Dengan sistem ini, ibu bapa / penjaga yang tidak berkesempatan untuk menyemak ataupun berada diluar kawasan, boleh menyemak keputusan peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM anak² mereka. Selain itu, ibu bapa / penjaga juga boleh menyemak keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun anak² mereka menerusi pautan portal yang disediakan di bawah;
Untuk menggunakan sistem ini, caranya mudah sahaja ! Hanya perlu ikut langkah² seperti di bawah.
1) Layari laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2) Klik butang berwarna merah yang tertulis "Semakan Ibu Bapa"
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
4. Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.
Anastasyea : Tak boleh la nak rahsia² keputusan peperiksaan dari ibu bapa lagi lepas nie .. hik 3x ..
