Setiap Jumaat kita pasti akan jalan-jalan cuci mata kat area kementerian tempat kita bekerja sebab ada jualan ala2 roadwalk gitu. Macam-macam barang ada dijual kat sini seperti tudung, baju kurung, jubah, kosmetik, baju kanak-kanak dan macam-macam lagi. Terlalu banyak pilihan sampai rambang mata nak memilih. Semuanya cantik-cantik dan berkualiti. Yang penting harga jualan juga amat berpatutan, memang berbaloi-baloi. Baju yang kita tulis dalam post
(Baju Trend Masa Kini) dulu pun kita beli kat sini.
Cik kak... tudung sehelai 10 ringgit je! Mai la singgah!
Tengah pilih nie... semua best...mana satu yg nak ambik ye! Baru RM30 je.
Persoalan: Kat area tempat korang kerja ada tak jualan berkonsepkan roadwalk macam nie?