Sahara Tent Restaurant | Untuk Pencinta Makanan Arab

Minggu nie aku dengan officemate aku lunch kat Sahara Tent Restaurant. Kat mana? Kat Alamanda, Putrajaya. So, untuk kali nie kami semua pilih nak makan Arabian Food lah..

... Lamb!

... pencinta kambing... 


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Kami pilih nak lunch kat sini sebab ternampak ada bunting tentang lunch set menu kat pintu restoran nie. Ok sangat-sangat sebab harga lunch set kat sini teramat berpatutan.


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Masa kami duduk kat dalam Sahara Tent Restaurant nie.. terasa macam seolah-olah kat Arab. Sambil berchit chatting sambil tu dengar alunan muzik dan suara penyanyi wanita Arab. Waiter pun semua lelaki. Sempat pula officemate aku ushar-ushar waiter lelaki kat sini. Muka nampak macam cute-cute jer! hehehe! Katanya!


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



Alright! makanan dah sampai..


Sahara Tent Restaurant Alamanda Putrajaya



nasi briyani daging kambing



Nie lah lunch set yang kami order tu.. Maaflah! terlupa nak tengok apa nama lunch set nie, tapi ada nasi briyani dengan daging kambing. sebabnya masing-masing nampak lamb. Sedap! tekstur lamb ni lembut sangat, nasi pun sedap.. tapi nasi tu banyak sangat. Yer lah! orang kat sana kan badan diaorang besar-besar so,portion set pun memang besar.


recepi Lime juice



Lime juice nie memang sedap walaupun masam. Sesuai lah sangat sebab makan lamb lawannya kena minum air yang masam.. Terbaik! lime juice kat sini sampaikan officemate aku nak minta bungkus satu.


lelaki kacak






- Sebelum balik, ambil gambar dulu.


Berehat sebentar dengan Nips Chocolate Coated Peanut dari Jack 'n Jill's

Lambat lagi nak tengok Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 Malaysia Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ni. Sambil-sambil tu .. berehat sebentar dengan Nips Chocolate Coated Peanut dari Jack 'n Jill's, alas perut .. tak la rasa lapar sangat.




Jap lagi ingat nak pergi Alamanda, Putrajaya pulak. Nak beli barang sikit kat Watsons. Abang pesan, belikan penimbang sekali .. nak ikut tips Aizat - Pecah Rahsia. Hehehe .. boleh ke ? Apa-apa pun, aku kena la support !

Makan Set A Thai Cuisine Di Restoran Black Canyon, Alamanda

As salam. Aku suka sangat kalau dah hari Jumaat sebab hari Jumaat masa rehatnya adalah sangat panjang .. waktu bekerja pun rasa singkat. So, bagi kakitangan kerajaan macam aku, 2 jam 30 minit tu adalah waktu yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Kali nie, aku dengan officemate aku pergi jalan² kat Alamanda. Boleh beli barang sikit dan langsung terus lunch kat sana.


Thai Cuisine Restoran Black Canyon


Dah jalan² beli barang² keperluan tu, mula lah perut terasa lapar. Apalagi! terus ke Medan Selera Rasa untuk mencari makanan. Mula² tu melintas lalu kat depan Restoran Black Canyon, tapi berhajat nak makan Sizzling Mee.

SKYLINE .. Cerita Tergantung!

Semalam .. dah keboringan hujung minggu. Teringin rasanya nak menonton wayang. Lama benar rasanya tak tengok. Last sekali menonton wayang .. tak silap saya .. filem Mantra. Jadi, pergi la jalan² dekat Alamanda. Masa tu tak pilih lagi filem apa nak tengok. Main terjah je.

film Skyline
Hangin betul tengok cerita tergantung nie!

Uptown... Here I Come!

Lepas pergi jalan-jalan kat Alamanda... kite ajak cik abang kite gi Uptown Damansara. Mulanya nak tengok pasar malam kat sana malam minggu nie. Tapi rupa-rupanya dah pindah. Tapi tak apalah, dah alang-alang kat sini, lepak jap kat medan selera. Boleh makan-makan sambil tengok gelagat orang ramai berkunjung kat sini. Lepas usya sana... usya sini... terpandang la gerai western food kat lot belakang. Macam sedap je! So order la lamb chop. Lagi pun kita dah lama tak makan lamb chop nie. Rasa mengidam la plak!

Uptown Damansara Lamb Chop
So nie la order kite... amacam... berselera tak?

Lepas rasa lamb chop nie... ternyata memang sedap dan berpatutan dengan harganya (RM13.00). Brother yang masak nie pun nampak otai... ala-ala penunggang motor besar Herley Davidson.

Uptown Damansara Lamb Chop
Nie la kedai tu...

Anastasyea : Korang pernah gi makan kat medan selera Uptown Damansara ke?

Sambutan Earth Hour 2010

Semalam x dapat pergi sambut Earth Hour 2010 kat Planetarium Negara coz ada work kena buat kat opis. Hanya my husband and my daughter je yang dapat pergi. Habis je keje, terus gi makan kat Alamanda. Sempat gak tgk org kat Alamanda sambut Earth Hour. Semua permis terlibat. Lampu tidak ditutup tetapi dinyalakan suram. So romantik!