Ada sesetengah orang cakap
blog yang terlampau banyak widget menyebabkan orang cepat bosan dan muak.
(kredit to blog faizulzakaria) Tambah-tambah lagi kalau pembaca tu menggunakan komputer yang usang dan connection internet yang slow. Betul ke?
Entah la... kita pun tak pasti! Kalau difikirkan betul-betul nampak macam logik juga. Bukan semua orang ada PC dan
Internet service provider yang bagus. So, hari nie kita fikir balik apa yang perlu ada dalam blog nie dan start kurangkan apa yang kita rasa tak perlu termasuklah yang mempunyai fungsi yang hampir sama. Berikut adalah apa yang kita dah kurangkan.
Blog Archive Add
Perkara pertama yang kita buang adalah gadget Blog Archive Add. Kenapa... pertama, sebab bila archive kadang kala tu panjang berjela terutamanya bila select Archive Monthly. Banyak ruang kosong yang terhasil dan tak diisi (bawah blog post). Rasa membazirkan lah pulak. Kedua sebab, Blog Archive Add mempunyai fungsi yang hampir sama dengan gadget Feeds, dan Older
Posts. Selain tu, kita pun kadang kala ada selitkan sesetengah link post lama. Rasanya dah mencukupi untuk pembaca melayari blog ini.
Read More
Rasanya Read More pun sama, kena buang juga. Bila tengok balik rasa macam menganggu pembaca untuk membuat pilihan dan membaca. Kan lebih baik pembaca menilai berdasarkan Tajuk Post sahaja. Kat sini kita dah sediakan 3 pilihan iaitu,
gadget Feeds (5 link kat atas sekali), Link dalam blog post dan Older Posts (kat bawah sekali).
Bilangan Post
Kat sini kita juga mengurangkan bilangan post yang muncul dimuka depan... Kalau sebelum nie ada dalam 6-4 post, hari nie kita dah kurangkan menjadi satu post sahaja.Banyak-banyak pun buat apa... menyemak je!
Gadget Labels
Gadget label pun kita rasa macam tu jugak, kena buang. Alasan; kerana pembaca tak menggunakannya. So, dari terus ada... baik kita buangkan sahaja. Jimat space dan masa untuk loading.
ANaSTaSyeA: Gadget yang lain pun dalam perhatian... kalau rasa macam tak berfaedah je... rasanya kena kick juga nie.