Hilangkan Tension Dengan Blueberry Cheese Cake

As salam, adesss .. tak sangka nak jadi balik masalah google engine lambat indeks ni. Ingatkan dah selesai hari tu, nie jadi balik. Aku pun dah malas nak fikir macam mana nak selesaikan masalah ini. Harap², esok lusa, baik sendiri...


blueberry cheese cake


Nasib baik la time² nie ada blueberry cheese cake + oreo, yang kawan aku bawa tengah hari tadi. Boleh la mengunyah². Hilang sikit tension pikir masalah ni. Dah la tengah join contest Lelaki Kacak, terus tak kacak jadinya.

Masalah Google Engine Lambat Indeks Entry Terbaru

As Salam, tak perasaan la masalah nie, terjadi kat blog korang ke tak. Tapi kat blog aku, memang dah kena. Dua tiga hari lepas. Semasa menulis ENTRY ini. Ada sorang blogger, bertanyakan soalan kepada aku, kenapa entry terbaru beliau tak diindeks oleh Google Search Engine.

Google Search Engine

Pada mulanya aku ingatkan, blog beliau kena penalty dari Google, sebab entry terbaru yang aku buat masa tu .. OK je. Terindeks macam biasa, sehinggalah semalam, apabila blogger Zulkbo pun bertanyakan masalah yang sama yang terjadi kat blog beliau.