The Smurf Mengintai Disebalik Rimbunan Pokok

As salam, hari ahad lepas, pergi lagi Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013. Hari terakhir fiesta, sempat la tengok belon panas terbang. Malam sabtu tu, belon tak terbang, tengok Persembahan Night Glow dan pertunjukan bunga api je, jadi tak puas sangat, budak-budak pun beria-ria nak tengok belon, jadi petang Ahad tu, kami datang semula. Sempat la tengok belon panas berterbangan di Putrajaya.





Emm .. macam mana, comelkan gambar The Smurf dalam posisi mengintai ni, macam realkan !

Kat bawah nie, gambar yang sempat edit, yang lain tu, akan menyusul. tengok la yang nie dulu ye ...





- Tahun depan kalau ada lagi fiesta ni, insyaallah, datang lagi .. ^__^


Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013

As salam, baru je balik dari Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013 tadi, rasa penat pun tak habis lagi. Sekarang nak update pulak pasal fiesta. Untuk pengetahuan anda, fiesta nie dah start dari hari Khamis lepas lagi. Saja aku tunggu hari minggu, baru nak pergi dengan dua puteri kesayangan ku nie.


belon panas putrajaya 2013



Macam biasa, kalau ada karnival/fiesta kat tapak Monumen Alaf Baru, Presint 2 nie, jalan of course tentu sesak ! Nasib baik la kami datang awal, ada la tempat nak parking. Tu pun kena pusing jauh ikut Jambatan Seri Saujana, Lebuh Sentosa, dan parking dekat dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dari situ, baru jalan sikit ke tempat karnival. Exercise la sikit !


belon panas putrajaya 2013



Masa kami sampai tu, ada la dua tiga belon panas dah naik, masa tu orang tak ramai lagi. Dalam 15 minit kemudian, baru kesemua 13 buah belon, kembang sempurna (tanpa dinaikkan). Memang cantik ! Yang paling aku suka, belon panas The Smurf, comel!!!


belon panas putrajaya 2013



Yang bestnya kalau datang malam nie, ada Persembahan Night Glow dan pertunjukan bunga api. Nak tahu persembahan Night Glow tu apa ? Yang tu merupakan aksi juruterbang, membakar belon udara panas sambil mengikut rentak jazz dan cahaya lampu. Aksi tu ada la dalam setengah jam lebih, lepas tu baru ada pertunjukan bunga api. Penat juga menunggu habis, tapi berbaloi la. Memang menghiburkan ! Hehehe ..

Tunggu Bunga Api

Belek-belek album tadi, nampak pic comel ni. Gambar masa malam 31 Disember lalu. Masa tu, adik beradik ni excited sangat nak tengok bunga api tahun baru. Nak bawa pergi jalan ke Putrajaya, tau-tau je la, jalan tentunya sesak. So, tengok bunga api kat rumah je. Dari sini pun, memang nampak tembakan bunga api, sekeliling kawasan ni. Kiranya lagi meriah dari bunga api kat Putrajaya. Haahhh .. nampak tu, dua beradik ni menunggu depan tingkap. Si adik pulak, nampak je nak ambil gambar, mula la posing sakan ..


Tunggu Bunga Api



Comel betul rakam gelagat mereka berdua nie, nanti boleh la tunjuk kat diorang bila besar nanti. Gambar kat bawah nie pulak, ketika sebelum tembakan bunga api ... senyap sunyi. Malam tu memang berawan sikit, namun tak hujan..


Tunggu Bunga Api



Bila dah mula je tembakan bunga api, nie la gelagat budak-budak tu. Tak beralih langsung dari tingkap, siap panjat grill tengok percikkan bunga api. Dah habis, baru turun. Bila tanya macam mana, suka ke tengok bunga api ? Kakak senyum , best katanya .. ^__^


Tunggu Bunga Api



- Dah 10 hari berlalu ..

Video dan Gambar Acara Bot² Berhias Festival Bunga Dan Taman Putrajaya 2012

As Salam, Semalam aku pergi Putrajaya tengok bot² berhias. Kan sekarang tengah berlangsung Festival Bunga Dan Taman Putrajaya.. Meriah betul malam tadi! Seronok pulak sebab sebenarnya ini pertama kali aku dapat meluangkan masa tengok aktiviti macam nie.


Bot Berhias Negeri Perlis


Bot² Berhias telah bermula malam tadi dan akan terus diadakan pada setiap malam sehingga 8 Julai ini. So, yang tinggal berhampiran Putrajaya pergilah malam nie tau! orang yang jauh² tu..  rasa² boleh datang kat sini, silalah datang bawa keluarga dan tengok sendiri acara bot² berhias dan tembakan bunga api.. seronok tau!

Genting Highlands

Sabtu lepas (1st Mei), kita dengan cik abg kita gi Genting Highlands. Pada mulanya, sampai kat KL Sentral pada pukul 12.00pm tetapi tiket bas dah habis. Lepas tu, ada la mamat ulat tiket yang offer kita untuk naik teksi (2 orang RM 50 sehala). Mak aii... mahalnya. Jadi kita decide naik bas je kul 3.30PM (baru RM 29 untuk 2 org utk pergi balik) coz itu je yg paling awal ada.

Naik bas sampai kat kereta kabel je, tp tak apa la... memang niat kita nak naik kereta kabel pun. Harga naik sehala RM5 seorang. Orang yang naik kereta kabel punya la ramai...dekat 20 minit gak la kita berbaris naik.

Genting Highlands
First time naik kereta kable kat Genting Highlands

Sampai kat Genting Highlands ada la dalam kul 5.00 pm. Lepas round kat taman tema dalam... kita lepak pula kat taman tema luar... Nasib kita baik coz malam tu ada bunga api. So tunggu la. Dalam kul 8.00pm bunga api start. Ada la dalam 20 minit...

Genting Highlands
Tercari-cari kawasan tema luar

Nak jadikan cite, kami tersilap tengok tempat tunggu bas (utk balik). Ingatkan kat tempat naik keta kabel siang tadi. Rupa-rupanya kat plaza world terminal bas. Kat situ ada la mamat teksi offer RM80 smpi KL Sentral atau ke Gombak (RM40). Punya la mahal... Kopak duit kalau naik. Nasib baik masih awal... so, kita patah balik naik atas. Dekat 10 minit gak la tercari-cari kawasan terminal bas. Nasib baik jumpa.

Genting Highlands
Bestnya tengok bunga api

Tengok jam ada lagi 30 minit lagi kul 11.00 pm. So, dok la tunggu kat situ. Sambil borak-borak dengar la satu couple tu tengah sembang. Rupa-rupanya mereka tertinggal bas. Nak naik teksi, pemandu teksi charge RM100 untuk sampai KL Sentral. Wahh... dasyat tu. Nasib baik bas kul 11.00 pm tak penuh. Dapat la diorang naik sekali. Sampai KL Sentral ada la dalam kul 1.00 pm lebih.

Anastasyea : Korang rasa yg mana best...gi  Genting Highlands naik bas or kereta sendiri?