Dua Minggu Dengan Komli Media

Kejap je masa berlalu. Hari ni dah hampir 2 minggu iklan Komli berlegar-legar kat sini. Ada pembaca yang mengikuti perkembangan blog ini, yang tanya, income dengan Komli nie macam mana ? Emmmm .. pendapat aku, setakat nie OK je ! Tengok gambar yang aku print screen kat bawah ni. Banyakkan iklan yang aku dapat ! Kalau ada iklan baru yang masuk, pihak Komli akan emailkan kepada aku. Jadi aku tau la, iklan yang masuk tu iklan CPC atau iklan CPM.

Komli Media


Soalan lain yang selalu ditanya, macam mana status Nuffnang bila letak iklan Komli ni. Tu, tentu semua dah sedia maklum. Dah nama pun persaingan antara syarikat pengiklanan, jadi mesti la status Nuffnang bertukar ke Non-Glitterati. Tapi tu aku tak kisah sangat, dan sampai sekarang, aku masih letak satu iklan Nuffnang diblog ni.


Kenapa ? Ada beberapa sebabnya. Salah satunya, Komli nie syarikat pengiklanan Asia, yang tengah berkembang. Jadi setakat ini, ada beberapa fungsi yang diperlukan oleh blogger, yang masih belum ada lagi. Contohnya, untuk ukur trafik blog. Jadi apa salahnya aku guna satu ads Nuffnang untuk tujuan tersebut, selain data dari Google Analytic. Blogger kena la smart, betul tak ?


Yang penting yang ingin aku tekankan, blogger kena berani mencuba, dari mengharap yang sia-sia. Anda faham ke ? Fikir-fikirkan la ye. Aku rasa mesti anda faham apa yang nak aku sampaikan .. ^__^


Trafik Meroket 115 UV Seminit

Setiap blogger memang mengimpikan untuk mendapat Trafik Meroket 115 UV Seminit seperti ini. Kalau boleh, nak lebih lagi, betul tak ? Tapi bagaimana cara naikan trafik blog macam ni ? Tips dari aku, satu je ! Anda kena buat, banyak lagi ulangkaji dan perhatikan apa yang blogger berjaya tekankan. Entry panas ! Memang semua blogger boleh buat entry panas, tetapi tak semua entry panas boleh berada di page pertama Engine Search. Kenapa ?

Trafik Meroket 115 UV Seminit


Perkara seperti itu, mungkin dah lama aku tekankan dalam Meningkatkan Trafik Blog - Tips SEO. Mungkin ramai yang suka membaca, tetapi tak ramai yang suka mengulangkaji, apa yang tersirat disebaliknya. Nanti baca lagi OK !



Aku percaya, semua blogger boleh ! Cuma, teruskan berusaha dan membaca. Tak tahu mengenai sesuatu, terus search kat Google dan pastinya anda jumpa banyak tutorial dan tips. Fahami apa yang ditulis dan sekiranya sesuai dengan blog anda, baru apply ! Anda mampu lakukan. Macam yang ditekankan oleh penasihat aku, "kecikkan halangan, besarkan impian". Anda pasti boleh !

Siapakah my next apprentice, jom terjah SINI ?

- Aku yakin, anda boleh dapat lebih dari Trafik Meroket 115 UV Seminit ! Anda yakin tak ?


Jana Income Blog Dengan Bijak

Bestkan kalau dapat tukarkan Unique Visitor (UV) trafik blog dengan duit. Macam gambar trafik kat bawah ni, sekali tukar RM 2 Ribu lebih. Memang masyukk la ! hehehehe ! Dulu aku selalu mencari cara meningkatkan trafik blog. Study sendiri-sendiri je dari blog gratis dengan harapan bila trafik tinggi. Boleh la dapat income hebat. Tapi bila trafik dah tinggi,  tak pulak selalu dapat BE Nuffnang.

Jana Income Blog Dengan Bijak
Trafik meroket sebab keputusan UPSR.

Aku tahu, ramai blogger sering mengeluh tak dapat BE Nuffnang. Aku pun pernah alami perara yang sama. Kemarau sebulan dua, tapi masa tu jugak trunami trafik berlalu dengan kencangnya. Dah nak buat macam mana, tak ada rezeki.

That why, sekarang aku cuba perbagaikan income trafik yang ada ni dengan buat sales secara smart. Dah ada plan yang sistematik. InsyaAllah, kalau diusahakan dengan sungguh-sungguh, sampai pencen pun tetap dapat hasil 5-6 angka. Langkah pertama aku, alhamdulillah dah dapat . Bukti Bonus Bisnes 4 Ribu Lebih ada aku sertakan kat sini.

- Sayangkan, trafik UV blog, ribu-ribu, tapi hasil, alahai .. sikitnya.


Traffic Blog 3 Ribu Sehari

Rasanya dah lama aku tak update pasal traffic blog nie. Kebetulan pulak semalam blogger Bro Framestone minta butiran traffic blog anastasyea.com untuk Perkembangan Projek 100 Blogger yang terkini. Aku dah submit butiran Traffic Blog 3 Ribu Sehari, tapi tak tak pasti boleh dapat ke tak. Dengar cite .. projek berskala besar dan hanya terbuka kepada 50 blogger sahaja.

Tingkatkan Traffic Blog 3 Ribu Sehari


Dah alang-alang aku screenshot, aku tunjukkan sekali kepada anda semua. Niat aku bukannya nak menunjuk-nunjuk tau, tapi nak buat pembakar semangat, kawan-kawan yang ada blog, agar lebih berusaha untuk memperbaiki blog masing-masing. Itu je !!! Jangan kata aku nie over lebih, sudah la .. ^__^



Tingkatkan Traffic Blog 3 Ribu Sehari


Sebelum nie pun, aku pernah tunjukkan traffic blog ini, antaranya Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas, Trafik Blog 250 Ribu, Trafik Blog Cantik Penambah Semangat dan beberapa entry lagi. Itu pun kalau anda nak baca la.

Kalau nak tau pasal tips seperti 5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang, Tips Geledah Blog | Nak Try Tak ? dan macam-macam lagi, boleh klik sini, TIPS SEO.

- Kekawan doakan aku semoga dapat projek ni .. ok ^__^


Cashout Nuffnang Kena Reject

Masuk hari ni, kiranya dah 4 hari aku dapat email dari Nuffnang mengenai cashout request yang submit bulan lepas kena reject, dan jumlah duit yang terkumpul tu , dikembalikan ke dalam akuan aku. Tadi sempat la aku search kat Google, kenapa cashout yang aku request hari tu kena reject. Nampaknya, bukan aku seorang je yang kena. Ada beberapa lagi blogger yang senasib dengan aku.



Antara kesnya .. disebabkan nama terlalu panjang. Emmm .. actually memang nama aku panjang. Kalau tulis dalam cek, dah semestinya penuh sampai ke hujung. Tapi yang peliknya, ini bukannya pertama kali aku terima cek dari Nuffnang. Tu yang menambahkan lagi kepelikan ..

Apa-apa pun, tadi aku dah hantar tiket pertanyaan kepada Nuffang. Harap-harap ada la jawapannya. Selain tu, aku kemaskini juga biodata aku dekat akaun profile. Ada part alamat (City) yang kosong. Mungkin sebab tu kot kena reject..

- Dah request cashout semula, nampaknya kena tunggu sebulan lagi la jawabnya ..


Samsung Galaxy Note 2 Digi Plan RM1399

Kalau semalam, aku bagi tau Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, dijual pada harga RM2299. Kini anda, boleh dapat gadget tersebut dengan harga lagi murah. Nak tau kat mana ? Boleh tengok gambar kat bawah ni. Cuma RM1399 aje ! Warna yang ada .. cuma gray dan white sahaja


Samsung Galxy Note 2 Digi Plan RM1399


Aku tau nie pun, sebab kebetulan tadi aku check kat website Nuffnang, tengok ada BE baru untuk DiGi Tablet Friendly Plan. Jadi bila buka website DiGi .. baru perasan dah ada pakej baru untuk Samsung Galaxy Note 2.

Bukti Triond Bukan Scam

Bayaran dari Triond yang aku terima untuk bulan-bulan kebelakangan ini. Yang terakhir aku terima, bayaran ke 49 untuk bulan September 2012 dan yang akan datang, insya Allah .. mungkin besok, bayaran ke 50. Untuk bulan ini, bayaran yang aku terima .. kurang sikit berbanding bayaran yang aku terima semasa mula-mula aktif dulu.


bayaran triond


Tapi tak kisah la. Asalkan ada income pasif untuk penuhkan akaun PayPal aku sebelum hujung tahun ini. Kira OK la tu.

5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang

Bagi pengguna-pengguna advertiser Nuffang. Mesti korang bangga kan .. setiap kali dapat BE ! Ye lah .. bukan senang nak dapat BE ni. Memang jarang-jarang sekali ! Bukan setakat blog yang trafik sikit je, blog yang trafik banyak macam Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas nie pun kira jarang dapat BE. Sebulan ada la dua tiga kali. Kira sikit la .. hehehe ..


5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang


OK bebalik kepada BE Nuffnang ni ? Apa yang korang buat bila dapat BE ? Hanya tengok dan biarkan begitu sahaja. Ataupun buat post mengenai BE tersebut dan berterima kasih kepada Nuffang. Dengan harapan .. esok lusa .. dapat BE lagi. Hahahaha .. yang mana satu yang korang pilih ? Buat post ke ? .. hehehe.. bukan korang je .. aku pun kekadang buat jugak. Dah orang bagi , kena la ucap Terima kasih Nuffnang .. kan .. kan ! .. hehehehe..

Dapat Sony Xperia Ion Dari Nuffnang

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada syarikat pengiklanan Nuffnang kerana sudi memberikan Sony Xperia Ion kepada aku, walaupun Sony Xperia Ion Dari Nuffnang yang diperolehi ini hanya la sekadar CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns a.k.a BE Nuffnang. Itu pun dah kira OK la dari tak ada langsung. Terima kasih banyak-banyak ye ! Hehehe ..


Sony Xperia Ion

Tak Salah Ucap Terima kasih

Ada satu ketika tu, ketika lalu kat tol, macam kebiasaan yang aku lakukan, aku pasti ucap terima kasih kat juru tol selepas membuat bayaran. Dah jadi kebiasaan ! Mungkin dah berkali-kali dan disedari oleh member aku ni. So satu hari .. member aku tanya la. Buat apa la ko terima kasih kat dia. Sepatutnya, dia la terima kasih kat ko sebab bagi duit. Kan itu kerja dia !


Jurutol Wanita Lebih Glamour
Cuba google, ingat nak cari gambar abg tol, tapi tak jumpa. Yang ada semuanya wanita, mungkin wanita lebih glamor dari lelaki or lelaki lebih suka ambil gambar macam ni .. grrr .. !

Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Seperti kebiasaan pada setiap 5 hingga 10 haribulan, akaun PayPal aku pastinya akan sedikit sebanyak terisi dengan kehadiran duit percuma dari Triond. Kali ni, payment ke 48 yang aku terima cuma USD 6.77 bersamaan dengan RM21 kalau ditukarkan pada hari ini. Kiranya ada peningkatan sedikit la berbanding Triond Payment Ke 47 yang lalu.


Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Terima kasih Nuffnang

As salam, dua hari lepas, baru je aku bank in cek HSBC dari ChurpChurp kat Maybank. Berapa tu .. hehehe .. tak la banyak .. tapi boleh la buat bayar service kereta dan beberapa perkara lain lagi/


CEK NUFFNANG



Tadi pulak, sampai kat rumah .. tengok, ada satu lagi cek baru sampai. Kali nie dari Nuffnang pulak. Alhamdulillah .. sampai jugak cek ini. Ingatkan dah "missing in action" .. sebab selalunya sampai bersama dengan cek ChurpChurp.

Ad Codes Nuffnang Baru - Dah Tukar ke ?

As salam, nampaknya Nuffnang dah menaiktaraf dan mengemaskini code baru bagi setiap Ad Codes nya. Tujuannya adalah untuk memaksimumkan loading iklan tanpa menjejaskan loading blog. Korang dah tengok ke  code yang baru ?


Ad Codees Nuffnang Baru

Trafik Blog Cantik Penambah Semangat

As salam, dah kebetulan aku tengah update profile yang diminta oleh Blogger BroFramestones untuk projek Projek 100 Bloggers. Nie aku kongsi²kan dengan korang maklumat trafik tu. Mungkin korang jugak nak tengok, buat penambah semangat .. kan .. kan .. ^__^


trafik blog anastasyea


Kalau ditengokkan trafik blog aku untuk minggu ni, kiranya ada sedikit penurunan berbanding trafik yang aku pernah post dekat entry Trafik Minggu Lepas ni. Kurang sikit je. Graf pun tak cantik .. naik turun yang mendadak. Tu pun sebab entry SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus yang ada kena mengena dengan Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam .

Lepas ni, aku plan, nak kurangkan Bounce Rate pulak. Masih lagi 60 peratus. Ingat nak kurangkan bawah 40 peratus. Baru la Advertiser macam Nuffnang dan lain² suka. Setakat nie, dah cuba beberapa tips yang aku jumpa dekat Internet, tapi tak pasti la berkesan ke tak. Harap² menjadi .. hehehe ..


- Alhamdulillah, masih kekal 2k ke atas .. ^___^


Projek 100 Bloggers Jana Pendapatan Online

As salam, alternatif buat blogger yang ingin menjana Pendapatan Online. Nie aku syorkan untuk korang, untuk join Projek 100 Bloggers anjuran Blogger BroFramestones ni. Kalau berminat nak join, boleh tengok dulu syarat² dibawah ni, mudah je .. dan lepas tu buatkan satu entry ringkas. Kemudian tunggu, dan akan dihubungi sekiranya berjaya ... ^__^


Projek 100 Bloggers Jana Pendapatan Online


Mengikut dari apa yang aku baca dekat blog BroFramestones, projek nie bertujuan untuk mengumpulkan 100 Blogger Malaysia, yang mana nanti, akan diketengahkan kepada syarikat² yang sudi mengiklan produk mereka di 100 blog yang terpilih.

Earning September 2011 Nuffnang, RM29,160.05

Berpinau mata aku melihat Earning Bulan September milik Redmummy Berjumlah RM29,160.05 .. sampaikan tersalah tengok tarikh cek dikeluarkan. Yang aku nampak hanya 09 (ingatkan tahun 2009). Tapi sebenarnya cek bulan 09/2011. Emm .. sorry ye .. Redmummy. Salah tengok !

Gaji aku sebulan pun tak boleh 'celen' earning redmummy nie ..

Huhuhu .. dahsyat² ! Tak sangka .. walaupun sekarang tengah boyot (mengandung). Idola aku masa mula² buat blog dulu (semangat Redmummy.com) masih mantap menghasilkan earning beribu-ribu dengan hanya membuat Blog dan Advertorials. Memang cayalah!

Nuffnang Bagi Hadiah Birthday !

Assalamualaikum ") Semalam, terima satu email dari pihak Nuffnang. Diorang nak bagi hadiah tiket percuma. Bukan satu, tetapi 4 complimentary passes dari TGV Cinemas. Free tu,  sapa yang tak nak ! Tarikh sah .. sebulan dari tarikh hari lahir.  Nanti boleh la tengok mana² movie. Kalau larat, boleh la buat marathon non stop. Dari pagi sampai petang layan 4 movie serentak .. hahaha ! Korang nak join tak ?

Nuffnang+bagi+hadiah

Cek RM785 Nuffnang Dah sampai!

Akhirnya sampai jugak cek ke 3 Nuffnang yang saya tunggu² sejak 2 bulan lepas. Ingatkan minggu nie baru sampai cek tu. Maklumlah .. minggu lepas cuma 2 hari je berkerja iaitu hari Isnin dan Rabu. Jadi memang tak expect sangat cek tu boleh sampai. Lagipun tentu ramai yang bercuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina. Saya pun ambik cuti jugak. Sembilan hari .. sapa tak nak .. hehehe!

cek nuffnang ke3
Cek ke 3 Nuffnang

RM12,608.20 Hasil Blogging Untuk Bulan Januari 2011| Biar Betul!

Wow! Tengok la gambar kat bawah nie. Pendedahan eksklusif Redmummy (RM) mengenai pendapatan akaun Nuffnang beliau bagi bulan Januari 2011. Siap buat screen shot lagi. Memang sah² mencecah 5 angka. Sebelum nie .. mana pernah beliau buat macam nie. Jadi .. kepada yang masih ragu² tu .. tengok la puas² ye!

Redmummy Income online
RM12,608.20 sebulan .. banyak tu!!!

Mengoptimumkan Pendapatan Nuffnang Dengan Iklan Cost Per Action (CPA)!

Semalam, syarikat Nuffnang yang merupakan syarikat pengiklanan internet terkemuka di Malaysia telah memperkenalkan satu lagi cara untuk menjana pendapatan tambahan di internet .. yang dikenali sebagai iklan Cost Per Action (CPA). Haahhh ... CPA! Apa tu? Jom tengok apa bezanya dengan CPC dan mCPM.

menjana pendapatan online
Kaedah baru untuk menjana pendapatan online!