Sinopsis Drama Mimpi Cinderella Di Slot Lestary TV3

Salam, dah lama tak update pasal drama Slot Lestary TV3 ini. Semalam, 25 September 2012, baru perasaan ada drama baru yang menggantikan drama Bukan Bidadari. Honestly .. memang tak layan sangat drama Bukan Bidadari. Tengok kadang-kadang je .. ^__^


mimpi-cinderella-slot-lestary-tv3-selasa-9mlm


Untuk drama kali ini.. Drama Mimpi Cinderella, nampaknya memang boleh layan. Semalam tengok episod 1, memang puas hati jugak. Lagu temanya .. lagu Angkasa yang dinyanyikan oleh Diandra Arjunaidi. Pelakon-pelakonya pun kira ok ! Antaranya Afiq Muiz, Eina Azman, Hiera PK3, Zarina AF, dan ramai lagi.

Part-time Babysitter

Part-time babysitter ! Novel pemberian kawan aku minggu lepas, yang minta aku buatkan review pasal novel ni. Setakat ni, baru je separuh aku baca. Novel ni tak la tebal sangat, lebih  kurang dalam 200 muka surat. Tapi tu la .. mood membaca aku untuk minggu ni,  kurang sikit. Mungkin kesan tension kerja yang tak pernah habis². (ohhh plz ..  alasan ..) Biasa la, dok kat HQ ni, berbeza sikit dengan cawangan. Semuanya nak  cepat je .. hehehe ..


Part-time babysitter
Gambar aku cilok dari Google ...

Sinopsis Drama Ariana Mikhail Di Slot Ratu TV9

Salam, malam nie akan bermula la drama Ariana Mikhail. Masa mula² tengok dekat pomo drama Ariana Mikhail hari tu, suka sangat² tengok muka Nora Danish. Merah² .. maklumlah drama ni dilakonkan di Paris. Dah la waktu tu time musim sejuk pulak. Lagi bertambah² comel la Nora Danish tu. Betul tak ? hehehe ..

Sinopsis Ariana Mikhail Lakonan Nora Danish dan Sein

Dalam drama romantik ni, Nora Danish akan digandingkan dengan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein) dan akan ditayangkan melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di Tv9. Dari sinopis yang aku baca tadi. Jalan cerita drama Ariana Mikhail nie memang menarik. Jadi memang tak sabar nak tengok apa yang akan terjadi seterusnya.

Episod Terakhir Tentang Dhia | Memang Beri Kejutan !

Sedih betul aku tengok episod terakhir Tentang Dhia tadi. Tak sangka ending drama ni macam tu. Aku ingatkan Dhia je yang meninggal sebab menderita kanser rahim. Tak pun mak Zikir insaf dan bertaubat or kena makan dengan hantu Pak Boon. Tup2 .. tak sangka pulak Zikir turut meninggal sekali.

Drama Tentang Dhia Slot Akasia TV3

Yang paling aku sedih .. time mak Zikir beri kata dua kat Dhia. Nak kena cerai atau bermadu. Namun Dhia dengan tenang cakap hanya kematian sahaja yang boleh memisahkan mereka berdua. Jadi nak tak nak .. Dhia lebih rela bermadu walaupun hatinya tak rela.

Tengok Sedap | Makan Pun Sedap !

Tengok pun, dah berselera. Mesti sedap! Nak beli sejenis .. rasa macam tak cukup. Beli banyak .. rasa macam membazir pulak. Emm .. tak apa lah. Beli dua jenis lagi. Best jugak kalau petang² macam nie makan kuih muih. Lepas tu sambil makan .. ada pulak teh tarik atau kopi O. Pehhh .. meleleh !

kuih muih petang

Pelakon Faizal Yusof Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Salam semua, saya baru sahaja menerima perkhabaran sedih bahawa pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu (1 Jan 2011). Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.

Faizal Yusof Meninggal

Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com

Dah lama betul saya tak jejak kat blog Daus nie. Alih² bila datang, tengok dah ada banner baru! Cantik .. sesuai dengan tema blog beliau "Ingat hijau, ingat daus". Selain itu beliau juga tengah menganjurkan contest "penyertaan bloglist daus" . Bila fikir² dah alang² dah ada kat sini. Why not join sekali join contest tersebut. Sekurang²nya dapat juga membantu mempromosikan blog beliau.


Drama Saka Jentayu

Emmm .. best jugak tengok episod pertama drama Saka Jentayu. Menyeramkan dan penuh dengan babak suspen. Yang paling best .. masa Jentayu kena rasuk. Time tu memang dah naik bulu roma. Hehehe! Yang paling best juga dalam drama ini.. ada diterapkan juga teknik CGI. Memang power! Betul² nampak macam real.

film saka jentayu

Dari apa yang saya baca dekat blog budiey .. pengambaraan drama Saka Jentayu ini dilakukan dekat kawasan pendalaman di Malaysia dan Indonesia. Emm .. patut la rasa seram semacam. Drama ini berkisah mengenai jin saka yang diilhamkan daripada sumber cerita masyarakat Melayu. Jadi memang nampak lain sikit dari drama seram hantu yang biasa kita tengok.

Nak tahu lebih lanjut .. jom sama² kita tengok minggu depan .. setiap hari Khamis jam 9.30 malam. Hanya di TV3!

ANaSTaSyeA : Rugi tak tengok ..