Rentetan Kemalangan Ngeri Membabitkan Bas Sepanjang 2010

Berikut adalah peristiwa kemalangan ngeri membabitkan bas yang pernah saya tuliskan di blog ini sepanjang tahun 2010. Kebanyakkanya boleh dikatakan berpunca membabitkan sikap pemandu, kurang penyelenggaraan, beroperasi 24 jam dan penggunaan alat gantian tiruan.

Kemalangan Ngeri Bas
Beginilah kesannya apabila syarikat bas lebih mementingkan keuntungan dari nyawa penumpang yang tak bersalah.

Trafik 3K Dari Entry Niche Keyword SEO Kemalangan Bas Perlancongan KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Anda jangan terpengaruh dengan tajuk SEO atas tu. Saya pun tak pasti .. betul ke trafik 3K semalam datang dari entry kemalangan bas perlancongan km 15 Jalan Cameron Higlands - Simpang Pulai. Mungkin boleh jadi juga dari entry pembayaran dividen ASB 2010 7.50 Sen, Bonus 1.25 Sen ataupun entry maklumbalas, follower yang dah follow blog anastasyea .. Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!

SEO keyword website
Kalau la boleh maintain 3k trafik pengunjung setiap hari .. mesti gempak!!!

(Gambar/Video) Kemalangan di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas Yang Paling Dasyat Dalam Sejarah Negara

Hari ini .. kemalangan bas yang berlaku di KM15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, disifatkan yang paling dahsyat dalam sejarah negara, dimana mengorbankan 28 nyawa. Kebanyakkan penumpang yang menaiki bas pesiaran ini merupakan pelancong yang datang dari Thailand.

kemalangan bas simpang pulai
Kemalangan yang paling dahsyat dalam sejarah negara ..

Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa - Kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah

Bila dah berlaku macam nie .. siapa yang salah. Kalau minta maaf berair mata darah pun .. orang yang pergi tetap tak akan kembali. Adakah hanya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak .. masalah ini akan selesai. Tentu tidak ...

 Kemalangan Genting Sempah
Dahsyat betul kemalangan nie!

Bas Pelancongan Buruk

Dulu .. saya pun pernah terkena sekali macam nie masa nak datang Kuala Lumpur. Masa nak beli kat kaunter bas .. penjual tiket cakap .. bas yang saya nak naik tu memang elok, ada aircond, dan TV. Tapi bila dah tiba harinya, tengok bas .. memang buruk, seat berlubang², aircond problem dan macam² lagi. Tetapi sebab esoknya dah nak kerja .. terpaksalah juga naik.

bas buruk
lebih kurang macam nie kot bas tu

Macam tu jugak yang didakwa oleh ahli keluarga tujuh mangsa yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah dekat Kuala Lumpur malam tadi. Mereka mendakwa bas yang dijanjikan syarikat bukannya seperti bas yang dijanjikan sebelum ini.

Menurut Mustaffa Ibrahim, 60, keluarganya menerima kejadian yang menimpa anaknya Mohd Fahmi, 17, itu sebagai takdir tetapi kesal apabila mendapat tahu bas yang sepatutnya membawa rombongan itu digantikan dengan bas buruk. Beliau menyerahkan sebarang tindakan terhadap syarikat bas berkenaan kepada pihak yang terlibat untuk mencari keadilan dalam kejadian berkenaan.

Anastasyea : Janji tak serupa bikin ..

Tujuh Yang Maut Dalam Kemalangan Bas Di Genting Highlands Dibawa Balik Ke Baling, Kedah

Pagi tadi .. kesemua tujuh yang maut dalam kemalangan bas pelancongan di KM38 Genting Sempah telah dibawa pulang ke kampung masing-masing di Baling, Kedah. Mangsa yang terdiri daripada ketua rombongan Mohd Zaidi Mohd Sufian, 28, yang merupakan seorang guru agama, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang. Sementara itu, enam lagi terdiri daripada Mohammad Amirul Mohamat Isa, 13, Mohamad Khairy Mohamad Marzali, 14, Mohamad Yussof Akhil, 16, Mohamed Firdaus Rosedi, 16, Mohd Fahmi Abdul Mustaffa, 17 dan Mohd Ridzuan Husin, 17 meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan diGenting Sempah

Gambar Kemalangan Ngeri Lebuh Raya Plus 10.10.10

Gambar kemalangan ngeri dekat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10.10.2010 yang lepas. 

Kemalangan Ngeri 10.10.10

Kemalangan Ngeri 10.10.10
Kesesakan berlaku dikedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan