Free Tool SEO Analyser

Semalam aku jumpa satu Free Tools check SEO *tak pasti pernah guna ke belum untuk check seo blog ni* tapi yang tertulis kat situ, last sekali check, bulan Oktober 2011. Keputusan SEO Score, 73%. Kira boleh tahan la untuk Ratu SEO ... hahahaha ...


Free Tool SEO Analyser



Lepas tu, perasaan tarikh last check dan cuba check semula (Check Again), tup .. tup yang terkini, jatuh jadi 68%, huhuhu .. malu ooo. Baru nak bangga kejap. Dah sepoi .. Tu la asik main hentam je add macam-macam benda alah kat sini, tu yang jatuh banyak.


Jadi semalam, terus buat rombakan sikit, Improve SEO .. agar score seo naik semula. Yang patut kekal, aku kekalkan dan buangkan part yang tak perlu je. Nie pun ada beberapa lagi yang masih difikirkan untuk dibuang, tapi nanti la. Score seo pun dah naik 73 %, ok la dulu.


Bawah nie pulak, score SEO untuk Hidup Untuk Memberi. Yang guna Wordpress tu, boleh la cuba-cuba belajar dengan cikgu ni. Memang powerrr SEOnya. Aku guna platform blogspot je, jadi tak boleh apply semuanya.


Free Tool SEO Analyser


Nie la keputusan Score SEO yang terkini. Nampakkan .. ada beberapa perubahan dari gambar di atas seperti pagerank yang jadi 3, rank yang naik sedikit dan lain-lain lagi. Tapi tak apa la, yang tu, slow-slow boleh perbaiki lagi. Bagi yang nak cuba guna SEO percuma tu boleh klik kat SEO Analyser.


Free Tool SEO Analyser


Oh ya, bagi yang guna platform blogspot tu, kalau score anda lebih dari 75% keatas, jangan segan-segan tweet Twitter aku ok, @anastasyea_aida. Aku nak belajar dari anda .. bolehkan ! Aku nie memang suka godek-godek blog orang dan belajar benda baru..

- Lepas nie, ingat nak pergi kursus Wordpress pulak la. Tau tak kat mana ada kursus WP ni ? Yang FREE .. lagi bagus !


Kesan Broken Link Kepada SEO Dan Search Engine : Blogger Wajib Baca!

Bila cakap je pasal Broken Link, mesti ramai yang masih tak tahu ataupun buat² tak tahu pasal masalah ini. Ye lah .. tu mungkin masalah blog orang lain. Jadi buat apa nak ambil tahu! Kalau anda berfikiran demikian .. maknanya anda salah! Kesan broken link atau lebih dikenali dengan Dead Link ataupun error 404 (Page Not Found) akan menyebabkan blog anda menerima kesan buruk dimata Search Engine. Jadi kalau anda ada menggunakan One SEO Pack (Wordpress) ataupun Tips Mengotimumkan Search Engine (Blogger), ianya tetap akan jadi sia². Jadi adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memeriksa link yang terdapat dalam blog anda dari masa ke semasa samada untuk diperbaiki ataupun dibuang terus.

broken link SEO
Kalau orang tanya apa tu broken link .. haahhh!! macam nie la rupanya!