Sahara Tent Restaurant | Untuk Pencinta Makanan Arab

Minggu nie aku dengan officemate aku lunch kat Sahara Tent Restaurant. Kat mana? Kat Alamanda, Putrajaya. So, untuk kali nie kami semua pilih nak makan Arabian Food lah..

... Lamb!

... pencinta kambing... 


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Kami pilih nak lunch kat sini sebab ternampak ada bunting tentang lunch set menu kat pintu restoran nie. Ok sangat-sangat sebab harga lunch set kat sini teramat berpatutan.


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Masa kami duduk kat dalam Sahara Tent Restaurant nie.. terasa macam seolah-olah kat Arab. Sambil berchit chatting sambil tu dengar alunan muzik dan suara penyanyi wanita Arab. Waiter pun semua lelaki. Sempat pula officemate aku ushar-ushar waiter lelaki kat sini. Muka nampak macam cute-cute jer! hehehe! Katanya!


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Alright! makanan dah sampai..


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



nasi briyani daging kambing



Nie lah lunch set yang kami order tu.. Maaflah! terlupa nak tengok apa nama lunch set nie, tapi ada nasi briyani dengan daging kambing. sebabnya masing-masing nampak lamb. Sedap! tekstur lamb ni lembut sangat, nasi pun sedap.. tapi nasi tu banyak sangat. Yer lah! orang kat sana kan badan diaorang besar-besar so,portion set pun memang besar.


recepi Lime juice



Lime juice nie memang sedap walaupun masam. Sesuai lah sangat sebab makan lamb lawannya kena minum air yang masam.. Terbaik! lime juice kat sini sampaikan officemate aku nak minta bungkus satu.


lelaki kacak






- Sebelum balik, ambil gambar dulu.


Macam Mana Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu ?

Ada kawan aku tanya, macam mana Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu ? Nak tau ke ? Haahhh .. nie dia aku tunjukkan gambar yang aku ambil baru-baru ini. Aku perasan .. sistem AES ni dipasang sebelum exit tol Kajang menuju ke Kuala Lumpur, beberapa minggu yang lalu. Sekarang .. memang dah totally beroperasi.


Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES


Perasan setiap kali lalu kat situ, kalau ada kenderaan memandu laju dilorong paling kanan. Memang akan ada kelibat flash dari kamera tersebut. So, kepada pemandu-pemandu yang memandu melebihi had laju tu. Kalau perasaan ada kelibat flash setiap kali memecut laju dilebuh raya. Jangan la segan-segan nak Semak Saman Trafik Online PDRM. Memang sah-sah .. ada !

Berjalan 10,000 Langkah Merdeka Putrajaya

As salam, semalam .. seawal 6 pagi, aku dah sampai ke Putrajaya untuk program "Berjalan 10,000 Langkah Merdeka".  Program ini berjalan serentak di 75 lokasi di seluruh negara, sekali gus bakal dicatatkan dalam Malaysia Book of Records. Untuk peringkat Putrajaya, sesi pendaftaran bermula seawal 6.30 pagi. Pukul 8.00 pagi, baru larian ini bermula.


Berjalan 10,000 Langkah Merdeka Putrajaya


Untuk peringkat Putrajaya ni, memang ramai peserta yang mengambil bahagian, kira sibuk la sikit kat bahagian pendaftaran. Tak menang tangan dibuatnya. Nasib baik la ada bantuan kawan-kawan dan urusetia lain. He He He

Video dan Gambar Acara Bot² Berhias Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2012

As Salam, Semalam aku pergi Putrajaya tengok bot² berhias. Kan sekarang tengah berlangsung Festival Bunga Dan Taman Putrajaya.. Meriah betul malam tadi! Seronok pulak sebab sebenarnya ini pertama kali aku dapat meluangkan masa tengok aktiviti macam nie.


Bot Berhias Negeri Perlis


Bot² Berhias telah bermula malam tadi dan akan terus diadakan pada setiap malam sehingga 8 Julai ini. So, yang tinggal berhampiran Putrajaya pergilah malam nie tau! orang yang jauh² tu..  rasa² boleh datang kat sini, silalah datang bawa keluarga dan tengok sendiri acara bot² berhias dan tembakan bunga api.. seronok tau!

Gambar Tragedi Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012

As salam, terkejut jugak tadi bila tengok berita berkenaan 17 penonton yang cedera dilanggar kereta ketika acara Drag Race Himpunan Jutaan Belia 2012, yang berlangsung kira-kira pukul 12.30 ke 2.00 pagi tadi. Dari maklumat yang diterima, empat daripadanya cedera parah dan kini kesemua mereka dirawat di Hospital Putrajaya.


tragedi drag racing himpunan belia 2012

SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

As salam, program SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone ? Nampak pelik bukan ! Tapi jangan tak percaya. Ini adalah benar-benar kenyataan ! Nak tahu apa itu, program SENYAP ini. Teruskan membaca maklumat dibawah. Mesti confirm korang nak pergi!


SENYAP 1-1 Altimet Feat Bro Framestone 2012 Putrajaya


Untuk program ni, semua yang bergelar belia, samada ianya seorang blogger ataupun tidak,  yang berusia 15 - 40 tahun, dijemput hadir.

Lebih 200,000 Orang Telah Mendaftar Unifi Dalam Tempoh Yang Singkat !

Sebelum nie aku pernah daftar sekali Unifi dekat Putrajaya. Tapi sampai sekarang tak ada apa² info. Jadi semalam try la Check Coverage terkini dan daftar Unifi sekali lagi melalui website Telekom Malaysia. Hari nie pula .. terbaca statament, pendaftaran pelanggan unifi dah melebihi 200,000 pengguna dalam tempoh yang lebih singkat.

Unifi

Wow .. patut la lambat sampai walaupun Unifi Coverage yang dah ada, cuma 1.5 KM je dari tempat kediaman aku tinggal sekarang. Emm .. 200K ! Banyak tu ! Nampaknya kena la tunggu lagi sampai tahun depan.

Gegaran Gempa Bumi Kedua Lebih Kuat Di Putrajaya !

Lokasi gempa bumi pertama dan kedua di utara Sumatera, Indonesia yang dirasai sehingga ke Putrajaya, Malaysia. Gempa bumi pertama berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 00:08:33 UTC, kedalaman 22.6 KM dibawah permukaan bumi. Gegaran kedua pula berlaku jam 03:01:27 UTC, dengan kekuatan 5.4 pada skala Richter, 8.2 KM dibawah permukaan bumi.

Earthquake Indonesia

Anastasyea : Gegaran kedua lebih kuat !

Gempa Bumi | Putrajaya Rasa Gegaran

Pagi tadi .. lebih kurang jam 8.10 pagi, Putrajaya digegarkan dengan satu gegaran gempa bumi. Memang terasa bangunan bergoyang secara tiba². Selain tu .. saya pun ada rasa pening sikit². Menurut dari apa yang saya baca, gempa bumi ini berpunca dari siri gegaran di utara Sumatera, Indonesia dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter.

gempa bumi putrajaya Malaysia

#Maxis10 - Kualiti Video HTC Desire S

Kalau sebelum ini anda dah tengok kualiti gambar yang diambil menggunakan HTC Desire S dekat #Maxis10 - HTC Desire S dan Dinosaur. Sekarang saya nak tunjukkan pula kualiti video smartphone ini pula. Jom layan !



Justin Bieber dan Hujan

Petang nie memandu balik ke rumah dalam keadaan hujan yang lebat. Perjalanan dari Putrajaya ke rumah biasanya cuma 20 minit, bila hujan biasa la jadi dekat 1 jam baru sampai rumah. Memandu dalam keadaan macam nie boleh buat saya asyik menguap dan hampir² hilang fokus.

Justin Bieber Favorite Girl
Gambar Justin Bieber .. mana la tahu kot-kot korang tak kenal ! :D

Dulux Pearl Glo Lily White .. Pilihan saya !

Semalam .. dari pukul 10.00 malam sampai 3 pagi .. saya mulakan operasi mengecat dinding ruang tamu rumah. Mula tu nak mengecat pada waktu petang. Tapi bila dah balik dari karnival belon panas di Putrajaya. Rasa penat sangat ! Tak sanggup rasanya nak sambung mengecat.


Pembangunan Monorel Di Putrajaya .. Satu Kemestian!

Wah .. bagusnya. Tak lama lagi Putrajaya akan mempunyai pengangkutan monorelnya sendiri. Jadi tak perlu la nak keluar awal² pagi .. semata² nak dapatkan parking. (harap² macam tu la!)

monorel putrajaya

(Gambar) Bas RapidKL Bawa 40 Penjawat Awam Hangus Terbakar diLebuhraya Sungai Besi

Tadi masa balik .. ada la kawan hantar message cakap ada bas terbakar dekat Lebuhraya Sungai Besi. Tanya samada dah tulis dalam blog atau tak? Dalam hati .. ehh .. ingat saya nie reporter ke pe? Ingatkan kawan saya tu gurau. Maklumlah .. hari tu masa kemalangan bas dekat Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan KM38 Genting Sempah .. saya ada tulis. Jadi kawan saya ingat .. kes bas terbakar kat Lebuhraya Sungai Besi nie pun saya tulis jugak.

bas rapidKL terbakar dekat Lebuhraya Sungai Besi
image credit: Masviona


Salah Pak Guard..

Salam Semua ..

Baru la boleh buat entry. Nie pun curi² kejap sebab tadi nak cover line dulu. Bukan apa, perasaan geram dan sakit hati memang tak abis lagi nie.. Pagi nie saya ke tempat kerja dengan perasaan yang amat suka. La! La! La!.. tapi perasaan suka saya itu telah 'terpotong' oleh pemandu² jalanraya yang agak biadab! Dah sampai kat bulatan besar Putrajaya, saya nak masuk la simpang ke kawasan tempat kerja saya, selalunya dua lorong je. Tetiba pagi nie dah jadi tiga lorong. Mana boleh macam tu?..

punch card office

Nie semua gara² nak cepat takut terlewat punch card. Pemandu lain boleh bersabar dan Q, kenapa pemandu² macam nie tak boleh bersabar pada hal dah dekat nak sampai kat area office masing².. Bagi signal, sesedap rasa dia .. terus masuk lorong. Ada juga yang tak bagi signal, terus menghimpit rapat kenderaan orang lain and terus memotong! Hishhh! Geram Betul!

kecik kecik pandai cilok

Yang hampir² jadi mangsa adalah penunggang motorsikal. Kesian dia orang nie, dah banyak kali saya tengok mereka hampir dilanggar atau dirempuh akibat kecuaian sikap para pemandu kereta yang kurang ajar! Mentang²lah bawa kereta, tengok²lah sama penunggang motor nie. So, korang fikir la sikit. Mana susah kalau rush dan tiba² terlanggar orang or bawa kereta macam biasa, nanti punch card merah minta sign dengan pegawai je. Hahhh!!! mana satu yang korang pilih?

penunggang motosikal extream

Lagi satu hal, bila saya dah sampai kat area parkir kereta, saya ternampak ada seorang Pak Guard kat situ telah meniupkan wiselnya kat seorang driver wanita nie. Mana taknya, dia sepatutnya parking ikut belakang kereta lain. Tapi dia macam sengaja buat jarak yang tak berapa luas, rasanya kalau kereta Kancil pun tak boleh lepas nak parking. Apa motifnya dia buat macam tu, kan dah menyusahkan driver lain nak cari parking. Ala, kalau setakat bawa kereta P*****A 1.6 Auto, tak payah nak berlagak la. Tempat parking tetap sama macam orang lain jugak. Kat PADANG! dan tetap kena PANAS! So, bila dah kena tegur. Driver wanita tu terus tarik muka. Macam nak marah² je kat Pak Guard tadi. Salah dia sendirikan? Apa plak marah kat Pak Guard tu?

Semua kejadian nie, saya tak dapat nak snap gambar. semuanya berlaku pantas dan spontan. Tak teringat langsung nak ambil gambar. Nanti kalau berlaku next time. Saya ambil ek? Tu pun kalau ada la ..

ANasTaSyea: Ada fast train kan senang? tak payah nak drive .. nak cari parking..