Triond Payment Ke 47

Hari nie aku nak sharekan dengan korang, payment ke 47 yang aku dapat dari Triond. Tak banyak pun.. tapi kira ok lah kan. Sekurang kurangnya, akhir tahun 2012 ni, penuh la tabung PayPal aku. Boleh la buat pergi melancung atau guna ketika terdesak. Hehehe !


Triond Payment Ke 47

Cash Out Earning Infolinks

Masih ingat tak iklan Infolinks yang saya try 3 bulan yang lepas. Haahhh .. sekarang dah cukup untuk cash out. InsyaAllah dalam dua tiga minggu lagi. Mungkin dapat ! Itu pun, Infolinks akan transfer ke dalam akaun PayPal aku dulu. Nak terus masuk ke akaun bank tempatan. Kena kumpul sampai 400 dollar. Banyak sangat ! Baik kumpul sikit², dan transfer masuk ke akaun Paypal. Nanti dah cukup, boleh la buat beli Gadget Impian. Baru nak convert ke matawang Malaysia. Baru masyukkkk !!!

infolinks info links

Termasuk income Infolinks ni. Kira sekarang ni dah ada dua sumber income tetap untuk tabung PayPal aku. Satu, yang nie ..Infolinks. Yang satu lagi, Triond. Kalau korang nak tahu. Akaun Triond aku nie dah lama tak aktif. Sejak penghujung tahun 2009 lagi. Tapi yang bestnya, sampai sekarang masih lagi masuk dalam 10 ~ 20 dollar tiap² bulan.

Dah Test GumGum .. Sekarang Tengah Test Image Space Media Pulak!

Testing .. testing .. testing. Sila beri laluan. Saya tengah test nie. Nak tengok .. or nak tekan .. dipersilakan. Saya hanya nak test je. Resultnya .. minggu depan saya bagi tahu. Hahaha! (tengah tak ada idea nie)

Dah Test GumGum

Benda apa yang saya nak test nie .. mesti anda dah tahu kan! Tu .. kat tajuk dah ada. Pernah dengar ke? Saya pun baru je tahu. Tu yang nak test. Harap² .. lebih baik la dari GumGum yang sangat² mengecewakan.


GumGum Image Ad Network - Memang Tak Berbaloi!

GumGum .. memang pelik kan nama tu! Dulu masa saya mula² dengar pun .. rasa macam kelakar. Tersenyum sorang². GumGum .. emm .. apa kes! Hehehe.

Kalau anda nak tahu .. GumGum ini adalah syarikat pengiklanan yang lebih kurang sama macam Google Adsense, cuma iklan tu hanya akan keluar dekat gambar di dalam blog anda. Masa saya mula² jumpa website nie. Rasa seronok jugak. Sekurang²nya gambar yang ada kat dalam blog ini tak la terpampang macam tu je. Jadi dengan adanya GumGum ini, sedikit sebanyak boleh jugak memberikan hasil pulangan.



Berkobar-Kobar Nak Jadi Blogger

Hari nie abang ada buat kelas "Pengenalan Asas Blog" kat office dia. Bukan apa... hari tu lepas je akak red @ redmummy keluar paper... terus staf kat sana serbu. Nak tanya betul ke boleh buat duit dengan blogging je!. Macam tak masuk akal. So... lepas berbincang dan dapat persetujuan boss... abang decite nak buat kelas hari nie.

So hari nie start la ... Entah apa yang diajar kat sana pun aku tak pasti. Nanti kalau ada pic... aku post kat bawah nie... abang nie actually dah lama buat duit kat internet... kalau setakat duit dari masuk dari Nuffnang, Triond, PayPal, Alertpay, PayPal WishList, dan banyak lagi... tu semua dia dah tak heran le... Kita pun tak berapa paham sangat apa semua tu... setakat tengok tu.. boleh la.



- Jangan terlalu suka blogging sampai macam nie pun nak masuk dlm blog