Gaji Kakitangan Awam 2013 Naik ?

Salam, hehehe .. amboi kalau berita pasal kenaikan gaji, senyum sampai ke telinga. Ehh .. jangan gembira lagi tau, berita tu masih belum confirm lagi okey. Masih dikategori sebagai khabar angin. Kalau ada .. ada ! kalau tak de .. hehehe .. pandai-pandai sendiri la, tapi kalau betul la, alhamdulilah ..


Gaji Kakitangan Awam 2013 Naik


Dari sumber yang diperolehi dari Putrajaya dan sumber-sumber blog tempatan, khabarnya ada berita gembira pasal kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Elaun Perumahan, berikutan bahang Pilihanraya Umum ke 13.


Khabarnya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam bagi tahun 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Berita tersebut dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia seawal-awalnya hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.


Apa-apa pun, kita tunggu berita tu, kalau dapat alhamdulilah, nanti boleh semak dekat penyata gaji online .. ^__^


Semoga Hari² Yang Mendatang Akan Lebih Baik

As salam. Cuti sekolah dah seminggu pun berlalu.. tinggal lagi seminggu je lepas tu sekolah dah start macam biasa. Aku drive pergi kerja hari² pun macam biasa aje jalan raya tetap sesak. Minggu nie juga kat ofis pun macam lengang dan kurang best sebab ada saja staf yang bercuti. Mula lah timbul perasaan nak bercuti jugak tapi keadaan macam tak mengizinkan saja.



Kerja! Kerja! Kerja!

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama !

Gaji SSM Baru, Kakitangan Awam Gembira, Blogger Tumpang Sama ! | As salam, semalam trafik blog meriah sangat². Nak kata banyak tu, tak ada la jugak, tapi bila tengok siapa yang datang cari apa tu. Kita pun tersenyum sama dan tumpang gembira. Mana taknya, sejak pekeliling dikeluarkan pada Sabtu yang lepas. Ramai kakitangan awam yang tertunggu² nak berbincang sama² dengan rakan² sejawat yang lain.


Kakitangan Awam Malaysia
Gambar aku cilok dari Google

Jadi semalam, lepas dah 2 hari pendam, terus lepas "geram" dengan kawan². Aku pun pagi tu, sempat la chat dengan kawan kat Facebook. Dia pun cakap, kat tempat dia, riuh rendah dok sibuk kira gaji. Huhuhu .. sakan diorang ni.

Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia

As salam, pekeliling kenaikan gaji baru Kakitangan Awam Malaysia dibawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditunggu² selama ini sudah mula diedar sebentar tadi. Disini, segala persoalan mengenai tangga gaji, pengiraan kenaikan gaji lama ke gaji baru, kenaikan kadar bantuan sara hidup dan perkara² berkaitan, ada diyatakan di dalam pekeliling tersebut.


Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Sistem Saraan Malaysia


Untuk mendapatkan Pekeliling Kenaikan Gaji baru SSM ini, sila download dari link² yang disertakan dibawah;

SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Gaji Berganda Skim SBPA Gred F Dan FT Kakitangan Awam Malaysia

Gaji berganda ! Betul ke ? Hehehe .. mana ada. Aku rasa sama je dengan Gaji Skim SBPA yang lain. Yang bezanya, cuma untuk abang aku dan kakitangan² awam yang senasib dengannya je sebab baru² ini dia terima surat kenaikan pangkat kepada gred baru. Jadi, tahun depan .. memang berganda la ! Gaji baru + Gaji SBPA. Hehehe .. jelous²!

Gaji SBPA Gred F Kakitangan Awam Malaysia

Bagi Kakitangan Awam Gred F dan FT yang nak tengok tangga gaji baru SBPA. Anda boleh tengok dekat gambar dibawah. Aku jumpa dari blog Chenta tadi. Tak tau la betul ke tidak. Tapi aku rasa tu betul, sebab nampak perkataan keramat R***** kat atas sekali tu.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Baru kejap tadi terima khabar berita bahawa Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah boleh dimuat turun melalui laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Bagi yang masih tercari² macam mana nak tengok. Di sini saya sertakan link² tersebut bagi setiap pekeliling mengikut perkhidmatan Perjawatan Awam - Umum, Guru dan PDRM.

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA

Senarai Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

12 Intipati Pelaksanaan SBPA Perkhidmatan Awam

Berikut adalah 12 intipati pelaksaana Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dikongsikan kepada semua kakitangan awam sempena pelancaran SBPA oleh Ybhg. Tan Sri Abu Bakar Bin Haji Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia di Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya pada 7 Disember 2011.


Bagi yang masih tercari² maklumat lanjut mengenai SBPA. Di sini juga saya sertakan Video Taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Dato’ Haji Omar Haji Osman, Presiden CUEPACS yang diadakan di UTHM baru² ini. Mungkin video taklimat ini dapat memberi serba sedikit panduan dan penerangan kepada anda semua.

Gred Gaji Baru SBPA Kakitangan Awam

Sebut je pasal Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mesti ramai yang tercari² terutama sekali kakitangan awam yang nak tahu gred tangga gaji terkini. Jadi untuk melegakan "kegelisahan" kakitangan awam itu. Hari ni, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Abu Bakar Haji Abdullah telah mengeluarkan sedikit klu mengenai tangga gred gaji baru SBPA melalui Facebook rasmi beliau.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Nak tau lebih lanjut, apa kata korang tengok gambar dan text yang aku copy paste dibawah;

Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Semenjak Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2012 yang lalu. Ramai sungguh kakitangan awam yang tercari² Jumlah Kenaikan Gaji Sebenar yang bakal diterima bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan. Antara yang terkena tempias sistem SBPA nie, tak lain tak bukan .. unit aku sendiri.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..