Petronas Fluid Art Movement - Imaginasi Seni Bendalir Terhebat Abad Ini

Percaya tak ? untuk menyiapkan hasil kerja seni bendalir pertama ini, hanya mengambil masa kurang 15 minit sahaja untuk disiapkan. Sebenarnya .. dah banyak kali aku mencuba Fluid Art Movement nie, tapi hasil kerja seni bendalir yang aku cuba garapkan .. agak kurang memuaskan hati. Bagi yang tak biasa mencuba. Agak susah sebenarnya sebab penghasilan kombinasi warna adalah bergantung kepada aliran kecairan yang tidak stabil (fluidity)



Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Depan pentas pelancaran Fluid Art Movement Petronas Di Sunway Piramid


Kalau korang nak tahu. Fluid Art Movement adalah galeri seni bendalir digital online yang pertama didunia yang dihasilkan oleh Petronas, dimana orang ramai di seluruh dunia boleh menggunakan platform online ini untuk mencipta hasil seni bendalir mereka mengikut kreativiti masing-masing menggunakan pelbagai warna yang disediakan. Ia direka sebagai, memperingati sambutan satu abad inovasi bendalir Petronas Lubricants International (PLI) Sdn. Bhd.


Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Pengacara majlis sempat bertanyakan tentang pandangan mereka yg hadir mengenai program ini


Pada 29 September 2012, hari Sabtu lepas, aku telah berpeluang menghadiri Pelancaran Fluid Art Movement di Sunway Pyramid. Majlis pelancaran telah dilancarkan oleh CEO Petronas Lubricant International iaitu Encik Amir Hamzah Azizan.

Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
CEO Amir Hamzah, menyampaikan sedikit ucapan ..


Fluid Art Movement juga telah dilancarkan di Milan, baru-baru ini dan mendapat sokongan daripada pemandu F1 antarabangsa seperti Michael Schumacher dan Nico Rosberg, dimana mereka telah menjadi 2 individu pertama yang mencipta hasil seni ini dan turut ditempat dalam galeri seni bendalir digital online.


Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Berpeluang bergambar dengan pelumba-pelumba Petronas tempatan


Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Petronas Fluid Art Movement memang bagus !


Di Malaysia pula, 4 orang pemandu Petronas tempatan terdiri daripada Dominic Ang, Melvin Moh, Fariqe Hairuman dan Hafizh Syahrin telah hadir sama pada majlis pelancaran ini sebagai memberikan tanda sokongan mereka untuk Fluid Art Movement ini dimana mereka juga turut mempamerkan hasil seni bendalir ciptaan mereka.


Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Hafizh Syahrin sedang melukis


Emmm .. dah tengok ke, hasil seni bendalir yang telah aku hasilkan ini ? Gambar sebuah pelantar minyak ditengah lautan, dan disinari cahaya sang suria. Tau kan .. pelantar minyak adalah sebagai tempat cari gali minyak, dan ianya memang related dengan bendalir. Tak ada minyak (petroleum), rasanya .. semuanya tak boleh jalan .. kan !


Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat
Ada rupa lukisan pelantar minyak tak ?


Dalam galeri seni bendalir ini, anda bukan tertakluk kepada satu je lukisan. Nak lukis banyak mana pun boleh. Yang penting, anda dah berdaftar dan mengambil bahagian. Tengok, lukisan kedua aku, bertajuk Kereta Abah .. amacam .. comel tak ? .. ^__^

Petronas Fluid Art Movement Imaginasi Seni Bendalir Terhebat


Lepas ni, ingat nak update lagi lukisan. Biar banyak sikit ! Baru la ada peluang terpilih diantara 20 hasil karya seni dari seluruh dunia, sebab kalau menang dapat hadiah percutian 7 hari 6 malam untuk 2 orang yang ditaja penuh ke New Jersey untuk menyaksikan F1 Grand Prix dan pakej percutian ke New York. Best kan ! Baik anda pun cuba buat Fluid Art nie .. ada rezeki boleh menang.

Bagaimana Caranya? 

Cuma perlu layari www.fluidartmovement.com dan cipta sendiri seni bendalir anda mengikut kreativiti sendiri. Bila dah siap, kemudian klik submit.


Satu paparan untuk anda login atau daftar akan terpapar. Bagi yang ada akaun Facebook, anda boleh terus log in untuk pengesahan. Lepas tu, klik pada butang vote, dan suruh orang ramai undi hasil seni bendalir yang anda ciptakan. Undian ini boleh dilakukan melalui Facebook, Twitter, Flickr, Google+ dan lain-lain lagi.


Senarai hadiah-hadiah lain yang menanti bakal pemenang-pemenang pula, semuanya buat aku 'ter' kata gempaq giler lah .. tapi ini untuk 15 hasil seni yang mendapat undian tertinggi disetiap negara yang akan disenarai pendek antaranya adalah iPad 64GB (wifi+3G), Samsung Galaxy S3, Canon DSLR EOS 1100D Kit, Sony LED TV 40'', Panasonic LCD 32'', Petronas Syntium 1000 (4L) dan Petronas Syntium 800 (4L).


Hadiah mingguan pun best juga iaitu Toshiba 24'' LCD TV bagi 15 hasil seni dengan undian tertingi bagi setiap minggu dan akan disenarai pendek. Juri juga akan memilih pemenang bagi setiap hadiah mingguan. Peraduan ini telah bermula pada 10 September 2012 dan berakhir pada 31 Disember 2012.


Petronas Fluid Art Movement Launch at Sunway Pyramid



- Jangan lupa untuk vote lukisan aku di SINI dan SINI ..


Chikapowwow Memang BEST !

As salam, dalam entry sebelum ini, Beli Produk Hebat, Murah di Chikapowwow, aku dah ceritakan serba sedikit mengenai website bidaan ini. Macam mana nak daftar, menyertai proses bidaan dan update maklumat tertentu.




Kali ini pulak, aku nak ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman aku bermain di sini. Bagi aku, website Chikapowwow ni .. memang website bida yang paling best pernah aku join.

Semoga Hari² Yang Mendatang Akan Lebih Baik

As salam. Cuti sekolah dah seminggu pun berlalu.. tinggal lagi seminggu je lepas tu sekolah dah start macam biasa. Aku drive pergi kerja hari² pun macam biasa aje jalan raya tetap sesak. Minggu nie juga kat ofis pun macam lengang dan kurang best sebab ada saja staf yang bercuti. Mula lah timbul perasaan nak bercuti jugak tapi keadaan macam tak mengizinkan saja.



Kerja! Kerja! Kerja!

Beli Produk Hebat, Murah di Chikapowwow

As salam, hari ni aku nak cite sikit pasal satu laman web ni, Chikapowwow.  Bagi yang tak tahu, website chikapowwow ni adalah laman bidaan yang menawarkan banyak barangan baru dan berteknologi tinggi dengan harga murah. Antaranya barangan dari Amerika Syarikat yang tidak dijual di Malaysia.


Membeli Produk Hebat Di Chikapowwow



Konsep website ini, mudah sahaja.  Untuk memberi peluang alternatif kepada pengguna,  pengalaman menyeronokkan membeli belah di Chikapowwow, disamping merebut produk hebat dengan tawaran hebat. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar² pemenang bidaan dibawah ni. iPad Wifi 16GB cuma RM78.45 je. Hebatkan !

Bob Kuman Meninggal Dunia

As salam, baru kejap tadi dapat berita bahawa .. pelakon dan pelawak terkenal tanahair, Bob Kuman telah kembali ke rahmatullah, jam 4.38 petang tadi dan berita ini disahkan oleh wartawan TV3, Mazidul Akmal di laman Facebook miliknya.


Bob Kuman Meninggal Dunia

Get More Likes on Facebook

As salam, nak tau tak bagaimana nak dapatkan "LIKES" yang banyak dalam Facebook. Mungkin ini adalah jawapannya. Cuba fikir²kan .. dan mungkin ianya dapat membantu korang mempromosikan blog / produk dan lain² dalam Facebook .. ^__^


Get More Likes on Facebook

Peluang Kedua Kepada Kakitangan Awam Yang Memperolehi Penilaian LNPT Rendah

Betul tak apa yang aku tulis dalam entry Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sebelum ini ? Bukannya senang Kerajaan nak membersarakan penjawat awam. Kalau ye pun penjawat awam tersebut memperolehi markah rendah dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang lepas. Tentu mereka akan diberi peluang untuk memperbaiki mutu perkidmatan dalam tempoh masa yang diberikan. Kalau tak percaya cuba tengok pandangan dan penerangan mengenai isu ini yang disuarakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA di Facebook beliau;

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

"Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membesarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :

Bloglist Setahun Dari Anastasyea | Terbuka Kepada Semua Blogger

Dah lama betul aku tak buka bloglist nie. Tentu ramai yang dah tertanya², kenapa la aku tak buka lagi bloglist kat blog ini. Maaf la ye ! Memang aku terfikir nak buka semula. Tapi tak sempat.

bloglist setahun anastasyea

OK, memandangkan sekarang dah nak hujung tahun. Aku akan buka kembali bloglist ini. Kalau dulu aku cuma buka sebulan sekali. Kali ini tak perlu buat dua tiga kali entri untuk join bloglist nie kerana aku akan buka untuk SETAHUN terus bermula dari entry ini dipublishkan sampai la 31/12/2012. Syarat²nya mudah je. Hanya perlu ikut 4 syarat² yang tertera dibawah.

Chef Riz Akui Memalsukan Resume Profile Dalam Masterchef Malaysia

Mula² memang tak percaya la jugak tentang isu hot ini! Tetapi selepas didedahkan oleh The Malaysian Insider. Baru la tahu, Chef Riz tau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan yang juga merupakan anak kepada Chef terkenal iaitu Chef Wan, telah memalsukan resume profile sebelum diserahkan kepada pihak Astro untuk dimasukan di laman web Masterchef Malaysia.


chef riz tipu resume masterchef malaysia
Profile sebelum diubah

Pada Zaman Dahulu | Siri Animasi Terbaru Les’ Copaque Sdn Bhd

Selepas kejayaan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dalam Siri Animasi Upin dan Ipin hingga membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Kini, Les’ Copaque akan melancarkan satu lagi siri animasi terbaru yang lebih menarik dan berkualiti tinggi yang berjudul “Pada Zaman Dahulu” yang akan mula ditayangkan pada bulan November 2011 di saluran Astro 114 (TV Al-Hijrah). Siri animasi yang mempunyai 12 episod ini, banyak berkisar kepada kisah teladan Cerita Sang Kancil yang bijak, yang diceritakan kembali oleh Atok Aki kepada cucu-cucunya.

Pada Zaman Dahulu Animasi Les' Copaque

Nak tau lebih lanjut .. jom baca sinopsis Siri Animasi “Pada Zaman Dahulu” ini ..

SKMM Ambil Tindakan Undang² Terhadap Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Alhamdulillah ! Akhirnya terbongkar juga rahsia siapa sebenarnya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni selepas  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berjaya mengesan siapa sebenar individu terbabit yang dipercayai tinggal di Sweden. Buat masa sekarang. SKMM telah mengambil tindakan dengan bantuan pihak berkuasa berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong dan meminta pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu berkenaan. Namun, permintaan tersebut ditolak oleh pengendali Twitter.


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
Adakah ini individu yang didakwa sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ? Sama² kita tunggu pendedahan oleh SKMM.



Selain itu, pihak SKMM juga telah berjaya mengesan dan mengumpulkan segala maklumat mengenai keluarga individu terbabit dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan susulan. Pihak SKMM juga telah menghubungi pihak Interpol berkenaan kes ini dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menahan individu terbabit.


Kes yang melibatkan individu yang tinggal di Sweden ini, tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'. Namun sekiranya individu tersebut berjaya dibawa pulang ke tanah air melalui kerjasama pihak Interpol. Individu terbabit pastinya akan berdepan dengan tindakan undang² membabitkan kesalahan menghasut, memperkecilkan agama dan menghina Yang di-Pertuan Agong.


Anastasyea : Sepandai² tupai melompat. Akhirnya jatuh juga ke tanah jua.


Blogger Famous Follower Puluh Ribu Malas Nak Komen Blogger Lain, Kenapa?

Sebenarnya aku bukan nak salahkan sesiapa dalam hal ini. Komen ke tak tu. Terpulang kepada diri masing². Nak berblog nie, sama gak macam nak menuntut ilmu. Niat tu kena la ikhlas. Aku tak kisah kalau blogger² baru memilih jalan nak kipas atau bodek sebilangan blogger famous sebab aku pun pernah memilih jalan tu masa mula² berblog.

Kunci utama kejayaan .. niat tu kena ikhlas.

RSS Feed dah Kembali Normal

Alhamdulilah, sejak petang semalam RSS Feed blog anastasyea dah kembali berfungsi seperti sedia kala. Masa mula tak berfungsi pada 7 Julai 2011 yang lalu. Memang rasa cuak lah juga. Takut tersalah klik macam kes RSS Feed dulu .. salah setting ! Dua tiga hari jugalah RSS Feed tak jalan. Selepas buat semakan semula, memang conform .. semua setting betul. Jadi masa tu hanya syak satu sahaja .. kemungkinan ada kena mengena dengan Interface Blogger Baru.

RSS Feed problem bx-fj78fy

Elak Di Hack | Tip Untuk Pengendali Laman Web

Selepas serangan Anonymous ke atas laman web kerajaan Malaysia, gov.my pada 16 Jun 2011. Rasanya, mungkin ramai yang ingin mengetahui apakah tip dan amalan2 terbaik yang perlu diamalkan untuk mencegah laman web dari dibolosi oleh orang yang tak bertangungjawab terutama Hackers. Ye lah ! Sedangkan Twitter dan Facebook yang kebal pun boleh dibolosi. Inikan pula, laman web biasa. Jadi saya fikir, tak salah untuk bloggermengambil langkah² awal bagi mengelak perkara ini dari berlaku. Bak kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubat!"

Web Security Tips

Facebook Malaysia Lunar Eclipse

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama ahli astronomi seluruh Malaysia akan merakamkan detik² Gerhana Bulan Penuh ini secara "LIVE" melalui Facebook Malaysia Lunar Eclipse. Untuk mengetahui perkembangan Gerhana Bulan Penuh ini, anda perlu klik "Like" !

Facebook Malaysia Lunar Eclipse

Anastasyea : Tak dapat tengok "LIVE", tengok  kat Facebook pun jadilah !

Nuffnang Grapevine | Menjana pendapatan EXTRA !

Cara mudah menjana pendapatan terbaru dari Nuffnang dengan GRAPEVINE ! Nak tahu apa yang best dengan GRAPEVINE. Jom kita explorer apa yang ada !

Nuffnang Grapevine

Tengok Kat Wall Face Book Anda ] Mungkin Orang Sedang Menulis Tentang Anda

Kebelakangan nie kawan² ada cerita pasal berhutang duit sampai sekarang tak bayar². Macam biasalah masa nak pinjam bukan main manis mulut dan berjanji bagai.. tapi bila dah dapat duit terus senyap.

 Apa tengok² ?


#Maxis10 - HTC Desire S | Basic Review

Untuk membuat review #Maxis10 nie, sebenarnya saya beruntung kerana mempunyai HTC Desire HD untuk dibuat pembandingan dengan HTC Desire S. Kalau tengok dari perbezaannya. Memang banyak ! Antara yang paling ketara adalah dari segi saiz, kamera dan aplikasi. HTC Desire S nie lebih kecil, kamera hanya 5 megapixel, aplikasi lebih ringkas dan padat.

HTC DESIRE S HD

Cerita Seram Kat jalan Lama Bentong - Kuala Lumpur

Semalam, terbaca cerita nie kat Facebook. Memang seram ! Lebih² lagi .. waktu saya baca tu pukul 1.00 pagi. Jadi kat sini .. saya kongsikan dengan korang supaya korang pun dapat membacanya.

Cerita ni berlaku kira² sebulan lepas berhampiran Karak. Suatu malam, seorang lelaki memandu kereta dari Kuala Lumpur menuju Kuantan dan dia membuat keputusan untuk tidak melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kerana mahu menikmati pemandangan sepanjang jalan lama.

cerita seram

Luahan Hati | Anda Berani !

Berani ke nak meluahkan perasaan korang kalau tak puas hati dengan apa yang korang rasa selama nie ? Nak luah kat Facebook? Twitter ? Boleh.. Silakan..

anastasyea di pantai
Layan perasaan !