Download Koleksi Soalan Percubaan Peperiksaan SPM 2012

Debaran Peperiksaan SPM 2012 yang akan berlangsung pada 5 November hingga 6 Disember 2012 ini, kian hari makin terasa. Bagi adik-adik yang akan menghadapinya, pastinya sekarang ini tercari-cari Koleksi Soalan Percubaan Peperiksaan SPM 2012 terkini untuk latihan dan rujukan.


Download Koleksi Soalan Percubaan Peperiksaan SPM 2012

Siti Fatimah Mukhtar, Salah Seorang Contoh Pelajar Cemerlang !

Suka betul aku tengok pelajar pintar yang berasal dari Kelantan ini. Walaupun sekarang dah belajar dalam Jurusan Perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau masih lagi mengekalkan penampilan sebagai seorang Muslimah sejati. Tak seperti sesetengah pelajar tu. Dapat belajar je kat over sea. Terus terikut² dengan budaya sana.

Siti Fatimah Mukhtar Contoh Pelajar Cemerlang

Siti Fatimah Mukhtar, pelajar pintar yang memperolehi tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, hingga kini masih comel bertudung labuh. Inilah yang harus dicontohi oleh semua pelajar agar sentiasa menjaga perwatakkan dan penampilan walau dimana anda berada.

Spamming Hashtag #Maxis10 | Sorry la Bro !

Kalau korang baca entry semalam, Suka hati la nak ping kat mana pun ! ! Sumpah  .. saya tak tahu yang abg handsome tu nak maksudkan tentang benda lain. Nak mention nama. Sorry la ye ! Saya bukan jenis suka memburuk²kan orang. Kat sini saya lebih kepada menyuarakan pendapat saya je. Terasa atau tak .. ikut suka hati la. Saya tak marah pun.

spamming hashtag twitter

Keputusan SPM 2010 | 9,239 Pelajar Dapat Semua A | Keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud di Kementerian Pelajaran hari ini menyatakan seramai 9,239 pelajar telah berjaya mendapat keputusan gred cemerlang semua A dalam setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.


SPM Oh! SPM

Tengah memandu nak datang kerja pagi nie, saya dengar Segmen Riuh Pagi Era bersama Pak Nil, Ray dan Hanif. Topik pagi nie pasal keputusan SPM yang bakal diterima oleh calon² SPM tahun 2010. Sangat menarik .. sebab saya dapat dengar luahan rasa dan perasaan ibu atau bapa kepada anak² mereka. Macam² yang dipesan tak kurang juga meminta agar anak² diluar sana supaya tabahkan hati dan redha dengan keputusan yang diterima.

keputusan spm

Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 Menerusi SMS

Esok, 23 Mac 2011 .. keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan mula diedarkan diseluruh negara. Bagi calon² Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, mereka bolehlah mengambil keputusan peperiksaan tersebut di sekolah² bermula jam 10 pagi. Bagi calon² dan ibu bapa yang ingin mengetahui keputusan peperiksaan SPM 2010 tetapi tidak berpeluang untuk hadir .. mereka bolehlah menggunakan perkhidmatan SMS yang disediakan oleh MAMPU untuk memperolehi keputusan SPM 2010 tersebut.


Mata Pelajaran Sejarah Wajib Lulus Dalam SPM Mulai Tahun 2013

Hari ini, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi Jumaat menegaskan bahawa keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai salah satu dari mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah keputusan muktamad. Ini akan menjadikan mata pejaran tersebut sebagai salah satu mata pelajaran wajib lulus selepas Bahasa Malaysia.

Sejarah Wajib Lulus SPM
Tanpa sejarah .. siapalah kita!

MRSM Kekalkan Cemerlangan Dalam PMR

Ibubapa mana yang tak suka kalau anak²nya belajar kat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Tengok la, setiap tahun MRSM mengekalkan kecemerlangan dalam peperiksaan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mahupun Sijil Penilaian Malaysia (SPM).

keputusan PMR MRSM
Cogan kata 'Berdisplin Berilmu Beramal' memang sesuai dengan keputusan peperiksaan yang dicapai MRSM setiap tahun