Makan Set A Thai Cuisine Di Restoran Black Canyon, Alamanda

As salam. Aku suka sangat kalau dah hari Jumaat sebab hari Jumaat masa rehatnya adalah sangat panjang .. waktu bekerja pun rasa singkat. So, bagi kakitangan kerajaan macam aku, 2 jam 30 minit tu adalah waktu yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kali nie, aku dengan officemate aku pergi jalan² kat Alamanda. Boleh beli barang sikit dan langsung terus lunch kat sana.


Thai Cuisine Restoran Black Canyon


Dah jalan² beli barang² keperluan tu, mula lah perut terasa lapar. Apalagi! terus ke Medan Selera Rasa untuk mencari makanan. Mula² tu melintas lalu kat depan Restoran Black Canyon, tapi berhajat nak makan Sizzling Mee.

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama !

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama ! | As salam, semalam trafik blog meriah sangat². Nak kata banyak tu, tak ada la jugak, tapi bila tengok siapa yang datang cari apa tu. Kita pun tersenyum sama dan tumpang gembira. Mana taknya, sejak pekeliling dikeluarkan pada Sabtu yang lepas. Ramai kakitangan awam yang tertunggu² nak berbincang sama² dengan rakan² sejawat yang lain.


Kakitangan Awam Malaysia
Gambar aku cilok dari Google

Jadi semalam, lepas dah 2 hari pendam, terus lepas "geram" dengan kawan². Aku pun pagi tu, sempat la chat dengan kawan kat Facebook. Dia pun cakap, kat tempat dia, riuh rendah dok sibuk kira gaji. Huhuhu .. sakan diorang ni.

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia

As salam, pekeliling kenaikan gaji baru Kakitangan Awam Malaysia dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditunggu² selama ini sudah mula diedar sebentar tadi. Disini, segala persoalan mengenai tangga gaji, pengiraan kenaikan gaji lama ke gaji baru, kenaikan kadar bantuan sara hidup dan perkara² berkaitan, ada diyatakan di dalam pekeliling tersebut.


Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia


Untuk mendapatkan Pekeliling Kenaikan Gaji baru SSM ini, sila download dari link² yang disertakan dibawah;

SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi !

Salam, baru dapat berita kemungkinan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguh lagi. Kali nie kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, namun semua itu tertakluk kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi

Menurut berita yang aku baca tadi. Kemungkinan SBPA hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan awam. Namun sejauh mana kebenaran ini, tunggu je kenyataan rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam, yang kemungkinan akan diumumkan hari ini.

Gaji Berganda Skim SBPA Gred F Dan FT Kakitangan Awam Malaysia

Gaji berganda ! Betul ke ? Hehehe .. mana ada. Aku rasa sama je dengan Gaji Skim SBPA yang lain. Yang bezanya, cuma untuk abang aku dan kakitangan² awam yang senasib dengannya je sebab baru² ini dia terima surat kenaikan pangkat kepada gred baru. Jadi, tahun depan .. memang berganda la ! Gaji baru + Gaji SBPA. Hehehe .. jelous²!

Gaji SBPA Gred F Kakitangan Awam Malaysia

Bagi Kakitangan Awam Gred F dan FT yang nak tengok tangga gaji baru SBPA. Anda boleh tengok dekat gambar dibawah. Aku jumpa dari blog Chenta tadi. Tak tau la betul ke tidak. Tapi aku rasa tu betul, sebab nampak perkataan keramat R***** kat atas sekali tu.

Peluang Kedua Kepada Kakitangan Awam Yang Memperolehi Penilaian LNPT Rendah

Betul tak apa yang aku tulis dalam entry Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebelum ini ? Bukannya senang Kerajaan nak membersarakan penjawat awam. Kalau ye pun penjawat awam tersebut memperolehi markah rendah dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang lepas. Tentu mereka akan diberi peluang untuk memperbaiki mutu perkidmatan dalam tempoh masa yang diberikan. Kalau tak percaya cuba tengok pandangan dan penerangan mengenai isu ini yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA di Facebook beliau;

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

"Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membesarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Baru kejap tadi terima khabar berita bahawa Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi yang masih tercari² macam mana nak tengok. Di sini saya sertakan link² tersebut bagi setiap pekeliling mengikut perkhidmatan Perjawatan Awam - Umum, Guru dan PDRM.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

12 Intipati Pelaksanaan SBPA Perkhidmatan Awam

Berikut adalah 12 intipati pelaksaana Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dikongsikan kepada semua kakitangan awam sempena pelancaran SBPA oleh Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya pada 7 Disember 2011.


Bagi yang masih tercari² maklumat lanjut mengenai SBPA. Di sini juga saya sertakan Video Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Dato’ Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS yang diadakan di UTHM baru² ini. Mungkin video taklimat ini dapat memberi serba sedikit panduan dan penerangan kepada anda semua.

Gred Gaji Baru SBPA Skim J Perkhidmatan Awam Malaysia

Maaf la ye ! Cite pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) lagi. Tak apa kan ! OK .. kalau sebelum ni aku update padal skim N, kali ini untuk skim J pulak. Tadi masa check kat Facebook KPPA. Perasan ada update terkini mengenai gred gaji SPBA untuk skim J yang meliputi Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur dan sewaktu dengannya. Jadi tak nak menghampakan perkhidmatan awam skim J, sini aku copy paste status tersebut. Hopefully korang gembira dengan berita ini

Skim Gaji SBPA Gred J-03

Menurut dari apa yang tertulis di Facebook KPPA. Maklumat mengenai tangga gaji Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi skim J adalah seperti berikut.

Gred Gaji Baru SBPA Kakitangan Awam

Sebut je pasal Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mesti ramai yang tercari² terutama sekali kakitangan awam yang nak tahu gred tangga gaji terkini. Jadi untuk melegakan "kegelisahan" kakitangan awam itu. Hari ni, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Abu Bakar Haji Abdullah telah mengeluarkan sedikit klu mengenai tangga gred gaji baru SBPA melalui Facebook rasmi beliau.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Nak tau lebih lanjut, apa kata korang tengok gambar dan text yang aku copy paste dibawah;

Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Semenjak Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2012 yang lalu. Ramai sungguh kakitangan awam yang tercari² Jumlah Kenaikan Gaji Sebenar yang bakal diterima bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan. Antara yang terkena tempias sistem SBPA nie, tak lain tak bukan .. unit aku sendiri.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..

Kakitangan Kerajaan Tak Boleh Berfacebook

Tadi siang .. ada la saya terbaca keluhan seorang blogger mengenai ketidakpuasan terhadap kakitangan kerajaan. Kenapa? Dakwanya .. kakitangan kerajaan ini terlalu lalai menggunakan facebook atau ruangan sosial network yang lain sehingga mengabaikan tugas² yang sepatutnya dijalankan. Sebab itu ujarnya .. banyak kerja² tertangguh, telefon tak berjawab dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga menyarankan supaya kalau boleh ruangan sosial ini disekat 24jam ataupun dihapuskan terus termasuklah penggunaan internet. Beliau berpendapat .. hanya dengan perlaksanaan ini. Kerja² yang tertangguh ataupun yang sewaktu dengannya akan dapat berjalan dengan lancar. Haahhh lebih kurang macam tu la pendapat yang beliau kemukakan.


Saya bukan nak mengata pendapat yang diberikan tu tak bagus. Niat beliau memang baik .. nak meningkatkan lagi prestasi dan mutu kerja kakitangan awam. Tapi tu la .. kakitangan kerajaan nie pun bukannya robot. Yang boleh disuruh buat kerja 24 jam. Ada masanya .. mereka perlukan sesuatu yang mereka minat untuk menghilangkan rasa boring, berkenalan, dan macam² lagi.

Untuk menyekat ruangan sosial ini memang boleh dilaksanakan. Tetapi biar la kena pada masanya. Contoh macam kat office saya. Ruangan sosial seperti facebook hanya boleh diakses pada waktu rehat, selepas waktu pejabat dan hujung minggu sahaja. Haah .. kalau macam tu kira adil la sikit. Tak la bila tiba waktu rehat je .. ramai yang duduk kat dalam surau .. hehehe ..


Selain itu .. tak semua orang ada internet dekat rumah. Hanya waktu kerja sahaja mereka boleh menggunakan internet untuk menambah ilmu pengetahuan, membayar bil dan sebagainya lagi. Cuba fikir .. sekiranya internet dihapuskan. Bila masa mereka nak bayar bil dan lain² yang melibatkan internet. Nak ke cybercafe .. tau² je la sekarang nie .. nama je cybercafe .. tetapi penuh dengan game. Alamatnya .. terpaksa la curi² masa keluar pergi bayar bil. Tu kalau yang simple .. kalau yang melibatkan geran tanah, rumah, insuran dan lain² yang memerlukan masa yang lama .. terpaksa la ambil off sehari.

ANaSTaSyeA : Semua benda ada pros and cons .. cuma kita sebagai pengguna kenalah bijak menggunakannya.