Kalau naik yang Gold train, harga tiket adalah RM 35 dari KL Sentral - Ipoh berbanding yang Silver train harganya RM 25. Waktu perjalanan ikut Gold train cepat sikit dari yang Silver train iaitu kira² dalam 2 jam 20 minit sebab Gold train nie berhenti kat stesen² tertentu sahaja.
ETS - Train coach atau gerabak nie agak luas juga terutamanya jarak kerusi kita dengan kerusi depan. Tak ada masalah, kerusi tu boleh diselaraskan ke belakang, rasa selesa la.. Sambil tu boleh layan tayangan English Movie. Tu kat dinding train sebelah atas ada diletakkan ETS Route KL - Ipoh - KL.
![]() |
Kat skrin tv LED tu pun ada dipaparkan jelas berapa kelajuan train ini bergerak. Kelajuan yang dapat aku snap mula² 125 kmh.. dan paling laju 160 kmh. Tapi kalau dah syok layan movie tu, tak sedar dan tak perasan pun berapa laju train sedang bergerak. Tau² aje.. dah nak sampai Ipoh.
Ini lah kaunter tiket ETS - Train kat Stesen Keretapi Ipoh. Time aku sampai nie, aku ingat nak beli terus tiket untuk balik ke KL tapi kaunter dah tutup. Silap betul tak minta Along belikan sebelum tu..
Aku nasihatkan korang bila dah sampai kat Ipoh, sila beli terus tiket untuk balik. Kalau tak, melepas lah korang! Cepat betul tiket sold out! Kalau dapat last train kira ok lagi lah kan.. tapi kalau habis terus.. tak dapek lah den nak nolong.. he! he! So, nak tahu lebih lanjut lagi pasal ETS - Train nie, boleh lah klik ets-train.com.my.
- Kalau korang yang belum pernah guna ETS - Train nie, cubalah ye! Terbaik!













