Android Tablet PC RM350 Sahaja !

Budak-budak sekarang memang terror. Bagi je apa-apa gadget .. contoh Smartphone HTC Desire HD ni, kejap je dia orang dah pandai godek ! Tengok Youtube la, main game la, dan macam-macam la aplikasi yang menarik perhatian mereka.


Android Tablet PC RM350


Jadi minggu lepas, masa pergi Metro Point Kajang .. nampak Android Tablet PC ni. Harganya cuma RM350 je ! Kalau bagi kat budak-budak ... memang sesuai sangat-sangat ! Lagipun memang dah lama aku nak beli gadget ni, tapi tak berkesempatan. Bila dah jumpa ni, beli la satu. Nanti tak payah la budak-budak ni berebut smartphone dengan aku .. hehehehe ..

Baju Baru Budak Comel


Baju raya ? Tak lah. Nie untuk baju kegunaan harian je. Saja belikan untuk budak² comel ni. Dah alang² nampak akak yang jual baju budak² dekat anjung Jumaat lepas. Jadi beli la dua pasang baju Angry Bird. Akak tu bukannya selalu datang dan baju kanak-kanak yang dia jual pun berkualiti.


Baju Baru Budak Budak Comel

Kek Angry Bird Hari Lahir Yang Comel !

Sambutan hari lahir dua insan teristimewa yang diadakan pada Sabtu lepas. Mula² ingatkan nak belikan dua bijik kek hari lahir yang biasa² je. Tak sangka pula pak long diorang beria² nak sponser kek. Lepas tu belikan dua bijik kek angry bird yang sungguh comel. Sebijik warna biru untuk si adik dan sebijik lagi warna merah untuk si kak. Budak² nie apa lagi. Suka la ! Dah la diorang memang minat game angry bird nie !

Kek Angry Bird Hari Lahir

Aku pun suka ! Sempat lagi posing kat depan kek² yang comel ni. Kalau tak ambil gambar .. rugi la pulak. Bukan selalu dapat posing depan kek yang comel² begini. Betul tak ?

#Maxis10 - 14 hari mencari cinta ?

Setelah 14 hari bersama HTC Desire S, akhirnya tiba juga tempoh akhir yang diberikan oleh pihak #Maxis10 untuk buat review smartphone ini. Terasa amat sayang sangat nak 'berpisah'. Cinta ! Ohh .. dah semestinya. Namun itulah hakikatnya. Terpaksa juga menerima dengan hati yang terbuka. Apa-apa keputusan selepas ini. Itu semua terpulang kepada budi bicara Maxis. Kalau ye .. Maxis sudi memberi .. saya lagi la sudi menerimanya ! :D

htc desire s

#Maxis10 - Download Angry Bird via PC dari Android Market

Bagi yang tiada pakej data plan macam saya. Kalau tak ada line internet memang susah .. tambah-tambah lagi kalau nak download something dari internet. Contohnya; Nak download favorite games, Angry bird. Jadi nak tak nak .. terpaksa la lepak kejap kat gerai yang ada perkhidmatan WiFi. Baru boleh download. Tapi tu dulu la .. Sekarang .. dengan HTC Desire S, saya dah tak perlu buat macam tu. Hanya connect ke PC dan boleh download macam-macam.

HTC Desire S