Extra Income dengan Google Adsense

Perasan tak apa yand ada dalam blog ini. Haahhh .. saya dah tambah aplikasi Google Adsense. Memang dah lama saya mengidamkan untuk mendapatkan Google Adsense ini. Dah banyak kali mencuba .. namun semuanya ditolak. Tau² je la .. blog berbahasa melayu .. selalunya, semua kena reject. Lain la kalau blog berbahasa English. Senang je untuk apply. Tapi itu pun dulu. Sekarang Google dah pandai. Kalau setakat blog berbahasa English dan baru dua tiga entry post .. memang mereka tak pandang. Kena tunggu lama sedikit. Biar entry post dah lebih 50 dan blog dah nak masuk 4 hingga 5 bulan .. baru pohon. Insyaallah .. Google Adsense anda akan diluluskan.

extra income google adsense

Tapi kalau tak lulus tu. Try lagi. Cuba selidik apa kelemahan blog tersebut. Mungkin ada beberapa error yang dah melanggari term syarat² permohonan Google Adsense. Saya pun dulu macam tu jugak. Tapi tak pernah putus asa. Rasanya masuk akaun ini .. dah lebih dari 10 permohonan saya hantar. Nie baru lulus. Tau² je la. Bila nak hantar permohonan tu .. kena ada akaun google baru. Baru boleh. Kalau guna blog lama yang pernah kena reject. Memang tak dapat punya. Alhamdulilah .. akhirnya lulus jugak akaun Google Adsense tersebut. Baru rasa lega sikit.

Kenapa saya berminat sangat dengan Google Adsense ini. Ok, dari apa yang saya baca dan pernah jumpa. Sebenarnya .. dengan Google Adsense ini, anda boleh membuat lebih banyak income dengan perbagaikannya selagi tak melanggar syarat² yang ditetapkan oleh Google Adsense. Antaranya .. anda boleh integrate dengan aplikasi lain. Antaranya .. Youtube, Triond dan banyak lagi. So, bila dah ada akaun  Google Adsense ini. Sedikit sebanyak dapat menambah income blog anda yang sedia ada.

ANaSTaSyeA : Dah dapat tu .. kena jaga betul² sebab Google Adsense nie memang tegas. Kalau langgar sikit je salah satu syarat² yang ditetapkan .. terus dia block/batal tanpa memberi peluang kepada anda untuk membetulkan apa yang salah.