Blog Boleh Buat Duit

As salam, malam ni sambil Google kawasan pembangunan "UITM Seremban 3" , sambil-sambil tu, try juga men"Google" pasal "anastasyea", mana la tau kot-kot ada info terbaru pasal aku hari ini. Dengar cite, dari wartawan yang interview aku hari tu .. insyaAllah katanya, minggu nie masuk paper ? Paper mana tu .. hehehe .. rahsia!


Blog Boleh Buat Duit
Bunga bukan sekuntum .. begitu juga dengan cara jana income di Internet .. ada banyak !


Sambil-sambil tengah search tu, ternampak la Eyriqazz, ada mention sedikit pasal aku kat blog beliau. Emmm .. pasal apa ye? Ohhhh .. pasal Rezeki Berblogging rupanya. Ya .. dulu masa aku mula-mula berblogging, memang aku mengharapkan 100 peratus income dari pengiklanan seperti Nuffnang.


Masa tu, ingatkan nak ikut jejak Redmummy, income puluh ribu-ribu hanya dengan Nuffnang, tapi hasrat tu tak kesampaian. Dapat la merasa ribu-ribu, sebelum beralih ke syarikat pengiklanan lain. Nak kata tak suka dengan Nuffnang, tak lah ! Aku suka mencuba benda baru. InsyaAllah, mungkin satu hari nanti aku akan kembali dengan Nuffnang, siapa tahu ..


Lagipun aku pun ada life dan kerja hakiki aku sendiri. Nak ikut semua program yang dianjurkan oleh Nuffnang, memang tak sempat ! Bukan takat Nuffnang je, program yang dianjurkan oleh Bro Framestone dulu pun .. ada kadangkala aku tolak.


Bro Framestone buat duit
Bersama Bro Framestone dan isterinya, Iera di program anjuran Petronas


Ya .. aku memang suka mencuba sesuatu yang baru. Selain masih buat duit melalui iklan, sekarang aku juga fokuskan kepada program affiliate seperti Jomniaga dan beberapa lagi affiliate yang boleh dijadikan Mesin Komisen, sambil-sambil tu, dapat juga aku update blog aku ni. Dengan program affiliate .. aku percaya, ianya boleh pergi lebih jauh lagi, dan tak mustahil boleh hasilkan income yang lumayan !




Alhamdulillah, rezeki aku ada sedikit disini dan aku yakin anda pun boleh hasilkan income melalui blog, tak kisah la samada melalui iklan, program affiliate, Adsense, ChurpChurp, contest dll. Yang penting .. anda yakin, dan tak putus asa mencuba. InsyaAllah, anda juga pasti berjaya ! ^^,



Komisen ke 4 Jobdirumah

Macam tak percaya kan ! Selang beberapa hari je , dah dapat lagi Komisen Ke 4 Jobdirumah, berganda pulak tu. Kalau tak silap aku, baru je aku publish entry Komisen ke 2 Jobdirumah 4 hari lepas, nie dah ke 4 pula. Jumlah bayaran komisen pun dah naik, kalau sebelum ni, kalau dapat satu sale, Jodirumah bayar RM20, sekarang dah RM25. Harap-harap, 3 bulan lagi kalau sale baik, boleh la lepasi syarat untuk dapat komisen RM30 per sale pula.


buat duit online komisen jobdirumah



Mungkin ada yang kata aku omong kosong je pasal program affiliate nie .. tak caya .. mai sini aku tunjukkan bukti Jodirumah transfer duit komisen masuk dalam akaun aku malam tadi. Tengok, pukul 2.30 pagi pun diorang sudi bayar kat aku. Jadi betul la kan, Jobdirumah tak tipu


Pasal service pembayaran komisen yang Jodirumah buat, memang aku puji habis sebab bayar komisen dibayar seperti yang dijanjikan. Kalau boleh, aku nak semua program affiliate, seperti Jomniaga pun ikut contoh ini. Bayar komisen dalam beberapa hari selepas sale dibuat.


Aku pasti, tentu lagi ramai yang bersemangat nak join nanti .. tak gitu geng .. ^__^


Komisen ke 2 Jobdirumah

Err .. banyak benda yang bermain dikepala aku sekarang. Rumah, pelaburan, projek RM20 yang tengah ongoing dan yang paling mengusutkan, bab penjawatan .. perhhh .. memang tak boleh blahhh. Pening aku dibuatnya.. Nasib baik la ada yang mengembirakan hati aku ni, Komisen ke 2 Jobdirumah yang dah masuk akaun semalam.


buat duit internet jobdirumah



Kalau anda pernah baca sini, Rahsia Kejayaan Program Affiliate, ada aku tunjukkan komisen Jobdirumah yang aku dapat. First time buat dan dah dapat 2 komisen, dan yang paling bestnya, terus masuk akaun bank. Jadi betul la program Jobdirumah tak tipu


Macam Jomniaga, kena tunggu duit terkumpul dah sampai RM50 + sebulan, baru mereka akan bank in, ke dalam akaun. Jadi yang mengharap sangat tu, kena banyak bersabar la.


Berbeza dengan program Jobdirumah pulak, tak sampai 1-2 hari, bila ada jualan, diorang akan transfer ke akaun bank. Tu baru bab komisen, kalau yang buat tugasan pulak, tentu lagi banyak sebab dibayar dalam USD ..^__^


- Nak Buat Duit Internet, memang senang, yang penting kena rajin berusaha !


Rahsia Kejayaan Program Affiliate

Semalam sambil menunggu suami pulang, dari group mentoring WANG BESAR, perasaan beberapa email komisen affiliate menerjah masuk. Wahhh .. tak sangka, ada juga hasil malam ni, total kesemuanya, ada la dalam RM60 lebih. InsyaAllah, komisen akan dibank in dalam masa terdekat.


buat duit rahsia komisen affiliate



Semalam masa aku meneliti term di jobdirumah, program affiliate kedua yang aku sertai setakat ini, selepas Jomniaga, ternampak satu info yang menarik perhatian aku iaitu, 30 peratus jualan program affiliate datangnya dari Blog/SEO Marketing, diikuti Email Marketing - 25 peratus, Social Media Marketing - 20 peratus dan lain-lain lagi.



Info nie memang nampak biasa, tapi bagi aku, yang selalu menggunakan blog, 30 peratus untuk menjana pendapatan .. tu memang banyak ! Cuba bayangkan .. 30 peratus tu dari RM1000, tentu banyak kan !


Tapi bagai mana nak mula menjana pendapatan dari komisen affiliate, kena ikuti Kursus Affiliate ke ? Emm .. Itu terpulang kepada anda ! Mungkin perlu .. kalau anda nak "express", kalau nak bertatih perlahan-lahan, aku rasa mulakan dengan buat blog dulu.


Soalan lain yang selalu ditanya, bagaimana blog yang biasa, boleh jadi luar biasa. Aku rasa tu dah pernah dijawab oleh Matt Cutts, Software Engineer Google .. bercerita pasal SEO Marketing. YA, itu salah satu rahsianya ! Untuk lihat koleksi video, boleh lihat sini Google Webmasters


Jadi siapa cakap blog tak releven dalam mempromosikan program affiliate. Tak guna Mesin Komisen pun boleh dapat hasinya. Bukan tu sahaja, kalau anda bijak, dan pandai olahkan apa yang aku nampak ni, bukan takat affiliate je boleh pergi, untuk tujuan lain pun boleh, dan YA ! Aku dah cuba, dan ianya memang berkesan !


- Youtube bukan setakat tempat tengok video klip lagu, untuk tujuan pembelajaran pun okey jugak ..


Komisen ke 6 JomCetakbaju

Penat jalan-jalan di Akuaria KLCC semalam tak habis lagi. Kalau ikutkan hati, macam nak sambung je cuti hari ni. Tapi mengenangkan kerja kat opis yang banyak, lagi pun kalau aku cuti, tentu partner aku tu sunyi .. aku gagahkan jugak masuk pejabat.


cara buat duit online



So, sambil nak start kerja, update ringkas blog aku ni, dah lama tak update..


Oh ya, nie adalah makluman dari Jomniaga, bahawa aku telah berjaya menjual satu lagi buku JomCetakbaju minggu ni. Komisen dari buku ini, macam biasa RM40. Jadi kalau dah kali ke 6, anda pasti boleh agak, dah berapa hasil yang aku dapat dari jualan buku ini .. ^__^


Tu baru satu buku, dalam Jomniaga, ada berpuluh-puluh buku lagi, yang menawarkan kadar komisen yang menarik. Ada yang bagi RM10, RM20 dan RM50. Yang terbaru, komisen RM97 - RM139. Jadi kalau yang kata susah nak buat duit online, tu memang mengarut.


Kalau anda berminat buat duit tanpa modal, boleh la tengok sendiri dilaman rasmi Jomniaga.com



Bukti Triond Bukan Scam

Bayaran dari Triond yang aku terima untuk bulan-bulan kebelakangan ini. Yang terakhir aku terima, bayaran ke 49 untuk bulan September 2012 dan yang akan datang, insya Allah .. mungkin besok, bayaran ke 50. Untuk bulan ini, bayaran yang aku terima .. kurang sikit berbanding bayaran yang aku terima semasa mula-mula aktif dulu.


bayaran triond


Tapi tak kisah la. Asalkan ada income pasif untuk penuhkan akaun PayPal aku sebelum hujung tahun ini. Kira OK la tu.

Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Seperti kebiasaan pada setiap 5 hingga 10 haribulan, akaun PayPal aku pastinya akan sedikit sebanyak terisi dengan kehadiran duit percuma dari Triond. Kali ni, payment ke 48 yang aku terima cuma USD 6.77 bersamaan dengan RM21 kalau ditukarkan pada hari ini. Kiranya ada peningkatan sedikit la berbanding Triond Payment Ke 47 yang lalu.


Triond Payment ke 48 | Rezeki Bulan Ramadhan

Triond Payment Ke 47

Hari nie aku nak sharekan dengan korang, payment ke 47 yang aku dapat dari Triond. Tak banyak pun.. tapi kira ok lah kan. Sekurang kurangnya, akhir tahun 2012 ni, penuh la tabung PayPal aku. Boleh la buat pergi melancung atau guna ketika terdesak. Hehehe !


Triond Payment Ke 47

Meraih Pendapatan Tambahan Dengan Cara Mudah

Kalau post sebelum nie .. kita hanya bagi tahu .. boleh buat duit dengan submit article je .. sebenarnya Triond juga terima kalau kita submit poem, video, music atau gambar. Cuma kalau nak earning yang banyak .. tu la .. Kena buat article. Article tu pulak tak semestinya panjang. Buat pendek dalam 150 patah perkataan pun dah cukup. Biar pendek tetapi padat. Tapi tu la .. kat sini peranan keyword, tajuk dan tag .. memang merupakan perkara penting. Baru la dapat menarik pembaca untuk membaca article tersebut.

triong buat duit
Nie saya print screen dari akaun Triond saya ..
berikut adalah tajuk article, tarikh submit, jumlah pembaca (bulan ini), duit yg diperolehi (bulan ini), jumlah keselutuhan pembaca, dan jumlah keseluruhan duit yang terkumpul.

Pihak Triond memang tegas dalam meluluskan setiap artikel yang dihantar. Kalau salah sikit ejaan atau grammer. Memang mereka suruh betulkan balik yang mana salah dan kemudian hantar semula. Lagi satu lupa nak bagi tahu .. kalau ayat dalam article tersebut dicedok dari mana-mana article lain (ambil dari internet) .. pun akan kena reject sebab ianya dah menyalahi peraturan yang ditetapkan. Nak yang fresh je. Kalau nak ambil jugak .. kena la ubah sikit. Supaya nampak tak sama dengan yang asal.

Sebaik saja article tersebut diluluskan .. perkara pertama yang harus dilakukan adalah macam mana nak promote. Triond bukannya tak tolong promote .. cuma kalau nak lebih pembaca .. kita kena tolong promote sekali. Caranya mudah sahaja. Copy link article tersebut dan submit ke sosial network or bookmark network seperti Facebook, Twitter, Digg, Stumbleupon, MySpace, Google Bookmark, Yahoo Buzz dan macam-macam lagi. Lagi banyak yang anda submit .. maka lagi cerah la peluang anda untuk meraih pendapatan.

ANaSTaSyeA : Konsepnya sama macam mana nak promote blog/website anda ..

Senang Buat Duit Online Kat Internet

Hari tu masa kita cashkan duit pay pal, ada la orang yang bertanya .. macam mana kita buat duit online nie. Nampak macam menarik dan kalau boleh nak mencuba .. Tapi masa tu kita pun tengah blurr .. mungkin sebab excited nak pergi bercuti. hehehe! .. So, hari nie bila kita teringat balik pasal tu .. kita buatkan la enrty nie. Harap-harap dapat la membantu mereka yang ingin menambah pendapatan sampingan. Tapi ada syaratnya tau ... kena pandai ENGLISH.

triond buat duit

Program nie namanya Triond .. kita dah lama kita join program nie semenjak September 2008 lagi. Boleh tengok gambar .. kalau tak percaya. Alhamdulilah, setakat nie .. program nie memang bayar mengikut jadual iaitu setiap 10 atau 15 hb (universal time). Pembayaran dilakukan dalam 3 cara iaitu paypal, check dan yang terbaru .. western union.

triond buat duit
klik gambar untuk besarkan

Kalau tengok gambar yang kita sertakan .. bayaran yang kita terima memang la sikit. Tapi OK la daripada tak ada langsung, Paling sikit pun dalam $10 lebih. Tapi tak kisah lah .. janji bayar.

Yang bestnya pasal Triond nie .. selagi orang baca artikel yang kita tulis tu. Selagi tu la .. ianya akan generate duit kat kita. Kira macam bayar royalti la .. Bestkan! Kalau tak silap kita la .. kali terakhir kita tulis artikel dan publish kat Triond nie .. November 2009. Lepas tu dah tak tulis-tulis sampai sekarang. Tapi tu la .. duit tetap juga masuk. Bestkan !

ANaSTaSyeA : Esok kita tulis lagi macam mana nak promote benda nie ..

Buffered Earning Berganda!!!

Dapat lagi buffered earning .. tapi kali nie bukan satu .. tapi dua sekali. Alhamdulliah .. bulan-bulan puasa macam nie pun murah rezeki. 

ANaSTaSyeA : Alhamdulillah ...

Buffered Earning Tourism Malaysia LR

Semalam baru je update untuk iklan buffered earning Nokia Messaging E5 LR, hari nie dapat pula Tourism Malaysia LR. Wah .. murah rezeki betul minggu nie.Kalau dapat selalu mcm nie kat bagus ... tiap-tiap hari pun tak apa. Tapi kalau boleh tu biarlah iklan Leaderboard (LB) pulak ...

Tips Buffered Earning

Anastasyea : Tak kisah lah ... janji dapat .. thanks Nuffnang.