Gaji Kakitangan Awam 2013 Naik ?

Salam, hehehe .. amboi kalau berita pasal kenaikan gaji, senyum sampai ke telinga. Ehh .. jangan gembira lagi tau, berita tu masih belum confirm lagi okey. Masih dikategori sebagai khabar angin. Kalau ada .. ada ! kalau tak de .. hehehe .. pandai-pandai sendiri la, tapi kalau betul la, alhamdulilah ..


Gaji Kakitangan Awam 2013 Naik


Dari sumber yang diperolehi dari Putrajaya dan sumber-sumber blog tempatan, khabarnya ada berita gembira pasal kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Elaun Perumahan, berikutan bahang Pilihanraya Umum ke 13.


Khabarnya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam bagi tahun 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Berita tersebut dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia seawal-awalnya hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.


Apa-apa pun, kita tunggu berita tu, kalau dapat alhamdulilah, nanti boleh semak dekat penyata gaji online .. ^__^


Kakitangan Awam Dapat Bonus Satu Bulan, Pesara RM500

Alhamdulillah .. ada juga bonus ! Kakitangan Awam Dapat Bonus Satu Bulan, Pesara RM500. Kiranya ada juga salah satu dari 6 Tuntutan Utama yang disenaraikan oleh Cuepacs bagi Bajet 2013.


Kakitangan Awam Dapat Bonus Satu Bulan Pesara RM500

Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan

Antara salah satu cadangan yang dituntut dalam Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan oleh CUEPACS. Adakah ianya akan ditunaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada 1.4 juta Kakitangan Awam. Sama-sama kita nantikan menerusi Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 Malaysia Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tepat pada pukul 4.00 petang ini.. ^__^


Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama !

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama ! | As salam, semalam trafik blog meriah sangat². Nak kata banyak tu, tak ada la jugak, tapi bila tengok siapa yang datang cari apa tu. Kita pun tersenyum sama dan tumpang gembira. Mana taknya, sejak pekeliling dikeluarkan pada Sabtu yang lepas. Ramai kakitangan awam yang tertunggu² nak berbincang sama² dengan rakan² sejawat yang lain.


Kakitangan Awam Malaysia
Gambar aku cilok dari Google

Jadi semalam, lepas dah 2 hari pendam, terus lepas "geram" dengan kawan². Aku pun pagi tu, sempat la chat dengan kawan kat Facebook. Dia pun cakap, kat tempat dia, riuh rendah dok sibuk kira gaji. Huhuhu .. sakan diorang ni.

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia

As salam, pekeliling kenaikan gaji baru Kakitangan Awam Malaysia dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditunggu² selama ini sudah mula diedar sebentar tadi. Disini, segala persoalan mengenai tangga gaji, pengiraan kenaikan gaji lama ke gaji baru, kenaikan kadar bantuan sara hidup dan perkara² berkaitan, ada diyatakan di dalam pekeliling tersebut.


Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia


Untuk mendapatkan Pekeliling Kenaikan Gaji baru SSM ini, sila download dari link² yang disertakan dibawah;

SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Pindahan Gaji Baru Antara Lima Perkara Utama Yang Dikemukakan Untuk Semakan Semula SBPA

As salam, terbaca berita pasal semakan semula SBPA hari nie, dimana kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) telah mengemukakan lima perkara utama dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Lima perkara perkara tersebut dilihat dapat memberikan keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah. Antaranya;

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi !

Salam, baru dapat berita kemungkinan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguh lagi. Kali nie kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, namun semua itu tertakluk kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi

Menurut berita yang aku baca tadi. Kemungkinan SBPA hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan awam. Namun sejauh mana kebenaran ini, tunggu je kenyataan rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam, yang kemungkinan akan diumumkan hari ini.

Gaji Berganda Skim SBPA Gred F Dan FT Kakitangan Awam Malaysia

Gaji berganda ! Betul ke ? Hehehe .. mana ada. Aku rasa sama je dengan Gaji Skim SBPA yang lain. Yang bezanya, cuma untuk abang aku dan kakitangan² awam yang senasib dengannya je sebab baru² ini dia terima surat kenaikan pangkat kepada gred baru. Jadi, tahun depan .. memang berganda la ! Gaji baru + Gaji SBPA. Hehehe .. jelous²!

Gaji SBPA Gred F Kakitangan Awam Malaysia

Bagi Kakitangan Awam Gred F dan FT yang nak tengok tangga gaji baru SBPA. Anda boleh tengok dekat gambar dibawah. Aku jumpa dari blog Chenta tadi. Tak tau la betul ke tidak. Tapi aku rasa tu betul, sebab nampak perkataan keramat R***** kat atas sekali tu.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Baru kejap tadi terima khabar berita bahawa Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi yang masih tercari² macam mana nak tengok. Di sini saya sertakan link² tersebut bagi setiap pekeliling mengikut perkhidmatan Perjawatan Awam - Umum, Guru dan PDRM.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

12 Intipati Pelaksanaan SBPA Perkhidmatan Awam

Berikut adalah 12 intipati pelaksaana Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dikongsikan kepada semua kakitangan awam sempena pelancaran SBPA oleh Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya pada 7 Disember 2011.


Bagi yang masih tercari² maklumat lanjut mengenai SBPA. Di sini juga saya sertakan Video Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Dato’ Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS yang diadakan di UTHM baru² ini. Mungkin video taklimat ini dapat memberi serba sedikit panduan dan penerangan kepada anda semua.

Gred Gaji Baru SBPA Skim J Perkhidmatan Awam Malaysia

Maaf la ye ! Cite pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) lagi. Tak apa kan ! OK .. kalau sebelum ni aku update padal skim N, kali ini untuk skim J pulak. Tadi masa check kat Facebook KPPA. Perasan ada update terkini mengenai gred gaji SPBA untuk skim J yang meliputi Juruteknik, Juruteknik Lanskap, Juruteknik Perancang Bandar & Wilayah, Juruteknik Ukur dan sewaktu dengannya. Jadi tak nak menghampakan perkhidmatan awam skim J, sini aku copy paste status tersebut. Hopefully korang gembira dengan berita ini

Skim Gaji SBPA Gred J-03

Menurut dari apa yang tertulis di Facebook KPPA. Maklumat mengenai tangga gaji Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi skim J adalah seperti berikut.

Gred Gaji Baru SBPA Kakitangan Awam

Sebut je pasal Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mesti ramai yang tercari² terutama sekali kakitangan awam yang nak tahu gred tangga gaji terkini. Jadi untuk melegakan "kegelisahan" kakitangan awam itu. Hari ni, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Abu Bakar Haji Abdullah telah mengeluarkan sedikit klu mengenai tangga gred gaji baru SBPA melalui Facebook rasmi beliau.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Nak tau lebih lanjut, apa kata korang tengok gambar dan text yang aku copy paste dibawah;

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Tau tak apa itu Dasar Keluar atau lebih dikenali sebagai Dasar Pemisah (Exit Policy) yang diumumkan dalam Belanjawan 2012 yang lalu ? Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman. Dasar Keluar yang akan dilaksanakan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada awal 2012 adalah merupakan kaedah penilaian berprestasi kakitangan awam yang mempunyai prestasi rendah atau berhasrat untuk bertukar ke sektor swasta.

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Persepsi "selesa" dalam perkhidmatan awam mungkin akan berubah selepas perlaksanaan Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini nanti

Jadi sekiranya seseorang kakitangan awam tersebut didapati mempunyai prestasi rendah berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berturut². Maka kakitangan awam tersebut akan diberi opsyen untuk bersara lebih awal dari perkhidmatan awam. Buat permulaan, dasar keluar ini akan hanya melibatkan kakitangan awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja (kakitangan awam Gred 41 ke atas).

Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Semenjak Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2012 yang lalu. Ramai sungguh kakitangan awam yang tercari² Jumlah Kenaikan Gaji Sebenar yang bakal diterima bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan. Antara yang terkena tempias sistem SBPA nie, tak lain tak bukan .. unit aku sendiri.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 40 Peratus !

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Hingga 40 Peratus ? Biar betul ! Tak kan sampai banyak tu sekali ? Ehh .. banyak ke ! Orang bujang .. ye kot. Tapi yang dah berumahtangga dan ada 10 anak. Aku rasa yang tu pun belum tentu cukup. Lebih² lagi bagi pekerja² bawahan. Tolak sana sini, cukup² survive hingga hujung bulan. Nak menyimpan pun tak cukup. Aku dengar lagi .. elaun² pun nak ditarik balik. Jadi .. berbaloi ke ?

Kakitangan Awam Malaysia

Durian Runtuh Tahun Nie ! Banyak tak ?

Semalam bila Dato' Seri Najib Razak mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 dalam Bajet 2011 kepada kakitangan awam .. banyak yang rata²nya mengeluh. Yelah .. dah bertahun kakitangan awam mengharapkan bonus sebulan dua .. tetapi yang dapat hanyalah ala kadar.

Bagi sesetengah pula .. rasa bersyukur sangat sebab kerajaan nak juga bagi RM500 tu. Sekurang² dapat juga meringankan bebanan buat sementara. Kalau tak bagi langsung .. haahhh .. lagi la sakit.

Jadi kat sini .. saya tulis sikit apa yang boleh dibuat dengan RM500 tu, bagi kakitangan awam yang berjawatan sokongan kebawah. Lepas tu korang fikir² sendiri la ye ... patut ke tak patut korang yang bergaji lebih tinggi untuk dapat duit tu.
  • Bagi yang menyewa dipinggir bandar² besar seperti kuala lumpur .. duit RM500 tu rasanya cukup² untuk bayar sewa rumah untuk sebulan.
  • Makan minum - Kalau yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai .. anggaran minimum dalam 6 orang termasuk ibu bapa .. rasanya RM500 tu boleh bertahan dalam seminggu dua je.
  • Pakaian - Emm .. kalau yang bergaji kecil tu .. rasanya dari beli baju baru .. mesti diorang fikir .. baik pakai yang mana ada dulu. RM500 tu boleh buat simpan untuk kecemasan.
  • Pengangkutan - Bagi yang naik bas .. ulang alik untuk ke tempat kerja .. rasanya .. dalam 1-2 bulan baru habis. Tu pun kalau tak beli apa² dalam perjalanan.
  • Yuran Persekolahan anak² - Kalau seorang seratus .. 4 orang .. dah RM400. Lagi RM100 .. buat tambang, bekalan untuk makan, or beli peralatan alat tulis.

ANaSTaSyeA : Bersyukur dengan apa yang ada ..