleh reload semula template yang lama. Lagipun .. pengajaran sebelum nie banyak dah mengajar bahawa pentingnya untuk membuat backup sebelum membuat apa² perubahan pada template designer dan HTML code.


Layout yang saya gunakan kali ini .. saya cuba tekankan kepada kecepatan masa blog untuk loading, susunan arkitekture layout yang menarik dan SEO friendly. Bukan apa .. semua tu nak jaga hati pembaca .. kena la buat macam tu. Tanpa mereka .. macam mana prestasi blog ini nak meningkat. Lagi pun .. kan pembaca dah bersusah payah singgah kat blog ini. Nanti kalau blog nie lambat loading .. takut pembaca rasa malas nak singgah lagi. So, untuk mencetuskan persepsi menarik kepada pembaca .. kena la buat macam ni.


ANaSTaSyeA : Sekarang orang tak suka tunggu lama² .. semua nak cepat!

Trend Pencarian Keyword Bagi Bulan Puasa Dan Aidilfitri

Seperti tahun-tahun yang sudah. Pencarian perkataan seperti waktu berbuka puasa, anak bulan, doa puasa, jualan, potongan jualan, lagu raya dan lain lain yang berkaitan dengan bulan tersebut akan menjadi perhatian pengguna internet. Tiap-tiap tahun perkara yang sama akan berulang. Dah jadi macam satu trend la pulak. Kalau tak percaya tengok graf carian bagi keyword puasa. Setiap tahun ada je orang yang mencari perkataan tersebut kat search engine.


So, bagi yang masih baru dalam bidang ini. Jalan lepaskan peluang k! Buatlah sebanyak mungkin post yang berkaitan dengan bulan tersebut. Tak kisah lah berkenaan baju raya ke? kuih raya ke? doa puasa ke? yang penting ada keyword yang bercirikan bulan tersebut.

ANaSTaSyeA : Hehehe...nak buat post ketupat raya lah lepas nie


Cium Isteri Sebelum Pergi Kerja

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami :Kenapa?

Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami :Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?


- Hargai pasangan anda selalu.


Uniques Visitor Meningkat Tiga Kali Ganda!

Sabtu lepas merupakan kali pertama blog kita menerima pengunjung yang begitu ramai. Kalau lihat gambar dibawah, uniques visitor yang aku ambil dari website Nuffnang .. yang datang ke blog ini mencecah 651 orang.





Wowww... banyaknya! Mula-mula tu terkejut jugak. Selalu purata uniques visitor yang datang ke blog kita cuma dalam 150 - 200 orang je, tapi kali ini meningkat tiga kali ganda. Memang best la masa tu. Tambah-tambah lagi bila melihat angka visitor online meningkat dari masa ke semasa.

- Kan best kalau tiap-tiap hari dapat uniques visitor macam nie!


Kenapa Graf Blog ANaSTaSyeA Kat Alexa Menjunam!

Minggu lepas dah la tak update blog beberapa hari menyebabkan graf blog anastasyea kat alexa dah semakin menjunam. Sebelum nie kalau di compare dengan blog redmummy... rasanya lagi sikit je boleh sama traffic rank dengan redmummy. Tapi sebab wimax kat umah kita dah buat perangai... jadi macam nie la. Turun mendadak..


ANaSTaSyeA : Sedihkan tengok graf traffic rank turun mendadak!...


Perlukah Kita Mengurangkan Pembaziran Dalam Blog

Ada sesetengah orang cakap blog yang terlampau banyak widget menyebabkan orang cepat bosan dan muak. (kredit to blog faizulzakaria) Tambah-tambah lagi kalau pembaca tu menggunakan komputer yang usang dan connection internet yang slow. Betul ke?

Entah la... kita pun tak pasti! Kalau difikirkan betul-betul nampak macam logik juga. Bukan semua orang ada PC dan Internet service provider yang bagus. So, hari nie kita fikir balik apa yang perlu ada dalam blog nie dan start kurangkan apa yang kita rasa tak perlu termasuklah yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Berikut adalah apa yang kita dah kurangkan.

Blog Archive Add
Perkara pertama yang kita buang adalah gadget Blog Archive Add. Kenapa... pertama, sebab bila archive kadang kala tu panjang berjela terutamanya bila select Archive Monthly. Banyak ruang kosong yang terhasil dan tak diisi (bawah blog post). Rasa membazirkan lah pulak. Kedua sebab, Blog Archive Add mempunyai fungsi yang hampir sama dengan gadget Feeds, dan Older Posts. Selain tu, kita pun kadang kala ada selitkan sesetengah link post lama. Rasanya dah mencukupi untuk pembaca melayari blog ini.

Read More
Rasanya Read More pun sama, kena buang juga. Bila tengok balik rasa macam menganggu pembaca untuk membuat pilihan dan membaca. Kan lebih baik pembaca menilai berdasarkan Tajuk Post sahaja. Kat sini kita dah sediakan 3 pilihan iaitu, gadget Feeds (5 link kat atas sekali), Link dalam blog post dan Older Posts (kat bawah sekali).

Bilangan Post
Kat sini kita juga mengurangkan bilangan post yang muncul dimuka depan... Kalau sebelum nie ada dalam 6-4 post, hari nie kita dah kurangkan menjadi satu post sahaja.Banyak-banyak pun buat apa... menyemak je!

Gadget Labels
Gadget label pun kita rasa macam tu jugak, kena buang. Alasan; kerana pembaca tak menggunakannya. So, dari terus ada... baik kita buangkan sahaja. Jimat space dan masa untuk loading.

ANaSTaSyeA: Gadget yang lain pun dalam perhatian... kalau rasa macam tak berfaedah je... rasanya kena kick juga nie.

5 Perkara Hebat Yang Membawa Pembaca ke Blog Anda!

Dalam memastikan websites atau blog anda sentiasa dikunjungi pembaca, perkara utama yang harus dititik beratkan adalah sentiasa mengemaskini/update blog anda. Tanpa post terkini, blog ada pasti kelihatan suram. Macam pokok yang kurang sinaran matahari, baja dan air ... Hehehehe.. pasal siram pokok nie, selalu kita bebel kat cik abg kita. Suka tanam tapi malas nak siram... so apa lagi, layu la pokok tu. So, macam tu la jugak dengan blog. Kalau tak ada suntikan baru... pembaca pun malas nak masuk baca. Betul tak?


Tips tarik trafik blog

Kelas Tutorial Blog Bersama Anastasyea

Semalam abg kita ada bagi tahu yang org kat opis dia dah kemaruk n gila-gila nak berlajar mcm mana nak buat blog. Setiap hari tanya tips tu dan tips nie. So, bila cakap pasal tu, kita teringat la ada sorang staf kat tmpt kite keje pun mcm tu gak. Nak belajar cara-cara buat blog tapi malu nak bertanya + kurang faham tutorial berbahasa English kat internet. Ada la tanya kita tetapi kita bukan expert sangat. Setakat sikit-sikit tu boleh la. Itupun dibantu oleh abg kita... ehhh... kena bagi kredit kat abg kita nie =)

tutorial blog

Jadi untuk membantu melahirkan lebih ramai blogger + memeriahkan blog di Malaysia + Asia (yang faham bahasa Melayu), kita cadang nak buka satu Label = Tutorial kat blog kite nie. Harap-harap ianya dapat membantu bloger-bloger baru.

Anastasyea : Ada masalah tak? Kalau ada masalah mengenai blogger bagi tau k. Nanti kita tanya abg kita. Masalah tersebut boleh diajukan terus ke email kita.

Shoutmix BAN My Link

Semalam, akibat terlampau blogwaking sangat-sangat sampai tak ingat dunia... hehehehe.. telah menyebabkan shoutmix @ ruangan chat kat blog kite nie... telah ban link kite. HUHUHU... sedih tau!. Tapi nak buat mcm mana... kena la terima hakikat.

shoutmix ban
Akibat blogwalking terlampau.

So pagi-pagi nie... kite gadu la kat cik abg kite (dengan muka slamber), cakap link blog dah kena ban. So, nak buat mcm mana. Nasib baik cik abd tak marah... so lepas tu, cik abg kite buka la internet.. nak cari solution. So, lepas tekun bertenet dan mengkaji... cik abg kite gi tau ada bad and good news... so kena pilih yg mana satu dulu. Uikkhhss... sampai mcm tu sekali. Kena pilih plak tu!

So, kita pilih la bad news dulu... lps cik abg explain.. rupanya link blog kite memang kena ban dan tak boleh buat apa-apa lagi. Kalau hantar email kat admin shoutmix tu pun, belum tentu dia akan layan berdasarkan luahan blogger lain yg senasib dengan kita. So, lepas nie dah tak boleh la nak promote link kite kat ruangan shoutmix. =(

Then kita tanya la plak good news... nak tau gak apa tu! Kasi suspen je! So, cik abg kite gi tau, walaupun shoutmix dah ban link kite nie tapi kita masih boleh promote blog kite guna shoutmix. Ehhh... macam mana tu... dah kena ban tapi masih boleh guna shoutmix lagi... pening kepala nie! hehehehe!

Gini... rupa-rupanya kita masih boleh gunakan link blog kita tu tetapi kena shortkan URL guna URL redirection atau lebih dikenali domain redirection ataupun domain forwarding (wikipedia). Contoh website yang menyediakan perkhidmatan URL redirection adalah seperti shadyurl.com, tinyurl.com dan macam-macam lagi yang menyediakan service yang sama. Ohhh... mcm tu ke rupanya... baru kita faham!

Ingat dah habis dah good news nie.. rupa-rupanya ada lagi. Cik abg kite bagi tau, rupa-rupanya ada juga URL redirection yang membayar kita apabila menggunakan service mereka seperti Linkbucks.com. Macam linkbucks nie, bayaran dibayar menggunakan akaun PayPal selepas cukup USD5.00. Nasib baik la cik abg kite nie ada ada akaun linkbucks + paypal. So boleh la kita guna service nie dan boleh dapat sikit bayaran extra (tak banyak pun... tapi OK la dari tak ada langsung).


Anastasyea : Korang pernah kena BAN ke macam kite nie?

Google Adtools - Keyword Tool berubah wajah.

Bila kite nak cari kata kunci @ tag yang bagus... kite selalu cari kat sini. Lagipun ianya free je. Tak perlu kena bayar. So...tadi tengah buka keyword tool nie.. baru kite perasaan yang keyword tool nie dah berubah wajah. Nampak lebih comel dan senang digunakan. Untuk pengetahuan semua... kat sini kita boleh cari kata kunci mana yang popular dan sesuaikan dengan post blog. Kalau banyak kata kunci popular yang digunakan... maka akan berpotensi lagi lah blog kite nie untuk dilihat dalam search engine (Tips:  meningkatkan traffic ke blog anda).

Kalau nak guna  keyword tool nie senang saja. Just masukkan perkataan dalam kotak Word or phrase atau link dalam Website. Kemudian pilih Locations and languages untuk pilih lokasi penggunaan blog tersebut. Kalau anda rasa mcm nak target iklan nuffnang je...  just ambil Malaysia je. Tapi kalau nak target iklan macam Google Adsense, Bidvertiser, Adbrite dan yang sewaktu dengannye (global) baik ambil All County atau United Stated. Dah siap kat situ..seterusnya, klik butang Search. Haahhh... Itu saja... senang kan! Lepas tu pandai-pandai lah nak pilih kata kunci mana yang sesuai.


Persoalan: Korang tau ke benda alah nie?