Saman Speed Trap Lagi ! Adoiii !!!

Maaf la ye ! Entry Saman Speed Trap lagi. Bukan apa. Geram dengan saman speed trap nie. Alih² bila check, dah ada satu. Surat saman .. satu pun tak sampai. Tadi pergi check dekat Balai Polis Trafik. Kerani yang buat semakan tu cakap. Dah lewat dari dari tarikh notis saman. Sebab tu kena RM300 Kalau bayar awal. Sepatutnya hanya kena RM150 je.


Semak Saman Online PDRM



Lepas tu .. kita cakap la. Tak dapat pun surat saman. Macam dua tahun lepas. Memang surat saman sampai rumah. Tapi yang nie .. langsung tak sampai. Jadi macam mana nak tahu ada saman ke tak. Tak kan nak check saman setiap minggu. Nie pun tergerak nak Check Saman PDRM dekat MyEG. Kalau nak harap surat saman. Mungkin dah keluar waran tangkap, mungkin baru tau .. ada saman. Mungkin kot !


Lepas tu, kerani tu check lagi. Memang sah. Surat saman belum hantar. Dia cakap, kalau nak minta diskaun ke pe ke .. kena pergi Bukit Aman. Siap dia print lagi maklumat saman yang belum dijelaskan. Nak tunjuk yang surat tu .. memang sah tak dihantar. Tengok kat gambar kat atas .. Tarikh Pos dan Tarikh Surat Peringatan tidak dinyatakan.


Dah sampai kat Kaunter Trafik Bukit Aman. Kerani kat situ pulak cakap, surat saman nie, Pos Malaysia yang hantar. Jadi tak boleh nak buat apa². Alamak ! Macam mana tu. Sana tolak sini. Sini tolak sana. Pening² !



Kita bukannya tak nak bayar. Takat RM300 ringgit. Memang dah awal² standby untuk buat bayaran. Tapi bila dah jadi macam nie. Macam dah macam menyusahkan pengguna (rakyat). Sepatutnya tak boleh la macam tu. Kena pastikan surat saman sampai ke tangan pengguna. Baru la kira adil kalau nak menggandakan kompaun pun. Huhuhu ..


Anastasyea : Sebab tu la ramai yang tak suka kena saman speed trap nie ..


Best Ke Saman Ekor Nie?

Sebenarnya aku tak berapa suka sangat pasal saman ekor nie, yelah ! alih-alih, sampai "surat cinta" kat rumah. Ehhh .. pelik betul! bila masanya aku pecut (masa tekan minyak kereta, memang tak hingat .. hehehe ). Okey, berkenaan pasal perlu ke saman ekor nie diteruskan atau tak tu, aku rasa lebih baik ianya terus dilaksanakan. Yelah, walaupun nampak macam menyusahkan tetapi sebenarnya ianya banyak memberi kebaikan dan mengajar pemandu agar lebih berdispin dan berhati-hati dijalan raya.

saman ekor online

Selain tu, PDRM juga harus menambah baik sistem tersebut agar ianya nampak lebih telus. Kalau boleh jangan ambil dari belakang je, ambil dari 2-3 penjuru lain termasuk depan pun perlu juga. Jadi, kalau sesiapa mempertikaikan, boleh terus tunjuk je gambar siapa yg tengah memandu masa tu.

- Bila nampak encik abang polis nak lebuhraya, jangan lupa senyum je sebab encik abang polis nak ambil gambar... hahaha!