Penangan Trafik Keyword Bermusim

Rasanya dah lama aku tak tunjukkan trafik blog aku, tak apa, nie aku tunjukkan untuk minggu lepas dan online, untuk hari ni punya. Amacam okey tak ? Boleh tahankan ! Kalau dibandingkan dengan entry Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas, memang boleh nampak perbezaan trafik yang ketara.


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Kiranya lebih hebat lagi dari Trafik Giler Giler 5 Ribu UV, tapi tu la, nie semua penangan keyword bermusim. Tahun lepas pun trafik macam nie juga, sampaikan kawan aku cakap, kalau search pasal keyword tu je, pasti blog aku ada terpampang dipage pertama, begitu juga tahun nie punya. InsyaAllah, kalau dilanjutkan, next time pun mungkin trafik macam nie jugak. Hehehe ..


Penangan Trafik Keyword Bermusim



Penangan Trafik Keyword Bermusim



- Aku lebih suka keyword biasa yang selalu dicari dari keyword bermusim yang banyak persaingan. Korang macam mana ?


Alexa Dan Siezuka

Saja je tinjau-tinjau Alexa blog ini, tengok yang apa yang dah berubah. Alexa Rangking, masih tetap bawah 800, yang tu OK la, tapi yang bestnya, Regional Traffic Ranks untuk Indonesia dah mula muncul.

Alexa Dan Siezuka


Tak pasti la samada tips yang aku gunakan hari tu untuk dapatkan lebih banyak Regional Traffic Ranks dari negara lain dah menjadi. Kalau nak confirm, kena tunggu dua tiga lagi, baru boleh sahkan ! *Hehehe .. suka la .. dah ada pembaca dari negara lain jugak.

Alexa yanmieonline


Sambil-sambil tu, study jugak pasal blog Siezuka.com. Tengok, apa yang aku boleh tolong untuk upkan SEO blog beliau. Kalau berpandukan data di Alexa nie, tak banyak data yang boleh aku collect, berbeza dengan trafik blog supermak, dah masuk penghujung trimester ke 3 pun, trafik blog masih lagi kencang .. huhuhu .. dahsyat !! ^__^

- Dah ada idea sikit nak makeover SEO blog siezuka.com


Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik

Sebenarnya, dah lama aku fikirkan pasal ni, Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik untuk dapatkan earning lebih dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Adsense, Innity, Adverlet, Komli, dan lain-lain lagi. Sampai bila ? Adakah perlu sampai pencen ? Anda nak ke macam tu !

Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik


Aku faham kenapa blogger menceburi bidang ini, niat kebanyakkan, mungkin satu je, lain-lain tu, aku tak tau, mungkin suka. Yang aku tau, kebanyakkan nak menambah sedikit income, kalau tak dapat banyak. Macam aku dulu, aku anggap sebagai bonus hujung tahun je. Tu planning aku memandangkan nak dapat bonus setiap tahun macam sektor swasta, memang tak dapat. Jadi, bila aku buat blog, ada la bonus sedikit untuk aku setiap hujung tahun.

Tapi tu dulu, sekarang .. zaman makin berubah dan setiap hari pasti ada blogger baru yang muncul yang menguasai pasaran internet. Mungkin itu rezeki dia, tapi bagi aku, adakah aku perlu kerja 200 peratus untuk menandinginya dengan memperbagaikan apa yang aku pelajari selama ini. Aku bukannya mesin, aku hanya manusia biasa yang lemah. Kadang kala, aku keletihan juga.


hacker blog


Faktor serangan hacker, virus, blog dicuri juga menjadi halangan. Katakan satu hari nanti, blog aku kena attack, dimana harus aku tuju untuk menjana pendapatan sambingan. Nak buat blog semula, memang mengambil masa. Memang tak boleh, buat entry hari ni, esok boleh masuk page pertama engine carian. Itu memang tak mungkin.

Selain itu, kalau nak SEO power, kebanyakkan mesti guna hosting WP. Nak bayar hosting, bukan sikit, malah mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Sepanjang karier sebagai blogger, aku pernah jumpa beberapa blogger menggunakan WP. Trafik mereka memang tinggi, tapi income yang terhasil, tak bebaloi dengan modal yang dikeluarkan. Nak tak nak, terpaksa beralih kembali kepada platform blogger yang menyediakan hosting percuma. Aku tak nak la macam tu.

pendapatan lumayan blog


Kalau ikutkan, memang banyak lagi aku nak story panjang kat sini, tapi nanti la. Sekarang ni, aku ada planning aku sendiri. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan bagi diriku. Jalan yang aku rasa, aku tak akan keletihan dan tak perlu bersengkang mata untuk buat entry trafik setiap hari, tetapi boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam blog. 

Persiapan telah aku susun, cuma aku nak tanya kepada semua blogger. Sampai bila blogger perlu kejar trafik untuk hasilkan income ? Kalau anda bersetuju dengan pendapat aku, aku ada jalan penyelesaiannya dan aku akan tunjuk jalannya.

Peluang ni, bukan datang dengan omong kosong. Aku dah nampak, dan aku kaji seperti mana aku kaji SEO dan MetaTag .. bukan main terjah. Kalau betul, anda berminat, aku pinta .. hanya luangkan sedikit masa mendengar penerangakan dariku yang tak seberapa, dan aku akan tunjukkan jalan yang mungkin anda tak akan tolak sampai bila-bila. Yang penting, anda percaya akan diriku ..

p/s : Khas untuk blogger yang berkerja sahaja

- Berminat nak dengar .. boleh PM kat email, Facebook atau call / sms aku, 019-551 8583 dari pukul 7-12 malam. * Siang aku kerja, takut tak terangkat .. Sabtu, Ahad, Cuti .. boleh call sepanjang hari .. ^__^


Blog Tak Diindeks Engine Carian

Minggu nie dah 2 kali aku terima pertanyaan mengenai Blog Tak Diindeks Engine Carian ? Satu dari kenalan aku sendiri yang baru buat blog, first entry, dah tanya, kenapa blognya tak ada dalam engine carian. Soalan yang kedua, aku terima dari blogger Yana Aina, yang bertanyakan kenapa blog beliau tak ada dalam engine carian walaupun dah lama wujud ! Dua soalan yang bagus untuk difikirkan !

Blog Tak Diindeks Engine Carian


Kalau lihat kedua-dua soalan ini, nampak ada dua situasi yang berbeza, tetapi mencari jawapan kepada benda yang sama iaitu, kenapa blog mereka tak diindeks ? Anda tahu ?

Jawapan kedua soalan ini sebenarnya mudah je. Kedua-dua blog tersebut telah dindeks, cuma blog tersebut tak dikuatkan dengan keyword SEO dan MetaTag. Nak tahu pasal keyword atau metatag nie, boleh klik sini, TIPS SEO. Tapi anda kena tahu jugak, untuk berada dipage pertama engine carian bukannya mudah seperti yang anda sangkakan ... ^__^

engine carian tak indeks
Contoh untuk keyword "makan"

Kalau anda nak semak samada sesebuah entry atau blog tersebut telah diindeks atau tak, mudah sahaja. Contoh; dalam entry tu ada perkataan Premium Beautiful, maka kita search begini, taip pada search carian seperti ini, premium beautiful site:www.anastasyea.com dan enter.

Kalau tersenarai, memang entry tersebut telah terindeks. Kalau tak ada, tu baru tak terindeks dan pernah terjadi kepada blog ini, Masalah Google Engine Lambat Indeks Entry Terbaru. Begitu juga kalau nak semak tajuk entry, label, dan lain-lain lagi dalam blog. Guna cara yang sama je !

- Mudahkan !


Breadcrumb Label Post Page Agar Lebih Cepat Terindeks

Pagi nie, sebelum aku bertolak ke kenduri Bro Framestone, aku kemaskini sikit data breadcrumb dalam blog aku. Dah lama tak terusik dan aku rasa, perlu ada penambahan agar lebih SEO dan cepat terindeks. Sebenar, pagi nie aku tak target pun nak ubah part breadcrumb ni. Yang aku cuba buat, nak ubah label kepada heading tag, tapi tak menjadi, sebab apabila apply je, susunan jadi tak menarik. So, cancel dulu part tu.

breadcrumb label post page


Kalau anda tengok gambar kat atas ni, macam tu la structure data blog aku dalam engine search sebelum nie. Hanya capture link setiap post je. Jadi kalau nak Improve SEO, aku rasa perlu diperbagaikannya.

Kebetulan pulak tadi, masa Google, aku jumpa tutorial lama pasal breadcrumb, dan dalam tutorial tu, fungsinya hanya capture satu label sahaja. Bagi aku, kalau setakat satu label dalam Engine Search. Tu tak menarik ! Lain la kalau capture semua label. Baru la ada kebarangkalian untuk peningkatan SEO dan mungkin akan lebih mesra alam dengan Engine Search. Itu pendapat aku la !

breadcrumb label post page


Dan selepas sedikit penambahanbaikan dari tutorial yang aku jumpa tu, plus idea aku yang tak seberapa, maka nie la hasilnya. Setakat nie, aku tak pasti sejauh mana part SEO nie boleh pergi. Nie pun hanya test menggunakan Rich Snippets Testing Tool. Kalau anda nak test, dan bagi idea kat aku, dipersilakan ye ! Setakat yang aku test, nampak macam OK je ! *Ehh .. Anda jangan terpedaya pulak dengan pendapat aku yang entah apa-apa nie k. Aku main hentam je !!!*

- Tengah experiment idea bengong, Heading tag label dalam satu baris .. boleh ke ? Bagi la idea sikit ..


WhatFont Untuk Apa ?

Hari nie aku kongsikan dengan anda semua add-ons WhatFont. Apa kegunaanya dan bagaimana caranya. Sebenarnya, dah lama aku cuba cari tool macam ni. Bukan apa, senang nak check Font sesebuah blog. *Aku nie kan memang suka menyelidik .. ^__^

add-ons WhatFont


Pantang nampak blog tu comel, menarik dan mempunyai SEO yang power, memang aku akan godek-godek code blog tu, tak kira la blogger tu guna platform Wordpress atau Blogspot. Yang mana aku rasa bagus dan boleh digunakan, aku akan cuba serapkan dalam blog anastasyea.com

Ok, berbalik kepada WhatFont nie, sebenarnya berfungsi untuk mengetahui jenis font family, size, line height dan color. Contohnya, masa tengah blogwalking tu, terjumpa satu blog yang cantik. Pasti anda tertanya-tanya, "wahhh .. kemasnya blog ni. Macam mana dia buat."

add-ons WhatFont


Ok, tu dah 1 point. Nak buat blog kemas dan cantik, mesti mula dengan asas. Antaranya Font .. Jadi nak kalau anda nak semak blog tu, anda boleh gunakan WhatFont nie. Senang je cara gunanya, tapi sebelum tu, WhatFont nie hanya boleh digunakan pada browser Chrome dan Safari sahaja. Browser lain, aku tak tau la pulak. :)

Lepas dan install extension WhatFont pada browser Chrome, pergi sebelah kanan atas, klik button WhatFont, lepas tu klik dekat tulisan mana yang korang nak tau. Contoh, macam gambar diatas. Kalau tak nak guna lagi, klik Exit WhatFont pada penjuru sebelah kanan, atas. Itu je ..

- Kalau nak tips lain, boleh semak dekat  TIPS SEO


Wordless Wednesday - Testing Power Video Adam Dan Hawa

Hari ke-4, Testing Power Video Adam Dan Hawa dekat blog ping, blogr.my, overall .. 1 fail, 3 success .. ^__^

Testing Power Video Adam Dan Hawa


- Kena selalu praktik, baru hasilnya hebat !!!


5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang

Bagi pengguna-pengguna advertiser Nuffang. Mesti korang bangga kan .. setiap kali dapat BE ! Ye lah .. bukan senang nak dapat BE ni. Memang jarang-jarang sekali ! Bukan setakat blog yang trafik sikit je, blog yang trafik banyak macam Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas nie pun kira jarang dapat BE. Sebulan ada la dua tiga kali. Kira sikit la .. hehehe ..


5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang


OK bebalik kepada BE Nuffnang ni ? Apa yang korang buat bila dapat BE ? Hanya tengok dan biarkan begitu sahaja. Ataupun buat post mengenai BE tersebut dan berterima kasih kepada Nuffang. Dengan harapan .. esok lusa .. dapat BE lagi. Hahahaha .. yang mana satu yang korang pilih ? Buat post ke ? .. hehehe.. bukan korang je .. aku pun kekadang buat jugak. Dah orang bagi , kena la ucap Terima kasih Nuffnang .. kan .. kan ! .. hehehehe..

Backlink Blogger Terkenal

As salam, dah lama betul aku tak semak backlink blog aku ni. Tadi semak kejap .. tak sangka .. sekarang dah mencecah 192 Ribu.  Kalau tak silap aku, bulan 2, 2011 dulu .. baru cecah 11 Ribu .. Masa tu memang suka la .. and kalau boleh cita² nak potong backlink cikgudahlia. Hehehehe .. (mood tengah rajin masa tu)


free backlink


Cakap pasal backlink nie. Ada sesiapa kat sini kisah tak pasal backlink blog masing² ? Aku mula² dulu pun macam tu jugak. Tak kisah pun pasal backlink ni. Dengar je bunyi backlink ni dah rasa pelik. Berkedut² muka memikirkannya .. Hehehe ..

SEO Pack for Blogger | Memang Kacak !

As salam, SEO Pack for Blogger, memang kacak ! gembira ! .. gembira ! Dari dulu lagi memang mengharapkan Google akan melakukan penambahahbaikan SEO keatas Blogger, supaya ianya setaraf dengan Wordpress, dan ianya menjadi kenyataan baru² ini.



Search Preferences SEO Blogger



Bagi yang ingin mengetahui macam mana nak setting SEO Pack for Blogger ini. Anda terlebih dahulu menggunakan interface blogger yang baru. Kalau yang lama tu, memang la tak ada. Saya pun tak perasan tadi sebab masih gunakan interface yang lama sehinggakan blogger Zulkbo, buat entry dan minta pendapat bagaimana nak setting benda nie kat blog beliau.

Lelaki Kacak vs Wang Tunai RM5000

As salam, Lelaki Kacak vs Wang Tunai RM5000. Kalau la korang diberikan pilihan, yang mana satu yang korang nak. Lelaki Kacak ataupun Wang Tunai RM5000 ? Kalau aku la, aku lebih rela dapat Wang Tunai RM5000. Boleh buat deposit beli rumah. Ada jugak faedahnya dari layan perangai lelaki kacak yang entah apa² .. hehehhe. Yang terasa tu, jangan marah ye ..^__^


Lelaki kacak Ustaz Don Daniyal


Berbalik kepada Lelaki Kacak vs Wang Tunai RM5000 tadi. Kalau korang nak tahu, nie la 2 contest yang aku join dalam minggu ni. Sebenarnya, tak terfikir pun aku nak join kedua²nya. Entah macam mana, terasa pulak nak test tips² yang aku pelajari selama ini. So, aku join la. Bak kata orang, kalau tak diguna, lama² ilmu tu akan hilang ...

Bloglist Setahun Dari Anastasyea | Terbuka Kepada Semua Blogger

Dah lama betul aku tak buka bloglist nie. Tentu ramai yang dah tertanya², kenapa la aku tak buka lagi bloglist kat blog ini. Maaf la ye ! Memang aku terfikir nak buka semula. Tapi tak sempat.

bloglist setahun anastasyea

OK, memandangkan sekarang dah nak hujung tahun. Aku akan buka kembali bloglist ini. Kalau dulu aku cuma buka sebulan sekali. Kali ini tak perlu buat dua tiga kali entri untuk join bloglist nie kerana aku akan buka untuk SETAHUN terus bermula dari entry ini dipublishkan sampai la 31/12/2012. Syarat²nya mudah je. Hanya perlu ikut 4 syarat² yang tertera dibawah.

Analisis SEO Live Streaming Piala Malaysia 2011

Kat bawah nie aku sharekan gambar Analisis SEO Live Streaming Piala Malaysia 2011 yang aku dicapture masa hari Sabtu lepas. Alhamdulilah, tersenarai gak blog aku dekat page pertama Search Engine Google, walaupun masa tu bersaing hebat dengan blogger yang lain. Kedudukkan atas bawah tu. Memang aku tak kisah sangat.  Janji tersenarai ! Biasa la kan .. adat 'persaingan'. Pastinya ada kelemahan masing². Jadi kalau nak improve lagi. Kena la buat analisis selepas tu ..

Analisis SEO Live Streaming Piala Malaysia 2011

Bercakap mengenai analisis SEO nie, antara yang menarik perhatian aku kali ini. Antaranya, Google Serps link dari blog CikguDahlia. Kat sini korang perasaan tak bagaimana perkataan Meta Description / Snippet diambil dari label. Kalau diikutkan sepatutnya perkataan perenggan pertama ataupun tajuk post. Tapi kat sini .. perkataan label yang terpapar.

Idea tak ada .. bak sini saya nak perah!

Tak ada idea ka! Tak apa .. kita cari idea kat sini sama². Ok .. ambik sekeping kertas. Lepas tu gi jumpa sesiapa yang korang kenal dan minta sikit idea tu. Hahhh! .. kan dah dapat satu idea.

Gambar ke laut .. memang tak ada kaitan!

Peraduan Lumayan "Aku Ada Impian" Berjumlah RM6680++ Untuk Blogger!

Hadiah lumayan berjumlah RM6680++ bakal menanti pemenang utama peraduan "Aku Ada Impian" anjuran Master Arsyad. Syarat²nya mudah sahaja! Anda hanya perlu mempunyai satu blog berbahasa Bahasa Melayu. Itu yang utama! ... Mudahkan! Saya rasa la .. rata² kebanyakkan blogger kat Malaysia ini memang dah mempunyai blog seperti itu. Tambah² lagi bila keluar statment Redmummy dapat 1 juta dalam akhbar minggu lepas. Mesti ramai blogger² baru mula menceburi bidang ini. Jadi anda semua secara automatik layak untuk menyertai peraduan tersebut.

aku ada impian
Saya dah sertai peraduan ini .. anda macam mana.

Kesan Broken Link Kepada SEO Dan Search Engine : Blogger Wajib Baca!

Bila cakap je pasal Broken Link, mesti ramai yang masih tak tahu ataupun buat² tak tahu pasal masalah ini. Ye lah .. tu mungkin masalah blog orang lain. Jadi buat apa nak ambil tahu! Kalau anda berfikiran demikian .. maknanya anda salah! Kesan broken link atau lebih dikenali dengan Dead Link ataupun error 404 (Page Not Found) akan menyebabkan blog anda menerima kesan buruk dimata Search Engine. Jadi kalau anda ada menggunakan One SEO Pack (Wordpress) ataupun Tips Mengotimumkan Search Engine (Blogger), ianya tetap akan jadi sia². Jadi adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa link yang terdapat dalam blog anda dari masa ke semasa samada untuk diperbaiki ataupun dibuang terus.

broken link SEO
Kalau orang tanya apa tu broken link .. haahhh!! macam nie la rupanya!

Trafik Pengguna 1000 Sesaat! Apa Kaitan SEO dengan Kicap Tiruan Cap Kipas Udang? Anda Mesti Tengok!

Masih ingat tak gambar yang penuh teka teki kat bawah yang pernah saya tunjukkan masa buat entry Hanis Zalikha .. Blogger Paling Pantas Dalam Google Zeitgeist 2010. Anda masih blurr lagi  tentang flow tu. Tak apa .. sekarang anda mungkin akan dapat lihat kesannya kat contoh yang saya berikan ini. Jadi, buka minda dan mata anda luas². Harap² anda akan faham kali ini.

SEO Friendly Facebook Traffic Tips
Hanya perlu fokus kat Facebook sahaja!


Sekarang perhatikan gambar kat bawah nie. Nampakkan kesannya! Mesti anda tertanya² macam mana teratakarmo boleh mendapat trafik pengunjung yang tip top macam tu selepas menyiarkan entry ini [LAGI PERBEZAAN KICAP CAP KIPAS UDANG TIRUAN DAN ASLI EHSAN DARI PIHAK ZARAFOODSTUFF]. Sebab apa ye? Apa kena mengena dengan gambar trafik kat bawah?

SEO Friendly Traffic Tips
Paling tinggi saya dapat pengunjung dalam satu² masa, adalah 70 orang.


Sebab apa? Mungkin ini dapat membantu menyelesaikan persoalan anda! Sekarang, tengok kat gambar di bawah. nampak tak button share kat sebelah kanan gambar tu. 1134 orang telah share entry tersebut dekat Facebook. Banyakkan! Kalau anda nak tahu, saya nak dapatkan 50 orang share entry tersebut dekat Facebook pun susah, inikan pula 1000 orang. Banyak tu!!!

Angka tu pulak, tak berhenti kat situ sahaja. Akan terus bertambah selagi ada orang yang berminat untuk share dekat Facebook dan secara tak langsung akan menyebabkan trafik ke blog tersebut akan terus meningkat setiap masa. Masa saya print screen gambar nie, bilangan yang dah share adalah 1134 orang, tapi rasanya hari nie .. angka tu akan terus bertambah, dan terus bertambah.

SEO Friendly Traffic Visitor Tips
Sharing is caring! dan juga membantu anda untuk menjana trafik dalam diam


Jadi sekarang, saya rasa anda mungkin dah faham flow kat atas tu. So, nanti kalau buat entry, try la cari bahan² yang akan menarik pengunjung untuk turut sama share dekat facebook, twitter dan lain² lagi sosial network mereka. Sure blog anda akan terus meledak macam gambar kat atas tu.

- Selain bahan yang menarik, penggunaan keyword yang SEO friendly juga memainkan peranan penting dalam menarik trafik pengunjung ke blog anda!


Trafik 3K Dari Entry Niche Keyword SEO Kemalangan Bas Perlancongan KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Anda jangan terpengaruh dengan tajuk SEO atas tu. Saya pun tak pasti .. betul ke trafik 3K semalam datang dari entry kemalangan bas perlancongan km 15 Jalan Cameron Higlands - Simpang Pulai. Mungkin boleh jadi juga dari entry pembayaran dividen ASB 2010 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen ataupun entry maklumbalas, follower yang dah follow blog anastasyea .. Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!

SEO keyword website
Kalau la boleh maintain 3k trafik pengunjung setiap hari .. mesti gempak!!!

Hanis Zalikha .. Blogger Paling Pantas Dalam Google Zeitgeist 2010

Baru² nie .. Google Zeitgeist telah mengeluarkan senarai Fastest Rising People 2010 dilaman web rasminya. Antaranya adalah Hanis Zalikha .. seorang model, penyeri twitter dan blogger terkenal.

Mula² tu .. saya tak berapa heran sangat Hanis Zalikha boleh tercalon. Maklumlah .. dengan kerjaya sebagai seorang model yang mempunyai wajah eksotik ditambah lagi beliau juga seorang blogger .. memang senang² .. boleh tersenarai dalam engin carian Google. Tengok la follower beliau kat laman rasmi Facebook, Twitter, dan blogger .. memang tip top.



Teknik Rahsia: Promosi Blog Kepada Berjuta² Unique visitor Dengan Hanya Satu Klik

Apa korang rasa bila nampak gambar nie? Menarikkan! Mula² saya tengok gambar nie pun, dah rasa teruja. Tak sangka .. kalau setting betul². Hanya dengan hanya satu klik, link post blog tersebut akan diedarkan kepada berjuta² unique visitor melalui sosial networking. Memang menakjubkan.

teknik rahsia promosi blog

ANaSTaSyeA : Sekali tengok .. rasa teruja. Dua kali tengok .. macam MLM la pulak =)