Makan Set A Thai Cuisine Di Restoran Black Canyon, Alamanda

As salam. Aku suka sangat kalau dah hari Jumaat sebab hari Jumaat masa rehatnya adalah sangat panjang .. waktu bekerja pun rasa singkat. So, bagi kakitangan kerajaan macam aku, 2 jam 30 minit tu adalah waktu yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kali nie, aku dengan officemate aku pergi jalan² kat Alamanda. Boleh beli barang sikit dan langsung terus lunch kat sana.


Thai Cuisine Restoran Black Canyon


Dah jalan² beli barang² keperluan tu, mula lah perut terasa lapar. Apalagi! terus ke Medan Selera Rasa untuk mencari makanan. Mula² tu melintas lalu kat depan Restoran Black Canyon, tapi berhajat nak makan Sizzling Mee.

Orang Nak Belanja Makan Kat Tanjung Dawai ! Aku ON je !

Petang semalam, family aku ajak pergi Tanjung Dawai. Mula² tu malas gak nak join. Maklum lah esok (hari ni) dah nak balik KL. Tapi adik aku ni beria² sangat nak belanja makan. Dah orang nak belanja makan. Bab² makan ni memang aku pantang tolak. Rezeki ooiii ..

Tanjung Dawai

Tauke Restoran Sanggup "Kecewa"kan Ibu Hamil

Nie saya nak cerita tentang kisah seorang tauke restoran berhampiran kawasan rumah yang saya tinggal. Dulu, Saya suka makan kat situ kalau sesekali saya malas nak masak atau nak ubah selera makan malam. Masakan kat restoran tu boleh tahan sedap dan tak lah mahal. Bila waktu lunch biasanya, restoran nie ramai pelanggan datang makan kat situ. Lauk pauk yang dihidangkan semuanya ala² masakan kampung dan ikan bakar.



Nak Sedap Campur Arak!

Sekarang .. nak makan kat luar pun rasa takut. Bukannya kerana makanan tu tak sedap ataupun harga mahal .. tapi takut dengan status halal sesebuah restoran tersebut.

makanan halal haram

Dari apa yang saya perhatikan. Kalau dilihat dari luar sesebuah restoran makanan. Memang la tak nampak apa² yang mencurigakan. Makanan sedap, bersih, mempunyai pelanggan yang beragama Islam yang ramai dan mempunyai logo halal. Tetapi yang menjadi kemusykilan kepada saya .. bagaimana makanan tersebut dimasak. Siapa yang memasak makanan tersebut. Adalah ianya bersih dan menggunakan ramuan makanan yang halal?

Kalau restoran makanan tu mempunyai cermin yang memisahkan ruang makanan dengan ruang memasak .. boleh la pelanggan tengok. Tetapi kalau yang tak ada. Macam mana pelanggan nak tahu?

kicap alkohol arak

Selain tu .. kebanyakkan pelanggan yang datang makan .. bukannya tahu pun, tukang masak tu menggunakan ramuan apa dalam masakan tersebut. Contohnya .. kicap. Kalau dilihat dari jauh.. memang mati² pelanggan menyangkakan tukang masak menggunakan kicap. Tetapi kalau dilihat pada ramuan kicap tersebut .. terkandung beberapa peratus alkohol @ arak. Haahh .. tu dah jatuh status haram.

restauran mamak hot

Bagi restoran yang menggunakan logo halal palsu. Contohnya, Restoran Mamak (Ehh .. saya tak cakap ye restoran mamak tu tak halal). Kalau masuk je ke dalam premis tu .. nampak jelas terpampang dalam restoran .. status halal. Tetapi .. macam mana nak tahu betul ke tu status halal yang original. Nak tanya kat tauke restoran .. sure dicakap halal. Tapi .. adakah apa yang dia cakap tu semuanya betul.

ANaSTaSyeA : Emmm .. Korang rasa, tauke restoran bagi ke kalau pelanggan nak buat inspection kat dapur.