Peringatan Kepada Wanita Kalau Berlaku Kemalangan !

Ini peringatan kepada semua pemandu terutama pemandu² wanita. Bila korang memandu dan tiba² kereta yang dipandu korang mengalami kemalangan sila berhati² dan ambil ingatan ini.

towing kereta

Pagi semalam kawan aku kat Sabah telah kemalangan kereta sewaktu dia on the way memandu ke pejabat. Syukur Alhamdulillah dia tak cedera tapi kereta memang teruk kena hentam. Aku pun terlupa nak tanya kawan aku tu, sebenarnya siapa yang hentam siapa. Bukan aje setakat kereta dilanggar, sebaliknya ada lagi perkara malang berlaku kat dia.

(Gambar/Video) Letupan Besar Kemalangan Keretapi Berlanggar Lori Tangki Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu

Terkejut jugak tadi bila terbaca mengena letupan besar yang tercetus akibat daripada kemalangan diantara keretapi dan lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pukul 5.30 petang tadi. Setakat ini, tiada kematian jiwa dilaporkan dan difahamkan lapan orang awam tercedera ekoran daripada kemalangan tersebut. Mangsa² yang tercedera telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan susulan.




Difahamkan juga ketika kejadian, lori tangki ini sedang melintasi trek keretapi untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak berhampiran. Tetapi disebabkan pergerakannya yang perlahan dan mempunyai muatan yang berat menyebabkan lori tangki ini tersangkut dilaluan trek keretapi sebelum dilanggar dan terus terbakar.

(Video) Dan Wheldon Terbunuh Dalam Kemalangan Dahsyat Di Las Vegas

Memang ngeri betul bila tengok video yang menyaksikan Pemandu Kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar pagi tadi. Dan Wheldon, 33, yang merupakan pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu mati ditempat kejadian akibat kecederaan parah selepas kereta yang dinaikinya melambung ke atas sebuah kereta lain, dan kemudian merempuh pagar litar.


Dan Wheldon


Kemalangan yang membabitkan 15 kereta ini turut menyebabkan tiga buah kereta lain melambung ke udara manakala selebihnya terbabas, terbalik dan seterusnya terbakar.

Kemalangan Membabitkan Anak Julie Dahlan, Hanny Harmy

Anak Julie Dahlan, Hani Nur Zara Harmi,29 atau lebih dikenali dengan Hanny Harmy mengalami cedera ringan apabila kereta yang dipandunya terbabas dan terlanggar pokok berhampiran Bukit Antarabangsa, Ampang kira² pukul 4.30 pagi Isnin.

Pelakon Hanny Harmy kemalangan
Hanny Harmy, Anak Pelakon Julie Dahlan

Pesta Kutip Duit Syiling Bertaburan Bernilai RM75,000 di Lebuh Raya PLUS Selepas kemalangan

Tanpa menghiraukan keselamatan, orang ramai berebut² bagaikan pesta mengutip duit syiling yang bertaburan di Kilometer 243 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Pedas di Seremban semalam. Kejadian ini berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Pesta Duit Syiling
Pesta kutip duit syling berlansung kat tepi Lebuhraya Utara-Selatan

(Gambar) Kemalangan Melibatkan Lori Securiforce, Teksi dan Motosikal Berdekatan Bank Negara!

Kalau anda tengok gambar kemalangan kat bawah nie! Anda mesti tertanya².. apakah nasib pemandu, penumpang dan penunggang motosikal tersebut. Adakah mereka masih lagi selamat ataupun dan lenyek dihempap lori Securiforce yang dianggarkan melebihi 5 tan tersebut!

Kemalangan lori securiforce
Kalau tengok kat sini .. memang ngeri!

(Gambar) Kemalangan Kecil Melibatkan Pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)

Dah tengok ke gambar pesawat AirAsia yang mengalami kemalangan kecil sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semalam. Kalau belum, kat ini ada saya postkan. Kira dahsyat gak! Tak sangka sampai boleh macam tu. Semalam semasa terima message dari Facebook Malaysia Airline, ingatkan insiden biasa je. Nasib baik la, 124 penumpang dan enam anak kapal tidak mengalami kecederaan yang teruk kecuali empat penumpang yang cedera ringan.

Keadaan pesawat AirAsia selepas terbabas dari laluan

Hafiz AF Kemalangan di Lebuh Raya Penchala!

Tengah belek² email pagi tadi .. tiba² masuk dua email alert yang berbunyi Hafiz AF Kemalangan. Haahhh!!! Bila? Jadi cepat² la check kesahihan berita tu kat Google. Nak tengok betul ke cerita tu ataupun sekadar khabar angin sahaja? Haahh .. sah! Tengok la gambar kereta Honda Accord Hafiz AF kat bawah tu. Terukkan!

Hafiz AF Kemalangan
Teruk jugak kemalangan tu .. sampai habis remuk bahagian depan kereta Honda Accord beliau

Kemalangan dan SEO SERP! Trafik 5K! Anda Tak Mahu!

Hari ini saya nak buat ulasan sedikit mengenai keyword 'kemalangan' dan kaitannya dengan SEO SERP. Harap² korang tak bosan untuk membacanya. Untuk makluman korang lagi, entry 'Kemalangan dan SEO SERP! Trafik 5K! Anda Tak Mahu!' ini dibuat untuk merujuk kepada entry cikgudahlia yang bertajuk 'Trafik 5k? Tanpa Entry SEO pun semalam, yang ditulis pada 21 Dis 2010 yang lalu.  Itupun selepas saya mendapat kebenaran dari beliau untuk membuat ulasan ini.

SEO Kemalangan trafik 5k
 Trafik 5K percuma .. siapa yang tak nak!


Kemalangan di pagi Jumaat

Assalammualaikum dan Salam sejahtera ..

Tak sedar dah hari nie hari Jumaat. Memandu ke tempat kerja pada pagi ini dalam keadaan hujan renyai renyai. Sejuk.. Hujan rahmat di pagi Jumaat membuatkan saya memandu dalam keadaan tenang. Sambil tu dengar radio channel Era. Saya memandu di lorong paling kanan biasanya laju, tapi tiba² jadi slow. Dalam hati berkata mungkin kat depan tu ada kemalangan kot. Maklum la jalan kan licin time² hujan nie. Beberapa minit kemudian, ternampak sebuah kereta perodua Myvi dah tersadai tepi jalan di lorong paling kanan tu,manakala ada 2 buah lg dah remuk teruk sekaligus menghalang laulintas lorong kanan jalan. Kemalangan berlaku di hadapan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

pandu cermat jiwa selamat
Biar lambat asal selamat!

Gambar Kemalangan Ngeri Lebuh Raya Plus 10.10.10

Gambar kemalangan ngeri dekat Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka pada 10.10.2010 yang lepas. 

Kemalangan Ngeri 10.10.10

Kemalangan Ngeri 10.10.10
Kesesakan berlaku dikedua-dua arah Lebuhraya Utara Selatan