SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi !

Salam, baru dapat berita kemungkinan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditangguh lagi. Kali nie kemungkinan besar akan mengambil masa beberapa bulan, namun semua itu tertakluk kepada keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Ditangguh lagi

Menurut berita yang aku baca tadi. Kemungkinan SBPA hanya akan dilaksanakan selepas pilihan raya berakhir untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan kakitangan awam. Namun sejauh mana kebenaran ini, tunggu je kenyataan rasmi dari Jabatan Perkhidmatan Awam, yang kemungkinan akan diumumkan hari ini.

Gred Gaji Baru SBPA Kakitangan Awam

Sebut je pasal Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mesti ramai yang tercari² terutama sekali kakitangan awam yang nak tahu gred tangga gaji terkini. Jadi untuk melegakan "kegelisahan" kakitangan awam itu. Hari ni, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Abu Bakar Haji Abdullah telah mengeluarkan sedikit klu mengenai tangga gred gaji baru SBPA melalui Facebook rasmi beliau.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Nak tau lebih lanjut, apa kata korang tengok gambar dan text yang aku copy paste dibawah;

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Tau tak apa itu Dasar Keluar atau lebih dikenali sebagai Dasar Pemisah (Exit Policy) yang diumumkan dalam Belanjawan 2012 yang lalu ? Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman. Dasar Keluar yang akan dilaksanakan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada awal 2012 adalah merupakan kaedah penilaian berprestasi kakitangan awam yang mempunyai prestasi rendah atau berhasrat untuk bertukar ke sektor swasta.

Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Persepsi "selesa" dalam perkhidmatan awam mungkin akan berubah selepas perlaksanaan Dasar Keluar Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini nanti

Jadi sekiranya seseorang kakitangan awam tersebut didapati mempunyai prestasi rendah berdasarkan laporan prestasi tahunan serta Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berturut². Maka kakitangan awam tersebut akan diberi opsyen untuk bersara lebih awal dari perkhidmatan awam. Buat permulaan, dasar keluar ini akan hanya melibatkan kakitangan awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional sahaja (kakitangan awam Gred 41 ke atas).

Jadual Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Semenjak Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan dalam pembentangan belanjawan 2012 yang lalu. Ramai sungguh kakitangan awam yang tercari² Jumlah Kenaikan Gaji Sebenar yang bakal diterima bagi setiap gred Perkhidmatan Kakitangan Kerajaan. Antara yang terkena tempias sistem SBPA nie, tak lain tak bukan .. unit aku sendiri.

Gaji Baru Jabatan Perkhidmatan Awam

Mentang² la kita orang kerja di Bahagian Penjawatan. Asyik² dapat panggilan tanya pasal kenaikan gaji je. Aik .. banyak cantik. Korang ingat kitaorang jaga gaji ke ? Kalau tanya pasal kekosongan jawatan tu. Boleh la jawab sikit². Tapi kalau tanya pasal skim tangga gaji baru. Hehehe .. sorry la ye. Tak dapat den nak menolong..