Sekarang dah hampir ke penghujung tahun 2012 dan tak lama lagi, Program PLKN 2013 pastinya akan bermula. Kepada adik-adik yang telah menduduki peperiksaan SPM 2012, mesti sekarang dah mula tertanya-tanya, adakah adik-adik tercalon sebagai salah seorang pelatih yang akan mengikuti Kursus PLKN sesi 2013 nanti ? Bila dan dimana lokasi Pusat PLKN berkursus berkenaan ?
Untuk menjawab soalan tersebut, adalah lebih baik, adik-adik atau ibubapa, semak senarai nama pelatih dan lokasi Pusat PLKN secara ONLINE, dengan melayari laman sesawang Jabatan Latihan Khidmat Negara di www.khidmatnegara.gov.my atau menghubungi talian hotline, 03-40274747.
Selain itu, adik-adik / ibubapa juga boleh membuat Semakan Senarai Calon Pelatih PLKN melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti yang tertera dibawah;
SEMAK STATUS PELATIH KURSUS PLKN 2013
Taip PLKN SEMAK [Nombor Kad Pengenalan] dan hantarkan ke 15888.
Taip PLKN KEM [Nombor Kad Pengenalan] dan hantarkan ke 15888.
- Tahniah kepada semua calon PLKN yang terpilih menyertai Program PLKN Sesi 2013 nanti .. ^__^
Percaya tak ? untuk menyiapkan hasil kerja seni bendalir pertama ini, hanya mengambil masa kurang 15 minit sahaja untuk disiapkan. Sebenarnya .. dah banyak kali aku mencuba Fluid Art Movement nie, tapi hasil kerja seni bendalir yang aku cuba garapkan .. agak kurang memuaskan hati. Bagi yang tak biasa mencuba. Agak susah sebenarnya sebab penghasilan kombinasi warna adalah bergantung kepada aliran kecairan yang tidak stabil (fluidity)
Depan pentas pelancaran Fluid Art Movement Petronas Di Sunway Piramid
Kalau korang nak tahu. Fluid Art Movement adalah galeri seni bendalir digital online yang pertama didunia yang dihasilkan oleh Petronas, dimana orang ramai di seluruh dunia boleh menggunakan platform online ini untuk mencipta hasil seni bendalir mereka mengikut kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai warna yang disediakan. Ia direka sebagai, memperingati sambutan satu abad inovasi bendalir Petronas Lubricants International (PLI) Sdn. Bhd.
Pengacara majlis sempat bertanyakan tentang pandangan mereka yg hadir mengenai program ini
Pada 29 September 2012, hari Sabtu lepas, aku telah berpeluang menghadiri Pelancaran Fluid Art Movement di Sunway Pyramid. Majlis pelancaran telah dilancarkan oleh CEO Petronas Lubricant International iaitu Encik Amir Hamzah Azizan.
CEO Amir Hamzah, menyampaikan sedikit ucapan ..
Fluid Art Movement juga telah dilancarkan di Milan, baru-baru ini dan mendapat sokongan daripada pemandu F1 antarabangsa seperti Michael Schumacher dan Nico Rosberg, dimana mereka telah menjadi 2 individu pertama yang mencipta hasil seni ini dan turut ditempat dalam galeri seni bendalir digital online.
Berpeluang bergambar dengan pelumba-pelumba Petronas tempatan
Petronas Fluid Art Movement memang bagus !
Di Malaysia pula, 4 orang pemandu Petronas tempatan terdiri daripada Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin telah hadir sama pada majlis pelancaran ini sebagai memberikan tanda sokongan mereka untuk Fluid Art Movement ini dimana mereka juga turut mempamerkan hasil seni bendalir ciptaan mereka.
Hafizh Syahrin sedang melukis
Emmm .. dah tengok ke, hasil seni bendalir yang telah aku hasilkan ini ? Gambar sebuah pelantar minyak ditengah lautan, dan disinari cahaya sang suria. Tau kan .. pelantar minyak adalah sebagai tempat cari gali minyak, dan ianya memang related dengan bendalir. Tak ada minyak (petroleum), rasanya .. semuanya tak boleh jalan .. kan !
Ada rupa lukisan pelantar minyak tak ?
Dalam galeri seni bendalir ini, anda bukan tertakluk kepada satu je lukisan. Nak lukis banyak mana pun boleh. Yang penting, anda dah berdaftar dan mengambil bahagian. Tengok, lukisan kedua aku, bertajuk Kereta Abah .. amacam .. comel tak ? .. ^__^
Lepas ni, ingat nak update lagi lukisan. Biar banyak sikit ! Baru la ada peluang terpilih diantara 20 hasil karya seni dari seluruh dunia, sebab kalau menang dapat hadiah percutian 7 hari 6 malam untuk 2 orang yang ditaja penuh ke New Jersey untuk menyaksikan F1 Grand Prix dan pakej percutian ke New York. Best kan ! Baik anda pun cuba buat Fluid Art nie .. ada rezeki boleh menang.
Bagaimana Caranya?
Cuma perlu layari www.fluidartmovement.com dan cipta sendiri seni bendalir anda mengikut kreativiti sendiri. Bila dah siap, kemudian klik submit.
Satu paparan untuk anda login atau daftar akan terpapar. Bagi yang ada akaun Facebook, anda boleh terus log in untuk pengesahan. Lepas tu, klik pada butang vote, dan suruh orang ramai undi hasil seni bendalir yang anda ciptakan. Undian ini boleh dilakukan melalui Facebook, Twitter, Flickr, Google+ dan lain-lain lagi.
Senarai hadiah-hadiah lain yang menanti bakal pemenang-pemenang pula, semuanya buat aku 'ter' kata gempaq giler lah .. tapi ini untuk 15 hasil seni yang mendapat undian tertinggi disetiap negara yang akan disenarai pendek antaranya adalah iPad 64GB (wifi+3G), Samsung Galaxy S3, Canon DSLR EOS 1100D Kit, Sony LED TV 40'', Panasonic LCD 32'', Petronas Syntium 1000 (4L) dan Petronas Syntium 800 (4L).
Hadiah mingguan pun best juga iaitu Toshiba 24'' LCD TV bagi 15 hasil seni dengan undian tertingi bagi setiap minggu dan akan disenarai pendek. Juri juga akan memilih pemenang bagi setiap hadiah mingguan. Peraduan ini telah bermula pada 10 September 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012.
Petronas Fluid Art Movement Launch at Sunway Pyramid
- Jangan lupa untuk vote lukisan aku di SINI dan SINI ..
Tonton Online Live Streaming Kelantan vs ATM Final Piala Malaysia 2012 | Malam nie akan berlangsungnya perlawanan Final Piala Malaysia, Kelantan vs ATM, anda pilih pasukan mana ? Dalam perlawanan yang lalu, pasukan Kelantan memperolehi kemenangan mutlak dengan aggregate 3-0 menentang pasukan Selangor, dan mara ke final untuk menentang pasukan ATM.
Jadi malam ini, piala berprestij negara, sekali lagi menjadi taruhan dua pasukan terkuat. Pasukan manakah yang akan menjulang dan seterusnya merangkul gelaran juara Piala Malaysia 2012. Adakah Kelantan atau ATM ?
Bagi yang tidak berkesempatan untun mendapatkan tiket untuk menyaksikannya perlawanan secara live di Stadium Shah Alam, anda juga boleh mengikuti siaran langsuang perlawanan tersebut menerusi saluran Astro Arena 801 dan juga RTM TV1, bermula jam 8.45 malam ini.
Kepada yang mungkin berada diluar ataupun tidak mendapat melihat liputan siaran langsung menerusi kaca TV. Anda juga boleh menyaksikannya secara Live Streaming TV11 Online melalui link yang tertera di bawah.
Untuk memeriahkan perlawanan ini, anda juga boleh mengikuti perkembangan semasa perlawanan
diantara bola sepak Kelantan vs ATM secara live streaming melalui
Twitter dengan hashtag #Kelantan , #ATM dan #PialaMalaysia
Anastasyea : Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan diantara pasukan Kelantan vs ATM secara live ataupun live streaming, dimana jua anda berada ..
Aku jumpa website ni semalam, tak sangka boleh edit gambar secara online je. Kalau nak guna, anda cuma perlu buka website ni, klik pada open advance, buka mana-mana file gambar yang anda nak edit dah boleh edit macam biasa, sama seperti anda sedang guna Adobe Photoshop. Emm, best kan !
Aku sebelum nie, memang susah sikit la nak edit gambar, terutamanya kalau tengah guna laptop HP Mini. Maklum la, laptop HP mini, mana support resolution untuk Adobe Photoshop. Jadi memang tak dapat nak install. Yang ada pun kat laptop ni, cuma PhotoScape je. Tapi program tu, tak banyak fungsi macam dalam Adobe Photoshop. Macam ni dah ada online, boleh la aku edit macam-macam nanti.
Sekarang ni, aku tengah test edit satu gambar. Memang rasa kekok sikit la. Maklum la tak ada shortcut, macam yang install dalam PC. Tapi tak kisah la ! Janji boleh edit dan ada fungsi-fungsi yang boleh digunakan macam dalam Adope Photopshop. Itu pun dah cukup bagus !
Tak sangka .. laju gak @KWSPBuzz balas. Aku saja-saja je ! Tapi bila dah balas ni. Maknanya, boleh la tanya apa-apa lagi kat Twitter KWSP .. @KWSPBuzz.
Macam entry atas tu, nak cari no ahli KWSP je. Macam mana ? Tu kan dah ada nombor telefon KWSP .. 03-8922 6000. Jadi yang tercari-cari bagai mana nak cari nombor ahli KWSP tu ... apa lagi, boleh la buat panggilan lepas ni. Kalau tak ada juga yang angkat (kalau line bz) .. boleh terus je tweet kat @KWSPBuzz. Senang cite !
Kalau rajin .. add la Twitter aku sekali @anastasyea_aida ...
- Kalau semakan nombor ahli KWSP dengan @KWSPBuzz, nak ke dia orang balas .. hehehehe
Berita gembira untuk adik-adik yang telah mengambil MUET Exam dan ingin menyemak result MUET bagi sesi Julai 2012. Keputusan MUET akan mula diumumkan mulai 20 September 2012 ini. Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), untuk tahun ini, seramai 63,654 calon telah menduduki peperiksaan tersebut.
Result peperiksaan MUET boleh diperolehi mulai jam 10 pagi di sekolah atau institusi masing-masing pada hari tersebut. Untuk calon persendirian pula, result MUET 2012 akan dikirimkan menggunakan pos ke alamat rumah pelajar yang telah didaftarkan.
As salam. Dah jadi trend sekarang kebanyakan wanita suka menggayakan dress. Pakai dress untuk menghadiri apa saja majlis atau pun utk Hari Raya nanti. Aku nak citer nie.. minggu lepas aku order sepasang dress pink colour dari sebuah website nie.. banyak betul design dan colour pun cantik². Memang cantik ko! rambang mata aku dibuatnya. Tapi mata aku nie tetap nak pilih warna hot pink lagi.. Insyaallah aku nak pakai dress nie untuk rumah terbuka Hari Raya nanti. Kat mana aku order? jom! let's check it out!
Maaf la ye ! EntrySaman Speed Trap lagi. Bukan apa. Geram dengan saman speed trap nie. Alih² bila check, dah ada satu. Surat saman .. satu pun tak sampai. Tadi pergi check dekat Balai Polis Trafik. Kerani yang buat semakan tu cakap. Dah lewat dari dari tarikh notis saman. Sebab tu kena RM300 Kalau bayar awal. Sepatutnya hanya kena RM150 je.
Lepas tu .. kita cakap la. Tak dapat pun surat saman. Macam dua tahun lepas. Memang surat saman sampai rumah. Tapi yang nie .. langsung tak sampai. Jadi macam mana nak tahu ada saman ke tak. Tak kan nak check saman setiap minggu. Nie pun tergerak nak Check Saman PDRM dekat MyEG. Kalau nak harap surat saman. Mungkin dah keluar waran tangkap, mungkin baru tau .. ada saman. Mungkin kot !
Lepas tu, kerani tu check lagi. Memang sah. Surat saman belum hantar. Dia cakap, kalau nak minta diskaun ke pe ke .. kena pergi Bukit Aman. Siap dia print lagi maklumat saman yang belum dijelaskan. Nak tunjuk yang surat tu .. memang sah tak dihantar. Tengok kat gambar kat atas .. Tarikh Pos dan Tarikh Surat Peringatan tidak dinyatakan.
Dah sampai kat Kaunter Trafik Bukit Aman. Kerani kat situ pulak cakap, surat saman nie, Pos Malaysia yang hantar. Jadi tak boleh nak buat apa². Alamak ! Macam mana tu. Sana tolak sini. Sini tolak sana. Pening² !
Kita bukannya tak nak bayar. Takat RM300 ringgit. Memang dah awal² standby untuk buat bayaran. Tapi bila dah jadi macam nie. Macam dah macam menyusahkan pengguna (rakyat). Sepatutnya tak boleh la macam tu. Kena pastikan surat saman sampai ke tangan pengguna. Baru la kira adil kalau nak menggandakan kompaun pun. Huhuhu ..
Anastasyea : Sebab tu la ramai yang tak suka kena saman speed trap nie ..
Belum panas punggung Ana Raffali mengecapi kemenangan Anugerah Juara Lagu 25, malam semalam. Hari ini pulak, dua tiga Facebook page dan Facebook Haters telah dilancarkan bagi mengutuk dan menyuarakan pandangan mereka as 'juri tak profesional' yang betul² kecewa dengan keputusan tersebut. Nampak sangat mereka nie betul² terperanjat beruk. Dok sokong penyanyi kesukaan masing² macam Yuna or Faizal Tahir, tiba² .. orang lain yang tak disangka menang .. muncul juara. Siapa yang tak bengang! Kalau tanya kat Sotong paul pun .. sure binatang tu geleng kepala!
Sama gak macam saya. Sokong Faizal Tahir - Selamat Malam.