Shopping Mall Yang Best Di Sungai Petani

Setiap kali kalau aku lalu jer kat area Lagenda Heights nie selalu jer aku merungut bila nak masuk kat dalam Village Mall Sg Petani nie.. Village Mall nie dah bertahun - tahun wujud, sekali pun tak pernah aku masuk nak tengok-tengok apa yang ada dalam Mall nie.


Village Mall Sungai Petani



Untuk pengetahun anda semua, Village Mall nie sebelah menyebelah aje dengan Tesco kat Lagenda Heights, Sg Petani. Ala.. belakang taman perumahan parent aku aje. Dahsyat! kan.. tak pernah jejak kaki ke situ pun sebelum nie. Kesian! peghak! (jakun).


Yang nie plak Central Square. Tempat lepak yang paling best dan menjadi tumpuan ribuan orang dari seluruh negeri Kedah dulu dan sampai sekarang. Kalau kat sini orang sebut CS aje. Dulu, aku pun suka datang CS nie dengan classmate aku sebab tempat nie besar dan ada macam-macam yang dijual kat dalam tu termasuk la panggung wayang gsc sungai petani.


Central Square Sungai Petani



Teringat plak waktu zaman sekolah menengah dulu, aku dengan classmate aku suka ushar budak-budak luar yang datang kat CS nie dengan pakai fesyen baju yang memang up to date fashion dan ada juga yang pakai fesyen baju yang pelik-pelik. ha! ha! ha! Yang pastinya, waktu zaman tu kalau boleh jangan pergi hari Sabtu sebab hari Sabtu memang ramai betul orang pergi CS sebab hari Sabtu tak sekolah.


Sekarang nie, aku cuma drive lalu aje depan Cental Square Sungai Petani nie. Kali terakhir aku pergi CS tahun 2009. Bukan apa, malas dah nak masuk situ sebab aku rasa apa-apa barang pun yang ada kat dalam tu, kat tempat lain pun ada juga.


Giant Sungai Petani



Lagi satu tempat nak belanja barang-barang dapur adalah di Giant. Giant nie terletak di Jalan Lencongan Barat iaitu betul-betul kat simpang empat jalan besar kalau dari Tikam Batu atau selepas keluar tol Sungai Petani Selatan. Senang sangat kalau nak cari.


Sebenarnya, banyak lagi supermarket kat Sungai Petani. Dekat - dekat dgn Giant nie juga ada Tesco Extra. Terbaru yang aku sempat singgah adalah Amanjaya Mall kat Bandar Amanjaya dekat-dekat juga dengan Tesco dan Village Mall tadi. Sekarang Sungai Petani dah banyak pilihan shopping complex untuk kita pergi shopping.



Tinggal Sejarah | Balai Polis Lama Sungai Petani, Kedah

Inilah bangunan Balai Polis Lama Sungai Petani, Kedah yang masih menjadi ingatan aku sampai sekarang walaupun dah hampir 10 tahun agaknya tak lagi beroperasi.


 Balai Polis Lama Sungai Petani Kedah


Bangunan Balai Polis lama nie terletak di Jalan Ibrahim memang betul betul kat simpang empat jalan utama kat pekan Sg. Petani. Dibina pada tahun 1941 menggantikan bangunan Balai Polis di Jalan Pekan Lama, Sungai Petani ketika itu.

Air Terjun Hutan Lipur Lata Bayu

As salam. Hari tu balik bercuti bukan aje sempat pergi naiki Kereta Api Kabel Bukit Bendera .. tapi sempat juga aku dengan keluarga aku pergi beriadah dekat Air Terjun Hutan Lipur Lata Bayu. Kalau korang nak tahu, Lata Bayu nie tempat rekreasi air terjun yang terkenal kat Kedah selain Hutan Lipur Bukit Hijau dan Air Terjun Junjung, Kulim. Sebenarnya dah lama betul aku tak pergi Lata Bayu. Seingat aku, kali terakhir aku pergi masa zaman sekolah menengah dulu.




Dekat je Lata Bayu nie dari Sungai Petani. Memandu ke Lata Bayu pun dalam 40 minit aje. Aku rasa macam jauh sangat. Mana taknya .. masa abah memandu, aku tidur. Sedar² aje dah sampai. he! he! he!




Dah lama betul tak datang sini, ada perubahan lah .. nie gambar kat kawasan letak kereta Lata Bayu nie. Kalau nak parking kereta kat sini, kena lah datang awal. Kalau tak, nanti kena cari parking jauh pulak.




Masa sampi kat area nie, ternampak seorang budak lelaki seronok meluncur macam atas papan longsor air pulak tapi kat atas batu dari atas ke bawah.


Hutan Lipur Lata Bayu


Kat Lata Bayu nie ada kolam mandi berperingkat. Ada kolam mandi cetek yang sesuai untuk kanak² mandi manda. Tak bahaya lah .. lagipun mak bapak boleh duduk bertenggek kat tepi kolam tengok anak² diaorang mandi.


Hutan Lipur Lata Bayu

Nie gambar aku ambil time aku naik ronda² kat peringkat pertengahan air terjun
.



Kebanyakan orang dewasa mandi kat sini sebab kolam nie dalam tapi ada juga budak² sekolah rendah mandi kat sini juga .. ye lah .. dah tahu berenang kan ..


Hutan Lipur Lata Bayu


Seronok oh! kalau 'bertapa' kat bawah laluan air terjun tu .. boleh hilang stress!


Hutan Lipur Lata Bayu


Lepas tu, Aku naik kat sebelah atas pulak .. setakat nie aje aku berani sampai sebab sunyi kat sini. Takkisah lah asalkan aku tahu apa ada kat sini. Area nie tak ada orang nak mandi sebab dalam sangat lagipun bahaya. Tengok je air kolam kat sini nampak warna hijau.


Hutan Lipur Lata Bayu

Nie pulak menara pandang Lata Bayu. Naik je kat atas tu, tak kena bayar pun.. best! nampak macam² tau.


- Cuti nanti nak datang berkelah kat sini lagi .. ^__^


Komplot Bas Ekspress

Malam Sabtu lepas, saya bertolak balik ke rumah ibu bapa saya di Kedah. Lebuhraya malam tu .. macam biasa la. Memang sibuk dengan kenderaan. Ye lah, semua orang nak balik kampung bercuti sempena cuti sekolah. Alhamdulillah .. selamat sampai dalam pukul 3.30 pagi.

Tambang Bas adalah RM 80 Sehala dari Larkin, Johor ke Sungai Petani, Kedah.