ETS Train | Keretapi Laju Gold atau Silver?

Sekarang nak pergi Ipoh tak payah naik bas ekspres lagi. Sebab aku lebih suka guna ETS - Train (Electric Train Service). Bukan apa, so far aku naik train nie.. lebih cepat, selamat, tiba tepat pada waktunya dan paling penting selesa. Train yang aku pernah naik adalah dari kategori Gold dan Silver.


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Kalau naik yang Gold train, harga tiket adalah RM 35 dari KL Sentral - Ipoh berbanding yang Silver train harganya RM 25. Waktu perjalanan ikut Gold train cepat sikit dari yang Silver train iaitu kira² dalam 2 jam 20 minit sebab Gold train nie berhenti kat stesen² tertentu sahaja.


ETS - Train coach atau gerabak nie agak luas juga terutamanya jarak kerusi kita dengan kerusi depan. Tak ada masalah, kerusi tu boleh diselaraskan ke belakang, rasa selesa la.. Sambil tu boleh layan tayangan English Movie. Tu kat dinding train sebelah atas ada diletakkan ETS Route KL - Ipoh - KL.


ETS Train KL Sentral - Ipoh




Kat skrin tv LED tu pun ada dipaparkan jelas berapa kelajuan train ini bergerak. Kelajuan yang dapat aku snap mula² 125 kmh.. dan paling laju 160 kmh. Tapi kalau dah syok layan movie tu, tak sedar dan tak perasan pun berapa laju train sedang bergerak. Tau² aje.. dah nak sampai Ipoh.


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Ini lah kaunter tiket ETS - Train kat Stesen Keretapi Ipoh. Time aku sampai nie, aku ingat nak beli terus tiket untuk balik ke KL tapi kaunter dah tutup. Silap betul tak minta Along belikan sebelum tu..


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Aku nasihatkan korang bila dah sampai kat Ipoh, sila beli terus tiket untuk balik. Kalau tak, melepas lah korang! Cepat betul tiket sold out! Kalau dapat last train kira ok lagi lah kan.. tapi kalau habis terus.. tak dapek lah den nak nolong.. he! he! So, nak tahu lebih lanjut lagi pasal ETS - Train nie, boleh lah klik ets-train.com.my.


- Kalau korang yang belum pernah guna ETS - Train nie, cubalah ye! Terbaik!

World of Everyone Connects!

Kalau anda rasa bosan .. dan nak cuba sesuatu yang baru. Apa kata cuba laman web .. World of Everyone Connects! nie. Memang menarik. Layoutnya pun cute. Saya dah try. Mula² tu blur la sikit. Tapi sebab saya suka explorer .. try la klik satu demi satu. Memang mudah! Anda hanya perlu gerakkan anak panah kiri, kanan dan atas pada keyboard bagi setiap pergerakan. Itu sahaja. Mudahkan!

Explore the new World of Everyone Connects. Not only will you get to know new friends, but you can also stream videos, listen to music, do shoutouts, get the latest football news and many more! There are so much fun in the World of Everyone Connects!


World of Everyone Connects

Welcome to World of Everyone Connects!

World of Everyone Connects

Tengah loading ..

World of Everyone Connects

Memilih diri anda sendiri .. Jangan lupa tulis nama anda ye!

World of Everyone Connects

Sekarang ada boleh berchating, explorer, mendengar musik, movie dan banyak lagi dekat sini. Guna anak panah kiri, kanan dan atas untuk setiap pergerakan. Selamat mencuba ..

ANaSTaSyeA :  Sesekali mencuba sesuatu yang baru .. best jugak!