BBQ Steamboat Metropoint Kajang

Assalam. Hari tu, entah macam mana, teringin sangat nak nak makan steamboat, mungkin dah lama tak pekena steamboat. Nak pergi Restoran Steamboat Antarabangsa Bandar Baru Bangi, macam jauh pulak, (masa tu kat area kajang), jadi kami pergi makan steamboat kat Metropoint Kajang


Kajang BBQ Steamboat Terbaik


Sebenarnya kerap jugak pergi Metropint Kajang, dan sering lalu lalang depan restoran Steamboat nie, tapi tak pernah singgah mencuba makan kat sini. Nie first time nak mencuba. Nama restoran nie Kajang BBQ Steamboat


Waktu gambar nie diambil, perut dah kenyang sangat-sangat. Alhamdulillah. Memang terbaik steamboat kat sini. 


Steamboat's Corner di Kajang BBQ Steamboat



resipi Steamboat di Kajang BBQ Steambot



Favourite utama aku semestinya BBQ Daging Kambing. Wajib! Sedap! perapan daging kambing kat sini tau.. isinya pun lembut.. marvellous! Berulang kali asyik bangun duduk ambik kambing.. hehe! Selain kambing, ambil juga kepak ayam, udang dan sotong untuk dua orang budak comel.


Pelbagai mee, sayur di Kajang BBQ Steamboat



Aku ambil juga sedikit sayur-sayuran dan mee untuk steamboat. Kat sini memang banyak jenis pilihan mee, anda boleh pilih yang mana anda suka. Masak pulak pakai electric steamboat cooker. Tak la susah sangat nak masak .


BBQ ayam, daging kambing di Kajang BBQ Steamboat



menunggu steamboat masak di Kajang BBQ Steamboat



Budak comel dah lapar time nie.. kata dia orang bau BBQ buat dia orang tak tahan lapar.. hehe! Nasib baik boleh senyum lagi time snap gambar nie.


Steamboat Kupang, lala dan isi ketam di Kajang BBQ Steamboat



Tu dia! besar kan kupang tu.. dengan lala lagi.. isi manis betul!! dengan steamboat tomyam pulak tu! Slrrppp!! pedas wei! baru terangkat..


Sudut Minuman di Kajang BBQ Steamboat



Ada dua jenis pilihan air minuman kat sini. Masa pergi ambik air minuman, terpandang kertas kenyataan kat atas tu bertulis, Pembaziran makanan akan dicaj RM 10 bagi 100 gram. Eh! jangan risau.. saya makan gerenti habis punyer!..


Aiskrim Corner Kajang BBQ Steamboat



Mana gambar BBQ yang dah dibakar? Alamak! sorry! punyer lah sedap bantai kambing sampai terlupa nak snap gambar.. hehe! Ala.. korang datang aje lah makan kat sini yer!


Habis makan steamboat dan BBQ aku ambik aiskrim sebagai pencuci mulut pulak. Kasi sejuk tekak dan perut pulak. Banyak pilihan aiskrim kat sini.. tapi aku tak jumpa pulak topping untuk aiskrim nie. Lain kali datang sini aku tanya pasal topping aiskrim nie.


Aiskrim pencuci mulut di Kajang BBQ Steamboat



Tak ada topping pon sodappp!! Nyum! Nyum!


Kajang BBQ Steamboat



Ok! Teringin nak cuba makan BBQ Steamboat kat sini sila lah datang ke Metropoint Kajang.


Buffet (6pm - 10 pm)
(Makan sampai kenyang)

Dewasa : RM 26.80
Kanak-kanak (6 thn - 12 thn) - RM 14.80
Warga emas (55 thn dan keatas) - RM 14.80

Sila call : 018-258 0277



Main Pasir Kat Rumah Nenek.

Amboi, sukanya budak-budak ni main pasir. Mentang-mentang la kat rumah tak ada pasir, sampai rumah nenek, ligat sungguh. Katanya kat rumah nenek best, sebab ada pasir dan pantai. Tengok tu, si kakak siap bertopi, main pasir. Macam kontraktor binaan pulak.





Tak pa, biarkan ! Tapi lepas ni kena mandi, sabun dan syampo rambut betul-betul untuk matikan kuman balik. Dulu aku pernah terbaca kat majalah, kanak-kanak seusia macam ni, tak boleh kongkong sangat. Kalau diorang nak main, biarkan .. ini kerana, apabila berinterasi dengan persekitaran, badan mereka dapat menghasilkan intibodi yang kuat. Betul tak ?


Untungnya Ada Kampung Tepi Pantai

Untungkan bila ada kampung tepi pantai. Petang-petang, boleh juga rehat-rehat kat tepi pantai, sambil tengok gelagat orang mandi manda dan mencari kepah. Sambil-sambil tu, tengok gelagak kanak-kanak, tersenyum gembira sambil berlari bermain ombak dipersisiran pantai dengan kawan-kawan sepermainan.

kepah kuala muda  penang


Masa aku sampai kat pantai ni, sebenarnya aku baru je pulang dari jumpa bisnes partner baru dari Pulau Pinang. Dah alang-alang lalu, singgah sekejap. Lagipun rasa dah lama tak singgah kat sini. Ingatkan petang-petang macam ni, sambil bersantai, pekena cendol semangkuk dua. Best jugak !

Tapi nasib tak menyebelahi aku, kedai cendol tutup. Huhuhu .. baru je berangan-angan nak makan cendol. Dah tak dapat ..

kepah kuala muda  penang


Emm .. bila memandang lautan yang terbentang luas, jiwa rasa tenang sekali. Keadaan cuaca yang redup ditambah dengan angin yang bertiup lembut menyentuh pipi. Rasa sungguh nyaman sekali. Rasa macam nak tidur kat situ je !

kucing comel


Tengok kucing comel nie, terlentok dibawah kerusi. Nyenyak sungguh dia tido. Bila aku nak ambil gambar je, dia buka mata sikit. Mungkin nak gitau jangan kacau dia yang sedang nyenyak tidur ..

- Sambil ambil gambar, aku kuis kuis hidung kucing nie .. ^__^


Restoran Steamboat Antarabangsa Bandar Baru Bangi

Malam semalam, teringin sangat nak makan steamboat. Nak cari kat mana ? Kemudian teringat Restoran Steamboat Antarabangsa Bandar Baru Bangi, sebelah restoran Ayam Penyet Wong Solo. So, dalam pukul 8.30 malam gitu kami sampai. Nasib baik malam tu tak ramai. Maklum la malam minggu !





Sebab nie pertama kali makan kat Restoran Steamboat Antarabangsa nie. Tanya dulu macam mana nak order, lepas tu baru kami mula memilih apa yang nak dimakan. So .. bagi dewasa, harga yang dikenakan RM25.00 seorang. Kanak-kanak pula .. RM12.00. Nak makan apa-apa pun boleh. Kuah steamboat ada dua jenis .. sup atau tom yam. Untuk kali ini, kami memilih tom yam .. ^__^





Nie kira first round la .. ambil sikit-sikit dulu. Udang, daging lembu, ayam dan makanan steamboat yang lain. Kiranya cukup la untuk kami berempat ! Kalau nak lagi, boleh ambil lagi sampai la kenyang. Lagi pun tak boleh bazir-bazir sebab 100 gram yang dibazirkan, kena denda RM10.00 tau !





Tengah panaskan makanan steamboat. Sambil-sambil tu .. bakar daging lembu dengan ayam. Ikut la nak bakar banyak mana pun. Makan sampai kenyang !





Nak bakar daging dengan ayam ni, kena letak majerin dulu. Baru la sedap ! Oh ya .. nak bagi tau. Daging lembu dan ayam nie dah diperap dengan rempah tau !





Masa ni, tengok daging lembu dengan ayam tak cukup .. so, tambah lagi. Lepas tu baru perasan ada daging kambing sama. Yum .. yumm .. sedapnya kalau bakar .. hehehe





Ok .. cukup la untuk first round. Makan dulu apa yang ada. Tak cukup nanti tambah lagi .. =)





Amacam ? Berselera tak tengok daging bakar nie ?





Sebab aku antara peminat makanan Seafood. Untuk second round nie ... pilih makanan seafood pulak. Ambil kupang, sotong, ikan dan sayur sikit. Bila tengok makanan seafood nie, teringat Restoran D'King Mee Udang Banjir Ikan Bakar Power. Balik kampung nie nak ajak ibu abah pegi sekali lagi la !





Tips nak makan kat Restoran Steamboat Antarabangsa nie. Nak makan tu kena relaks-relaks ! Tak boleh tergesa-gesa. Baru la boleh makan banyak. Kalau tak .. memang tak berbaloi RM25 seorang. Hehehe .. Apa lagi .. jom makan !





Nie la antara bahan-bahan steamboat yang disediakan kat sini. Tengok tu .. semuanya tersusun rapi dan tertutup. Yang kat bahagian rak tu .. ada mee, sayur, cendawan dan lain-lain lagi





Sebelah nie pulak, ada minuman dan pencuci mulut. Ada jugak disediakan sedikit jajan untuk budak-budak.





Kat hujung tu, tempat simpanan daging lembu, ayam dan kambing yang telah diperam. Ada juga disediakan udang, ikan, kerang, kupang dan isi ikan yang telah disiapkan. Tunggu nak masak je !





Bahan- bahan steamboat tadi.





Ais krim pun disediakan jugak tau ! Kalau bawa budak-budak, bagi nie je. Terus senyap ! Senang la ibu bapa nak makan. =)





Isi daging lembu, ayam dan kambing yang diperam tadi. Nampak tu .. banyak lagi kan ! Makan la sampai kenyang .. ^__^





Kupang, kerang dan bahan-bahan steamboat tad.





Last sekali .. makan aiskrim pulak sebagai pencuci mulut. Emmm .. sedapnya makan aiskrim !





Restoran Steamboat Antarabangsa
10 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam
GPS : 2.960356,101.755901


- Makanan kat Restoran Steamboat Antarabangsa Bandar Baru Bangi nie memang sedap .. lain kali, pasti datang lagi .. Nak ikut, tunggu info dekat twitter @anastasyea_aida k .. ^__^


Sayur Assam Best From Kg. Jawa, Kuala Ketil Kedah

Hari tu balik bercuti ke kampung, ibu masak. Dapat la dapat makan besar beramai ramai. Walaupun tak banyak jenis masakan yang dimasak, tapi yang paling penting kuantiti lauk yang dimasak biar banyak. Puas hati kalau nak makan berulang ulang lagi.


resipi sayur assam special



Ini lah antara hidangan nasi berlauk yang paling sedap bagi aku dan adik beradik aku .. memang tak boleh dilupakan selepas menikmatinya. Mana taknya, hidangan macam nie cuma dapat kami adik beradik makan time balik ke rumah ibu abah.


resipi sayur assam special
Lauk Sayur Assam nie aku suka ratah makan macam tu ajer.. Slrrrrppp! memang marbelles lah!



Masakan nie namanya Sayur Assam. Dah jadi kegemaran wajib bagi kami sekeluarga menikmati hidangan Sayur Assam ini. Tang yang peliknya, kenapa nama dia Sayur Assam? Pada hal yang ada sayur pun cuma daun kesom jer. Ahhh ... tak kisah lah kan ! Janji special home made nie adalah dari air tangan ibu aku sendiri. .. ^__^


Untuk pengetahuan korang yang tak pernah cuba masakan nie, Sayur Assam Special nie sebenarnya adalah masakan yg berasaskan dari tulang tulang lembu, daging lembu dan sedikit bahagian-bahagian dari lembu .. yang direbus sehingga empuk dagingnya dan lembut tulang lembu tu. Kemudian air stok rebusan tu dicampurkan dengan bahan bahan masakan lain untuk dijadikan sebagai kuah Sayur Assam nie.  Rasa Sayur Assam nie terutama kuahnya memang rasa ala ala macam asam pedas tapi lain sedikit.


resepi Kailan Goreng Belacan



Selain tu, goreng juga sayur Kailan Goreng Belacan. Nak goreng sayur nie, elok goreng layu layu sikit. Nanti bila kunyah .. baru terasa kerangupan dan kesedapannya. Lepas tu, kena ada plak sambal belacan sama. Baru la complete set! oh! Ohhh sedapnya ! Buat aku rasa nak masak macam nie je .. cuti weekend nie ..


resipi Popia Goreng Rangup



Lepas makan nasi, sambung makan Popia Goreng Rangup nie pulak dengan Lepat Pisang Lemak Manis bersama Coffeemix panas sebagai pencuci mulut.


- Lain kali aku tulis resepi masakan Sayur Assam nie yer..


Dari Kampung | Bawa Balik Banyak Barang Dapur

As Salam, 11 hari bercuti Hari Raya Aidilfitri maka 11 hari lah blog ini tak berupdate. Wall FB aku pun tak sempat update. Memang aku beraya sakan tahun nie. Perasaan aku gembira sgt lah balik beraya kat Kedah dan Pulau Pinang tahun nie memang best giler. O.k lah.. hari nie aku dah start keja so nie aku nak share story dengan korang antara barang² dapur yang biasanya aku bawa balik dari kampung. Nak tahu aku bawak balik apa? Mai tengok..


Bahan asas utk masakan yang wajib dibawa balik dari Kedah dan P. Pinang


Balik Kampung ..

Maaf ye .. Semalam saya balik kampung. Sebab tu tak dapat update blog ini. Al-maklumlah .. kawasan kampung mana ada Wimax. Pukul 5 pagi lagi dah bertolak dari rumah. Kemudian singgah dekat Hentian Sungai Buloh untuk bersarapan.

Balik kampung

Dekat Sungai Buloh .. saya bertembung dengan group kereta MPV. Biasa la.. time cuti² sekolah nie. Banyak yang buat konvoi. Macam nie lebih selamat daripada pergi sendiri. Kalau tak silap saya la .. group nie nak bertolak ke bukit Merah Lake Town.


Dah lepas bersarapan .. saya teruskan perjalan ke Utara. Jalan memang lengang pagi² nie. Udara pun segar. Siap berkabus lagi. Baru la best nak travel.


ANaSTaSyeA : Seronok balik pagi² .. sejuk dan jalan pun tak sesak.