Bantu Blog Yang Bermasalah

Kenapa aku suka bantu blogger yang blognya mengalami masalah ? Entah la, mungkin nak tambah pengalaman. Satu lagi, boleh la godek-godek template mereka, kenali kelemahan dan kekuatan. YE KE ! Hehehe .. tak la, aku acah je. Aku bantu ikhlas tau! Bukan minta upah beratus ringgit pun.


Blog Yang Bermasalah



Ilmu yang aku ada nie, kalau tak digunakan, lama-lama .. mesti satu masa, aku akan lupa jugak. Daripada hilang macam tu je, baik aku bantu, boleh kenali masalah baru. Lagipun platform blogspot ni, memang dah banyak berubah dari dulu, kalau tak godek-godek, memang tak perasan.


Oh ya, untuk blogger yang menggunakan blogspot saja tau. Kalau wordpress, minta maaf banyak-banyak, memang aku tak reti.


Blogger Yang Bermasalah



Untuk bulan ni je, ahamdulillah dah dapat bantu 2 blogger, iaitu bonikacak dan diary-kecilku, terima kasih la kerana memberi kepercayaan 100 peratus kepada aku untuk mengatasi masalah blog mereka secara direct.


Masalah yang diajukan oleh bonikacak, adalah masalah sitemap error. Pada mulanya pening juga aku memikirkannya. Aku ingatkan salah setting sitemap, tapi lepas check satu-satu, baru aku dapat kesan, masalah tersebut yang berpunca dari robots.txt.


Bila ditanya, dari mana dia dapat format robots.txt tu, katanya dari pereka template asal. Lepas remove code yang aku syak "bermasalah" dalam robot.txt dan apply, masalah masih ada, jadi kena tunggu 2-3 hari dulu untuk robot crawl sitemaps semula. Lepas robot dah crawl sitemaps 2-3 hari lepas tu, test semula .. baru error tu settle .. ^__^


bloglist tak update



Masalah diary-kecilku pula berpunca dari masalah bloglist tak update, lebih kurang sama masalah dengan blogger Umi Qi dan Anis, Masalah Entry Tak Terindeks Lagi, cuma kat sini, lain sikit. Feedburner tak create lagi. Lepas create akaun Feedburner, setting apa yang patut, baru okey walaupun bukan sepenuhnya, kena tunggu jugak 1-2 hari lepas tu, baru masalah selesai.


- Memang lega bila dapat bantu selesaikan masalah blog orang lain .. ^__^



Beli Domain Dari GoDaddy.com

Alhamdulillah, hari ini selamat setting domain baru untuk projek aku yang seterusnya, aku beli kat GoDaddy.com. Modal ada la dalam RM82 dan kiranya nie la pertama kali aku beli direct, mula-mula memang cuak jugak la.


godaddy domain



Kalau dulu, aku beli domain anastasyea.com menerusi blogspot je, senang sikit, tapi entah kenapa sekarang, tak boleh pulak, jadi nak tak nak, kena beli direct dengan GoDaddy.com.


Domain ni, aku langgan 2 tahun terus, tu yang RM82 lebih, kalau setahun, kena bahagi dua la. Nama domain, hehehhe .. rahsia dulu, sebab benda nie masih lagi dalam rangka projek. Entry pun tak buat lagi, semalam beli, hari nie baru setel setting domain.


godaddy control panel



Mungkin lepas ni nak setting template pulak. Lepas tu baru create entry. Sayang la kalau buat entry tapi tak power SEO. Rasa macam rugi gak ! Alang-alang dah buat, biar la puas hati kan ! .. ^__^

Memahami Google Keyword Planner

Minggu ni, banyak luangkan masa memahami fungsi Google Keyword Planner, kalau dulu, selalu guna Google Keyword Tool untuk search keyword, dan penggunaannya memang mudah ! Tetapi semenjak dinaiktaraf menjadi, Google Keyword Planner, nak tak nak, kena la study balik.


Memahami Google Keyword Planner



Sumber rujukan aku, biasa la, banyak melalui Google dan Youtube. Nak lagi senang, tengok Youtube. Tau-tau je la, nak baca ni, memang slow sikit nak faham ... ^__^


Dari review yang aku baca, banyak yang menyatakan program Google Keyword Planner adalah lebih baik dari Google Keyword Tool. Aku pulak, entah la, memang nampak ada fungsi yang lebih baik, tetapi mungkin intraface je kot, agak berlainan. So kekok sikit nak guna (mungkin sebab tak biasa lagi)


Anda pulak macam mana ? Dah try ke Google Keyword Planner ?

Tutorial Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, Okey nie Tutorial Aktifkan Google Plus Comments Blogger yang aku janjikan dalam post sebelum ini, Pro And Cons Aktifkan Google Plus Comments Blogger. Untuk mengaktifkan Google Plus Comments, anda perlu log in Blogger.com terlebih dahulu. Di Dashboard blogger, klik pada bahagian Google+. Kemudian tick "Use Google+ Comments on the blog". Untuk rujukkan, boleh lihat gambar sini, Aktifkan Google Plus Comments Blogger.


template code google plus comments



Kemudian, klik pada bahagian Template. Di sini aku sarankan agar anda download dan backup dulu, Template sebelum ini, agar sekiranya berlaku Error, anda boleh restore semula Template tersebut. Untuk tujuan tersebut, anda boleh klik pada Backup/Restore.


VERSI 1


Sekiranya sudah Backup, klik pada Edit HTML dan search code dibawah ini,


<b:include data='post' name='post'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>

Kemudian apply code dibawah,


<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>


menjadi sebegini,

<b:include data='post' name='post'/>
<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>
</b:if>



Kemudian klik pada Preview, kalau tak ada error, klik save.


VERSI 2
* Untuk veri 2 nie, kekemasan lebih bagus sebab tiada kotak komen jenis lama dibawahnya.


Klik pada Edit HTML dan search code dibawah ini,


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;static_page&quot;'>



Dibawahya, ada boleh lihat code ini,


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>
</b:if>



Kemudian copy code dibawah ini,


<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>



menjadi ini;


<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div class='cmt_iframe_holder' 
expr:data-href='data:post.canonicalUrl' 
expr:data-viewtype='data:post.viewType'/>
</b:if>



Kemudian cuba klik privew, kalau tak ada error, boleh la save. Itu saja, selamat mencuba !


Pro And Cons Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, akhirnya berjaya juga aku aktifkan Google Plus Comments dalam blog ini, nak tengok macam mana, anda cuba la komen kat bawah ataupun klik butang Google+ dibawah. Tapi sebelum anda nak cuba apply Google Plus Comments Blogger nie, nak bagi tau, ada Pro and Cons nya !


aktifkan google plus comments



Salah satunya keburukannya, macam gambar dibawah, sebelum anda tick "Use Google+ Comments on the blog" , anda boleh tengok, masih ada bahagian Comments. Seperti yang anda sedia maklum, bahagian Comments ini penting untuk memantau, isi kandungan komen pembaca yang terkini. Kalau, banyak sangat link, selalunya aku detele kat sini.


aktifkan google plus comments



Tapi selepas je anda tick "Use Google+ Comments on the blog" tu, bahagian Comments tersebut akan disable dengan kata lain, anda tak boleh memantau, komen-komen terkini dalam blog anda. Ooo susah jugak tu !.





Selain itu, kebaikan kalau anda aktifkan Google Plus Comments nie, ruangan komen blog anda akan integration dengan Google+, jadi sekiranya pembaca komen pada entry tersebut, mereka akan meninggalkan "jejak" dalam Google page mereka, sama macam dalam Facebook. Fungsi ini bagus sebab ianya mampu membantu, mempromosikan link blog anda di Google+ Page uertersebut.


Untuk keburukkannya pulak, yang aku tahu setakat ini, hanya user yang ada Google+ sahaja yang boleh komen, di blog anda.


Okey la, aku nak keluar makan dulu, nanti petang aku buat Tutorial nak Aktifkan Google Plus Comments Blogger. Tunggu ye !


Aktifkan Google Plus Comments Blogger

As salam, selepas seminggu Google mengumumkan penambahbaikkan dalam Blogger template HTML editor, hari ini Google sekali lagi, mengaktifkan penggunaan Google+ Comments dalam Blogger. Untuk mengikuti perkembangan, penambahan ciri-ciri baru ini, anda boleh klik sini, Google Buzz.


aktifkan google plus one comments



Sebentar tadi pun, aku dah mencuba untuk mengaktifkan Google+ Comments dalam blog ini, dan beberapa blog dummies, namun malangnya, komen lama secara automatik akan disembunyikan seperti gambar dibawah. Nak bagi komen lama ada, yang tu aku tak pasti lagi bagaimana, mungkin ada beberapa "bug" yang perlu diperbaiki. Jadi tunggu je la !


Kalau anda nak mencuba, anda boleh klik pada Google+ dalam blogger anda, seperti gambar diatas, dan kemudian tick "Use Google+ Comments on the blog"


aktifkan google plus comments



- Google+ Comments dalam Blogger, bagus untuk networking .. ^__^


Free Tool SEO Analyser

Semalam aku jumpa satu Free Tools check SEO *tak pasti pernah guna ke belum untuk check seo blog ni* tapi yang tertulis kat situ, last sekali check, bulan Oktober 2011. Keputusan SEO Score, 73%. Kira boleh tahan la untuk Ratu SEO ... hahahaha ...


Free Tool SEO Analyser



Lepas tu, perasaan tarikh last check dan cuba check semula (Check Again), tup .. tup yang terkini, jatuh jadi 68%, huhuhu .. malu ooo. Baru nak bangga kejap. Dah sepoi .. Tu la asik main hentam je add macam-macam benda alah kat sini, tu yang jatuh banyak.


Jadi semalam, terus buat rombakan sikit, Improve SEO .. agar score seo naik semula. Yang patut kekal, aku kekalkan dan buangkan part yang tak perlu je. Nie pun ada beberapa lagi yang masih difikirkan untuk dibuang, tapi nanti la. Score seo pun dah naik 73 %, ok la dulu.


Bawah nie pulak, score SEO untuk Hidup Untuk Memberi. Yang guna Wordpress tu, boleh la cuba-cuba belajar dengan cikgu ni. Memang powerrr SEOnya. Aku guna platform blogspot je, jadi tak boleh apply semuanya.


Free Tool SEO Analyser


Nie la keputusan Score SEO yang terkini. Nampakkan .. ada beberapa perubahan dari gambar di atas seperti pagerank yang jadi 3, rank yang naik sedikit dan lain-lain lagi. Tapi tak apa la, yang tu, slow-slow boleh perbaiki lagi. Bagi yang nak cuba guna SEO percuma tu boleh klik kat SEO Analyser.


Free Tool SEO Analyser


Oh ya, bagi yang guna platform blogspot tu, kalau score anda lebih dari 75% keatas, jangan segan-segan tweet Twitter aku ok, @anastasyea_aida. Aku nak belajar dari anda .. bolehkan ! Aku nie memang suka godek-godek blog orang dan belajar benda baru..

- Lepas nie, ingat nak pergi kursus Wordpress pulak la. Tau tak kat mana ada kursus WP ni ? Yang FREE .. lagi bagus !


Remove Widget Blog Post on Page Elements

Lama dah aku pendam nak buang salah satu widget Blog Post ni. Hari nie baru dapat. Hari tu, gatal sangat nak test tutorial gunakan auto keyword yang aku jumpa. Tengok macam best je dan terus apply. Tup² .. dah ada dua widget Blog Post. Dah jadi satu hal macam nak buang yang satu lagi tu pulak. Hehehe ..

Widget Blog Post on Page Elements

Dari penerangan blogger Zulkbo dalam entry terdahulu. Beliau pun pernah kena macam ni dulu. Last sekali terus tukar template. Aku nie pulak, jenis malas nak tukar template.

Blog anastasyea kena delete !

Korang percaya tak semalam blog anastasyea kena delete. Kenapa ? Kes terdelete sendiri. Hehehe ! Mula² tu memang kecut perut. Tapi nasib baik boleh restore semula. Kalau tak percaya. Tengok gambar kat bawah. Boleh restore semula dalam masa 90 hari. Kalau tak ada action lepas tu, baru la .. gone forever!

Delete blogger anastasyea

Blog kena Remove | Saya tak nak terlibat !

Sebelum nie memang saya sokong sangat penggunaan URL Link pada ruangan komen. Tetapi selepas CikguDahlia beritahu pasal satu blog yang kena remove sebab approve banyak komen yang mempunyai link. Rasa terkedu sejenak ! Adakah Google memang tak suka dengan komen yang mempunyai link dan dianggap sebagai Blog SPAM.

internet abuse spam

1st Anniversary Blog Anastasyea

Hari nie .. genap la setahun blog anastasyea. Rasa macam kejap je masa berlalu. Teringat lagi masa mula² nak buat blog. Main hentam je sebab saya memang bukan backgorund IT.

anastasyea 1st anniversary
Perlu ke saya sambut ?

Blogger Berwajah Baru

Siapa perasaan blogger bertukar wajah baru hari nie?

new blogger layout

Terkejut gak tadi .. ingatkan salah masuk link. Rupa²nya blogger dah tukar front page baru. Ok la tu .. dah lama tak tukar. Rasanya semenjak blogspot diperkenalkan. Tak pernah tukar². Sesekali tukar macam nie .. nampak la kelainan sikit. Betul tak?

Haahhhh .. Korang perasan tak gambar tabung yang berwarna pink kat tengah² tu. Saya dah bermacam² try .. masih tak jugak lepas. Ada sesiapa yang ada tips tak. Boleh la share kat sini.

ANaSTaSyeA : Nak try buat income kat situ pulak.

Tutorial Create Popular Post Blogspot

Kalau sebelum ini saya menulis mengenai tutorial Recent Post, kali ini saya buatkan satu lagi tutorial iaitu Popular Post pula. Bezanya .. popular post nie dinilai berdasarkan bilangan komen dan berbeza sedikit dari gadget popular post default blogspot. Jadi kalau anda nak cuba .. ikuti je cara² kat bawah nie.

1. Anda perlu Login ke akaun blogger.
2. Pada dashboard klik: Layout > Add a getget > dan pilih "HTML/Javascript"
3. Kemudian copy paste code di bawah ini
<script src="http://anastasyeaproject.googlecode.com/files/popularpost.js" type="text/javascript"></script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://www.anastasyea.com
&ShowHowMany=10
&_id=390e906036f48772b2ed4b5d837af4cd
&_callback=getYpipePP
&_render=json"
type="text/javascript"></script>
4. Kemudian save.

Sila tukar http://www.anastasyea.com kepada URL blog anda. Berikut adalah keterangan mengenai fungsi code diatas;

ShowHowMany = Bilangan post

ANaSTaSyeA :  Kalau suka .. cuba la. Tak rugi pun ..

Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO (basic)

Disini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mengoptimumkan pencarian Search Engine Optimization (SEO) yang pernah saya baca diInternet dan pernah saya gunakan didalam blog ini. Harap² ianya dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam mencari cara yang lebih baik untuk mengoptimumkan Search Engine Optimization (SEO) didalam blog masing².
  1. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO Generasi Baru
  2. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO (basic)
  3. Mengoptimumkan Search Engine Optimization mirip Wordpress
Penjelasan: Penggunaan cara lama bagi mengoptimumkan pencarian Search Engine Optimization (SEO) berdasarkan kata kunci/keyword niche keatas tajuk blog dan tajuk post.

Mengoptimumkan Search Engine Optimization Blogspot mirip SEO Pack Wordpress

Disini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mengoptimumkan pencarian Search Engine Optimization (SEO) yang pernah saya baca diInternet dan pernah saya gunakan didalam blog ini. Harap² ianya dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam mencari cara yang lebih baik untuk mengoptimumkan Search Engine Optimization (SEO) didalam blog masing².
  1. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO Generasi Baru
  2. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO (basic)
  3. Mengoptimumkan Search Engine Optimization mirip Wordpress
Penjelasan: Cara ini lebih mirip kepada penggunaan SEO Pack didalam wordpress tetapi agak merumitkan kerana melibatkan editing HTML setiap kali publish entry post baru.

Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO Generasi Baru

Disini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk mengoptimumkan pencarian Search Engine Optimization (SEO) yang pernah saya baca diInternet dan pernah saya gunakan didalam blog ini. Harap² ianya dapat membantu rakan-rakan yang lain dalam mencari cara yang lebih baik untuk mengoptimumkan Search Engine Optimization (SEO) didalam blog masing².
  1. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO Generasi Baru
  2. Mengoptimumkan Search Engine Optimization SEO (basic)
  3. Mengoptimumkan Search Engine Optimization mirip Wordpress
Penjelasan: Cara bagi mengoptimumkan pencarian Search Engine Optimization (SEO) berdasarkan kata kunci/keyword niche keatas tajuk blog dan tajuk post secara maksimum.

Domain Nama Blogspot Expired .. Biar betul?

Hari tu .. saya ada terbaca keluhan seorang blogger - zara yang memberitahu mengenai domain name blog beliau yang nak expired. Pada mulanya .. saya ingatkan itu adalah disebabkan langganan nama domain tersebut dah nak habis tempoh. So, kalau dalam situasi macam nie .. nak elak kena potong .. bayar je yuran tu .. habis cite. Langganan domain name nie biasanya tak banyak .. agak² dalam RM30 lebih setahun. Tu pun kadang² termasuk hosting (basic).


Tapi apa yang saya jumpa hari nie adalah berkenaan domain blogspot yang nak expired. Biar betul. Bukan ke perkhidmatan blogspot tu free. Boleh guna sampai bila² melainkan google dah desite nak stop perkhidmatan blogspot. Haahhh ..macam tu baru la betul. Tapi yang berlaku kat blog member saya nie .. agak pelik. Saya pun tak pasti la kenapa jadi macam tu. Pada mulanya loading .. OK je .. tetapi belum sempat nak habis loading page .. tiba² dianjak ke laman http://hijriah.jentayu.com dan ada alert yang berbunyi "This domain name expired on Sep 20 2010 12:39AM Click here to renew it."


Nak kata blog beliau dah kena hack or termasuk malware or something tu tak pasti la pulak. Nanti nak kena tanya beliau dulu apa yang dah dia dah edit kat HTML code or yang sewaktu dengannya. Kalau tak jumpa jugak .. baru la guna talian hayat terakhir .. tanya kat en.google. Mana tau kot² ada solution. Harap-harap tu .. jumpa la. Bukan apa .. buat penat member saya tu update blog beliau tiap² minggu .. last sekali jadi macam nie. Terus hilang semangat nak update.

Nak create blog baru tu .. rasa sayang pula. Dah la buat banyak post kat dalam ni. Follower pun banyak. Jadi kalau buat blog baru .. kena mula dari basic semula. Leceh la.

ANaSTaSyeA : Kalau dah jadi macam nie .. susah la nak buat side income.

Yang Nie Yang Tak Best Nie...

Dok tengah syok update blog... sekali tengok benda nie yg keluar... so, terpaksa la tunggu kejap. Kalau tak tu... tak boleh la nak ping ke innit.


ANaSTaSyeA : Kenapa la tak buat maintenance tengah malam...