Bunga bukan sekuntum .. begitu juga dengan cara jana income di Internet .. ada banyak !
Sambil-sambil tengah search tu, ternampak la Eyriqazz, ada mention sedikit pasal aku kat blog beliau. Emmm .. pasal apa ye? Ohhhh .. pasal Rezeki Berblogging rupanya. Ya .. dulu masa aku mula-mula berblogging, memang aku mengharapkan 100 peratus income dari pengiklanan seperti Nuffnang.
Masa tu, ingatkan nak ikut jejak Redmummy, income puluh ribu-ribu hanya dengan Nuffnang, tapi hasrat tu tak kesampaian. Dapat la merasa ribu-ribu, sebelum beralih ke syarikat pengiklanan lain. Nak kata tak suka dengan Nuffnang, tak lah ! Aku suka mencuba benda baru. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti aku akan kembali dengan Nuffnang, siapa tahu ..
Lagipun aku pun ada life dan kerja hakiki aku sendiri. Nak ikut semua program yang dianjurkan oleh Nuffnang, memang tak sempat ! Bukan takat Nuffnang je, program yang dianjurkan oleh Bro Framestone dulu pun .. ada kadangkala aku tolak.
Bersama Bro Framestone dan isterinya, Iera di program anjuran Petronas
Ya .. aku memang suka mencuba sesuatu yang baru. Selain masih buat duit melalui iklan, sekarang aku juga fokuskan kepada program affiliate seperti Jomniaga dan beberapa lagi affiliate yang boleh dijadikan Mesin Komisen, sambil-sambil tu, dapat juga aku update blog aku ni. Dengan program affiliate .. aku percaya, ianya boleh pergi lebih jauh lagi, dan tak mustahil boleh hasilkan income yang lumayan !
Alhamdulillah, rezeki aku ada sedikit disini dan aku yakin anda pun boleh hasilkan income melalui blog, tak kisah la samada melalui iklan, program affiliate, Adsense, ChurpChurp, contest dll. Yang penting .. anda yakin, dan tak putus asa mencuba. InsyaAllah, anda juga pasti berjaya ! ^^,










