Dapat Duit Free Beli Samsung Galaxy Note 2

Dua hari lepas, singgah kejap Plaza Metro Kajang, beli Samsung Galaxy Note 2 plus dengan pakej Celcom sekali. Dah lama sangat aku mengidam nak gadget nie since samsung galaxy note lagi. Kalau orang yang mengandung tu, tentu dah besar anaknya, hehehe. Alhamdulillah,  dapat jugak akhirnya ..

Samsung Galaxy Note 2 Plan


Aku sebenarnya nak pilih color putih. Nampak comel and sweet ! Kira sesuai la dengan jiwa aku. Tapi sayangnya, yang ada, cuma warna gray. Tak apa la, gray pun , gray la. Janji dapat grap satu. Lagipun, aku beli nie, hasil duit free yang aku dapat dari bisnes dengan blog. Jadi tak kisah sangat la.


Samsung Galaxy Note 2 Celcom


Kalau harapkan gaji nak beli ni, memang lambat lagi la dapat. Nak harapkan duit bonus, apa la sangat. Tolak tu .. ini, cukup untuk keperluan sebulan je. Nasib baik ada bisnes part time yang aku buat ni, bulan pertama je, dah dapat bonus 4K. Syukur sangat-sangat, Allah berikan rezeki melalui jalan ni.

- Nanti whatapp k .. ^__^


Samsung Galaxy Note 2 Digi Plan RM1399

Kalau semalam, aku bagi tau Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, dijual pada harga RM2299. Kini anda, boleh dapat gadget tersebut dengan harga lagi murah. Nak tau kat mana ? Boleh tengok gambar kat bawah ni. Cuma RM1399 aje ! Warna yang ada .. cuma gray dan white sahaja


Samsung Galxy Note 2 Digi Plan RM1399


Aku tau nie pun, sebab kebetulan tadi aku check kat website Nuffnang, tengok ada BE baru untuk DiGi Tablet Friendly Plan. Jadi bila buka website DiGi .. baru perasan dah ada pakej baru untuk Samsung Galaxy Note 2.

Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia

Bagi yang tertunggu-tunggu Pelancaran Galaxy Note 2 Di Malaysia. Tentu anda tertanya-tanya, berapa harga gadget ni. Tadi aku baru je dapat tu .. harga Samsung Galaxy Note 2 nie djual pada harga RM2299 mulai 19 Oktober 2012 ini.


Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia


Jadi macam mana ? OK ke dengan harga tu ? Aku tak tau lagi la ! Ingat nak tunggu dulu syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom, DiGi dan juga Maxis buat pakej. Mungkin lebih murah !

Celcom Merdeka Promo, Samsung Galaxy Nota (RM1788) Galaxy S III (RM1898)

Ingin memiliki Samsung Galaxy Nota atau Galaxy S III dengan harga lebih murah. Kini, anda boleh dapatinya di Celcom dengan tawaran yang menarik sempena dengan sambutan Merdeka.



Menang Guitar Akustik Nawja Latif - Cinta Muka Buku

Tentu ramai yang pasang angan² nak menjadi macam Najwa Latif. Boleh menyanyi dan main guitar at the same time. Tapi nak jadi macam tu. Tentu la kena buat banyak latihan. Kalau asyik cakap je .. confIrm memang la tak boleh. Cthnya macam aku .. Ada gitar tapi sampai sekarang pun masih tak reti² nak petik Guitar. Hehehe ..

Menang Guitar Akustik Nawja Latif

OK .. berbalik kepada Menang Guitar Akustik Nawja Latif nie, apa yang perlu korang lakukan. Hanya perlu muat turun CALL ME TONES(CMT) lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif dan berpeluang untuk memenangi guitar yang dimainkan dalam video klip di bawah ni.

Topup Tambah Nilai Handphone, SimPack kena Bayar Cukai 6 Peratus !

Baru tahu pasal Tambah Nilai Pra Bayar dan Pek Sim yang akan dikenakan Cukai Perkhidmatan 6 peratus mulai 15 September ini masa baca dekat Mstar tadi. Kalau dicongak² 6 peratus. Banyak jugak tu. Lepas ni kalau sesiapa nak beli topup RM10.00. Kena tambah lagi 60 sen. Ehhh .. korang rasa TELCO akan buat macam tu ke ? Entah² bila topup RM10.00, tingga RM9.40 je.

Top Up Handphone

Berbaloi-baloi ke ?

Anda pelanggan Celcom sure ada terima sms macam nie, kan?

SMS Celcom