As salam, baru je balik dari
Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013 tadi, rasa penat pun tak habis lagi. Sekarang nak update pulak pasal fiesta. Untuk pengetahuan anda, fiesta nie dah start dari hari Khamis lepas lagi. Saja aku tunggu hari minggu, baru nak pergi dengan dua puteri kesayangan ku nie.
Macam biasa, kalau ada karnival/fiesta kat tapak
Monumen Alaf Baru, Presint 2 nie, jalan of course tentu sesak ! Nasib baik la kami datang awal, ada la tempat nak parking. Tu pun kena pusing jauh ikut Jambatan Seri Saujana, Lebuh Sentosa, dan parking dekat dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dari situ, baru jalan sikit ke tempat karnival. Exercise la sikit !
Masa kami sampai tu, ada la dua tiga belon panas dah naik, masa tu orang tak ramai lagi. Dalam 15 minit kemudian, baru kesemua 13 buah belon, kembang sempurna
(tanpa dinaikkan). Memang cantik ! Yang paling aku suka,
belon panas The Smurf, comel!!!
Yang bestnya kalau datang malam nie, ada Persembahan Night Glow dan pertunjukan bunga api. Nak tahu persembahan Night Glow tu apa ? Yang tu merupakan aksi juruterbang, membakar belon udara panas sambil mengikut rentak jazz dan cahaya lampu. Aksi tu ada la dalam setengah jam lebih, lepas tu baru ada pertunjukan bunga api. Penat juga menunggu habis, tapi berbaloi la. Memang menghiburkan ! Hehehe ..