Sebenarnya kerap jugak pergi Metropint Kajang, dan sering lalu lalang depan restoran Steamboat nie, tapi tak pernah singgah mencuba makan kat sini. Nie first time nak mencuba. Nama restoran nie Kajang BBQ Steamboat
Waktu gambar nie diambil, perut dah kenyang sangat-sangat. Alhamdulillah. Memang terbaik steamboat kat sini.
Favourite utama aku semestinya BBQ Daging Kambing. Wajib! Sedap! perapan daging kambing kat sini tau.. isinya pun lembut.. marvellous! Berulang kali asyik bangun duduk ambik kambing.. hehe! Selain kambing, ambil juga kepak ayam, udang dan sotong untuk dua orang budak comel.
Aku ambil juga sedikit sayur-sayuran dan mee untuk steamboat. Kat sini memang banyak jenis pilihan mee, anda boleh pilih yang mana anda suka. Masak pulak pakai electric steamboat cooker. Tak la susah sangat nak masak .
Budak comel dah lapar time nie.. kata dia orang bau BBQ buat dia orang tak tahan lapar.. hehe! Nasib baik boleh senyum lagi time snap gambar nie.
Tu dia! besar kan kupang tu.. dengan lala lagi.. isi manis betul!! dengan steamboat tomyam pulak tu! Slrrppp!! pedas wei! baru terangkat..
Ada dua jenis pilihan air minuman kat sini. Masa pergi ambik air minuman, terpandang kertas kenyataan kat atas tu bertulis, Pembaziran makanan akan dicaj RM 10 bagi 100 gram. Eh! jangan risau.. saya makan gerenti habis punyer!..
Mana gambar BBQ yang dah dibakar? Alamak! sorry! punyer lah sedap bantai kambing sampai terlupa nak snap gambar.. hehe! Ala.. korang datang aje lah makan kat sini yer!
Habis makan steamboat dan BBQ aku ambik aiskrim sebagai pencuci mulut pulak. Kasi sejuk tekak dan perut pulak. Banyak pilihan aiskrim kat sini.. tapi aku tak jumpa pulak topping untuk aiskrim nie. Lain kali datang sini aku tanya pasal topping aiskrim nie.
Tak ada topping pon sodappp!! Nyum! Nyum!
Ok! Teringin nak cuba makan BBQ Steamboat kat sini sila lah datang ke Metropoint Kajang.
Buffet (6pm - 10 pm)
(Makan sampai kenyang)
Dewasa : RM 26.80
Kanak-kanak (6 thn - 12 thn) - RM 14.80
Warga emas (55 thn dan keatas) - RM 14.80
Sila call : 018-258 0277































