Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik

Sebenarnya, dah lama aku fikirkan pasal ni, Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik untuk dapatkan earning lebih dari syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Adsense, Innity, Adverlet, Komli, dan lain-lain lagi. Sampai bila ? Adakah perlu sampai pencen ? Anda nak ke macam tu !

Sampai Bila Blogger Perlu Kejar Trafik


Aku faham kenapa blogger menceburi bidang ini, niat kebanyakkan, mungkin satu je, lain-lain tu, aku tak tau, mungkin suka. Yang aku tau, kebanyakkan nak menambah sedikit income, kalau tak dapat banyak. Macam aku dulu, aku anggap sebagai bonus hujung tahun je. Tu planning aku memandangkan nak dapat bonus setiap tahun macam sektor swasta, memang tak dapat. Jadi, bila aku buat blog, ada la bonus sedikit untuk aku setiap hujung tahun.

Tapi tu dulu, sekarang .. zaman makin berubah dan setiap hari pasti ada blogger baru yang muncul yang menguasai pasaran internet. Mungkin itu rezeki dia, tapi bagi aku, adakah aku perlu kerja 200 peratus untuk menandinginya dengan memperbagaikan apa yang aku pelajari selama ini. Aku bukannya mesin, aku hanya manusia biasa yang lemah. Kadang kala, aku keletihan juga.


hacker blog


Faktor serangan hacker, virus, blog dicuri juga menjadi halangan. Katakan satu hari nanti, blog aku kena attack, dimana harus aku tuju untuk menjana pendapatan sambingan. Nak buat blog semula, memang mengambil masa. Memang tak boleh, buat entry hari ni, esok boleh masuk page pertama engine carian. Itu memang tak mungkin.

Selain itu, kalau nak SEO power, kebanyakkan mesti guna hosting WP. Nak bayar hosting, bukan sikit, malah mencecah ratusan ringgit setiap bulan. Sepanjang karier sebagai blogger, aku pernah jumpa beberapa blogger menggunakan WP. Trafik mereka memang tinggi, tapi income yang terhasil, tak bebaloi dengan modal yang dikeluarkan. Nak tak nak, terpaksa beralih kembali kepada platform blogger yang menyediakan hosting percuma. Aku tak nak la macam tu.

pendapatan lumayan blog


Kalau ikutkan, memang banyak lagi aku nak story panjang kat sini, tapi nanti la. Sekarang ni, aku ada planning aku sendiri. Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan bagi diriku. Jalan yang aku rasa, aku tak akan keletihan dan tak perlu bersengkang mata untuk buat entry trafik setiap hari, tetapi boleh menjana pendapatan yang lumayan dalam blog. 

Persiapan telah aku susun, cuma aku nak tanya kepada semua blogger. Sampai bila blogger perlu kejar trafik untuk hasilkan income ? Kalau anda bersetuju dengan pendapat aku, aku ada jalan penyelesaiannya dan aku akan tunjuk jalannya.

Peluang ni, bukan datang dengan omong kosong. Aku dah nampak, dan aku kaji seperti mana aku kaji SEO dan MetaTag .. bukan main terjah. Kalau betul, anda berminat, aku pinta .. hanya luangkan sedikit masa mendengar penerangakan dariku yang tak seberapa, dan aku akan tunjukkan jalan yang mungkin anda tak akan tolak sampai bila-bila. Yang penting, anda percaya akan diriku ..

p/s : Khas untuk blogger yang berkerja sahaja

- Berminat nak dengar .. boleh PM kat email, Facebook atau call / sms aku, 019-551 8583 dari pukul 7-12 malam. * Siang aku kerja, takut tak terangkat .. Sabtu, Ahad, Cuti .. boleh call sepanjang hari .. ^__^


Rahsia Earning ChurpChurp

Nie kesinambungan dari Misi Menambah Earning ChurpChurp Berjaya Terima kasih yang tak terhingga kepada Tauke BE Nuffnang. Walaupun dia tak aktif kat ChurpChurp. Sudi juga bagi pandangan macam mana nak naikkan earning ChurpChurp nie..

Ini la hasilnya sekiranya kita sudi terima pandangan dan nasihat dari blogger-blogger lain. Ada kenaikan kan !

Anda pun kalau berminat nak buat duit free macam ni, daftar la kat ChurpChurp. Kalau nak tahu pasal Rahsia Earning ChurpChurp , boleh jugak PM aku kat Twitter, @anastasyea_aida

- Dapat tau projek A yang aku buat hari tu, dapat bonus 4K .. masyukkk lagi bulan nie ..


Misi Menambah Earning ChurpChurp Berjaya

Selepas beberapa minggu mencuba .. akhirnya, Misi Menambah Earning ChurpChurp Berjaya juga. Walaupun tak banyak .. tapi memang happy la .. Lagipun, bukannya senang nak naikkan jumlah earning bagi satu-satu Campaign Assignment ni. Lepas tu, bergantung juga kepada ChurpChurp, kalau tak bagi .. memang tak ada la .. hehehehe




Nampak tak, ada peningkatan dari angka dua kepada angka lima. Dua kali ganda tu .. banyak kan ! Lepas nie, nak target .. dua kali ganda dari jumlah sekarang pula .. hehehe .. tamak kan aku ni ..

Terima kasih kepada KiD dan Namiacinta yang bermurah hati kongsikan info ni. Memang tak rugi aku bertanyakan hal ini kepada mereka .. hari tu. Tu yang bestnya ada kawan-kawan kat alam maya ni. Tak tau, tanya je !..

- Nak tau bagaimana ? Jangan segan-segan add Twitter aku @anastasyea_aida .. OK !

Earning ChurpChurp Dah Kembali Seperti Sediakala

Selepas membuat aduan mengenai Campaign Assignment ChurpChurp Yang Belum Dibayar hari tu dan disertakan sekali dengan bukti. Hari nie buka akaun ChurpChurp .. alhamdulillah, jumlah earning yang ada .. dah kembali seperti biasa *kurang sikit je sebab tak kira dengan Social Share (tak ada bukti)*.


Earning ChurpChurp Dah Kembali


Cepat jugak ChurpChurp buat investigation tentang bukti yang aku berikan dan membuat bayaran. Tengok, dari tarikh entry diatas dengan hari ni, tak sampai seminggu, dah setel. Aku pun, pada mulanya risau jugak .. takut-takut, bahan bukti yang aku tunjukkan tu, tak seperti apa yang ChurpChurp minta. Tapi sekarang, alhamdulillah .. semua dah selesai.

5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang

Bagi pengguna-pengguna advertiser Nuffang. Mesti korang bangga kan .. setiap kali dapat BE ! Ye lah .. bukan senang nak dapat BE ni. Memang jarang-jarang sekali ! Bukan setakat blog yang trafik sikit je, blog yang trafik banyak macam Trafik Blog Anastasyea Minggu Lepas nie pun kira jarang dapat BE. Sebulan ada la dua tiga kali. Kira sikit la .. hehehe ..


5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang


OK bebalik kepada BE Nuffnang ni ? Apa yang korang buat bila dapat BE ? Hanya tengok dan biarkan begitu sahaja. Ataupun buat post mengenai BE tersebut dan berterima kasih kepada Nuffang. Dengan harapan .. esok lusa .. dapat BE lagi. Hahahaha .. yang mana satu yang korang pilih ? Buat post ke ? .. hehehe.. bukan korang je .. aku pun kekadang buat jugak. Dah orang bagi , kena la ucap Terima kasih Nuffnang .. kan .. kan ! .. hehehehe..

Campaign Assignment ChurpChurp Yang Belum Dibayar

Huhhh ! Akhirnya habis jugak aku compile Campaign Assignment ChurpChurp Yang Belum Dibayar dan submit sekejap tadi. Harap-harap betul la apa yang aku buat ni. Nasib baik la aku nie bukan rajin tweet. Kalau tak ... susah jugak nak cari Campaign Assignment nie dalam Twitter @anastasyea_aida ni.


Campaign Assignment ChurpChurp


Bagi yang belum compile tu, hantar la masalah korang kat ChurpChurp. Buka akaun ChurpChurp dan klik pada bahagian "Notice anything wrong whit your account". Lepas isi masalah tersebut, kemudian send.

Cash Out Earning Infolinks

Masih ingat tak iklan Infolinks yang saya try 3 bulan yang lepas. Haahhh .. sekarang dah cukup untuk cash out. InsyaAllah dalam dua tiga minggu lagi. Mungkin dapat ! Itu pun, Infolinks akan transfer ke dalam akaun PayPal aku dulu. Nak terus masuk ke akaun bank tempatan. Kena kumpul sampai 400 dollar. Banyak sangat ! Baik kumpul sikit², dan transfer masuk ke akaun Paypal. Nanti dah cukup, boleh la buat beli Gadget Impian. Baru nak convert ke matawang Malaysia. Baru masyukkkk !!!

infolinks info links

Termasuk income Infolinks ni. Kira sekarang ni dah ada dua sumber income tetap untuk tabung PayPal aku. Satu, yang nie ..Infolinks. Yang satu lagi, Triond. Kalau korang nak tahu. Akaun Triond aku nie dah lama tak aktif. Sejak penghujung tahun 2009 lagi. Tapi yang bestnya, sampai sekarang masih lagi masuk dalam 10 ~ 20 dollar tiap² bulan.

Menjana Income dengan Iklan PPC Infolinks

Kalau korang perasan. Sejak dua tiga hari ni, ada perubahan sikit yang aku buat kat blog ini termasuklah meletakkan iklan Pay Per Click (PPC) ads with text ~ Infolinks sebagai tambahan menjana income. Memang dari dulu lagi aku nak mendaftar sebagai publisher Infolinks. Namun percubaan aku gagal sebab menggunakan bahasa lain selain English. Jadi selepas merujuk kepada blog² yang aku jumpa kat Internet. Aku daftar pula satu blog berbahasa English. Akhirnya permohonan aku diluluskan.

income infolinks

Buat Duit dengan Youthsays: My First Payment!

Dah tak berapa ingat bila tarikh sebenar saya cash out earning YouthSays tempohari. Tapi rasa²nya dalam penghujung bulan November 2010 gitu. Jadi hari, saya dapat email dari YouthSays, memaklumkan bahawa earning yang saya dah cash out tu, dah masuk ke dalam akaun bank.

youthsays earnings payment
Lepas cashout, kena tunggu sebulan baru duit tu masuk dalam akaun bank.

Dah Cash Out

Hari ini .. saya dah cash out duit terkumpul yang ada dalam akaun Youthsays. Semuanya berjumlah RM50 lebih. Jadi lepas nie kena tunggu la dalam 30 - 45 hari. Nanti duit tu akan masuk terus dalam akaun Maybank.

youthsays payment request
Dah cash out! Sekarang cuma tunggu duit masuk dalam akaun bank sahaja.