Resepi Ikan Kembung Bakar Special

As salam, tadi belek-belek gambar dalam Smartphone HTC Desire HD , terpandang la gambar ikan bakar yang mak masak .. masa balik kampung, sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Memang sedap ! .


Resepi Ikan Kembung Bakar


Masa tu, sambil tolong mak masak. Sempat snap beberapa gambar. Mak tanya, kenapa nak ambil gambar semua ni. Nak try buat sendiri ke ? Aku sengih je. He He He .. mak aku tak tahu aku ada blog. Lagipun kat kampung, mana la ada internet ... nak tengok blog-blog ni .. ^__^


Resepi Ikan Kembung Bakar


Kat atas ni .. gambar ikan dan ketam yang adik aku bawa balik dari laut. Semuanya masih fresh-fresh, memang sedap la kalau masak. Kalau korang perasaan, kat sini, ada dua ekor ketam. Yang bintik-bintik hijau tu .. mesti korang kenal .. ketam bunga kan !.


Yang warna merah tu .. pernah nampak tak ? Aku pun tak tau namanya. Tapi mak cakap, nelayan panggil ketam ni .. ketam salib, sebab ada simbol salib kat kulitnya. Ketam salib ni pulak, memang kurang sedap sikit .. sebab pahit. Sebab tu la kurang popular macam ketam bunga.


Resepi Ikan Kembung Bakar


Ok, nie dah selepas proses penyiangan ikan.

Resepi Ikan Kembung Bakar


Selepas proses mencuci ikan, gaulkan dengan serbuk kunyit sikit. Lepas tu, baru la start bakar. Masa nak bakar tu pulak, kena pastikan ada bara sahaja. Kalau ada api, takut hangus pulak ikan tu nanti. Selain tu, kena juga selalu kipas untuk kurangkan asap. Kalau banyak asap, rasa ikan bakar tu tak sedap.


Kalau dah nampak macam ikan kembung tu nak masak, baru taruk sambal yang disediakan. Bukan apa, kalau letak awal-awal, takut sambal tu hangit pulak. Sebab tu letak lambat sikit. Sambil ni tujuannya untuk bagi rasa dan bau aroma ikan bakar tu lebih sedap.


Selepas dah letak sambal tu pada kedua-dua belah, cuba cucuk sikit isi ikan kembung tu untuk pastikan ikan tu betul-betul dah masak .. ^__^


Ramuan untuk buat sambal :
Cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan sikit, dan blader bagi halus. Selepas tu letak santan, sikit garam dan serbuk perasa. Itu je ..


Resepi Ikan Kembung Bakar



- Memang sedap kalau cicah dengan air asam ..


Restoran D'King Mee Udang Banjir Ikan Bakar Power

Baru² nie aku sempat balik ke Kedah. Balik ziarah Ibu aku sebab Ibu aku baru balik dari mengerjakan Umrah. Alhamdulillah ibu aku sihat cuma biasalah batuk² aje. Abang dan kakak ipar pun balik sama juga, so memang seronok sangat dapat berkumpul sekeluarga.


Restoran D'King Mee Udang Banjir Ikan Bakar Power


Lagi best bila Along nak belanja makan pada sebelah malamnya. Bukan apa, Along nak sambut Hari Lahir Abah kitaorang sekaligus sempena Hari Bapa. Tempat makan nie memang best. Kat mana tu? Yang tu boleh usar kat bawah sekali k.